4 Program Tajaan Biasiswa JPA diteruskan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan peruntukan khas pengubahsuaian bujet 2016 belanjawan Malaysia (Budget 2016 Revision) pada khamis 28 Januari 2016 bertempat di pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Dan antara intipati yang penting dibentangkan oleh Perdana Menteri, adalah meneruskan Tajaan 4 program JPA bagi tahun 2016.

Berikut adalah intipati yang di bentangkan:












Sila layari laman sesawang JPA; klik disini

HALATUJU ANDA SELEPAS SPM


Sememangnya hari yang di nanti bagi pelajar-pelajar lepasan SPM 2015 untuk mengetahui keputusan akan tiba tidak lama lagi (dijangka pada bulan Mar 2016), keputusan SPM adalah amat penting kepada anda dan ianya menjadi salah satu pengukur anda untuk berjaya kelak. Dan antara keputusan utama anda selepas mendapat keputusan SPM adalah untuk melangkah ke menara gading. Disini admin ingin berkongsi kepada anda mengenai tips-tips untuk membantu anda, bagaimana membuat keputusan yang tepat mengenai pemilihan kursus apabila anda melanjutkan
Setiap orang mempunyai pengalaman-pengalaman yang berbeza untuk mengharungi kehidupan seharian. Tetapi Anda sudah hampir dewasa dan perlu mengawasi sendiri setiap gerak-geri keputusan anda. Kematangan perlu diasah dan anda perlu pandai berdikari. Asasnya, anda perlu sedar di mana kekuatan anda, dan di mana kelemahan anda. Anda juga perlu singkap perkara-perkara yang anda minati dan sukai untuk dikaitkan dalam pemilihan kursus dan karier. Know what you want and know what you need. Ini perkara serius melibatkan masa depan anda.

1. Mengenai minat dan kebolehan

Satu perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah mengikut trend/flow dalam pemilihan karier dan kursus. Ini kerana minat dan kebolehan anda dengan orang lain tidak sama. Setiap individual mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan karakter yang berbeza-beza.Anda mungkin mahu menyenaraikan segala karier yang bersesuaian dengan minat dan kemahiran anda. Kemudian, mendapatkan maklumat mengenai karier-karier tersebut. Dari situ, anda mungkin dapat menapis beberapa karier yang tidak sesuai dengan kemahuan dan keutamaan anda. Contohnya, anda mungkin meminati kursus perubatan, tetapi tempoh pengajiannya terlalu lama bagi anda, dan anda tidak pandai berkomunikasi dengan orang awam. Oleh itu, kursus ini mungkin tidak sesuai dengan anda.

Pada sesetengah pelajar, pemilihan kursus mungkin tidak menjadi masalah kepada mereka. Tetapi, untuk sesetengah pelajar yang lain, proses ini masih tidak memberikan keputusan yang jelas kerana terlampau banyak kursus dan karier yang mereka minati. Mungkin anda boleh mengambil beberapa kursus sekaligus, jika anda mampu dari segi kewangan dan bermotivasi tinggi. Tetapi, jika tidak, perkara ini akan menjadi sulit kerana berkemungkinan besar di sinilah akan bermulanya pengaruh ibubapa dan kawan-kawan.

 2. Membuat keputusan berdasarkan tingkatan gaji di dalam karier

Sesetengah pelajar juga tidak perlu membuat pilihan kursus berdasarkan minat, dan hanya memandang kepada kemewahan daripada karier yang akan diceburi. Ini mungkin berkesan kepada mereka kerana tangga gaji yang tinggi boleh menaikkan motivasi dan semangat mereka untuk berjaya di dalam pelajaran.

Tetapi, anda perlu menilai juga sama ada anda layak untuk ke kursus tersebut berdasarkan kemahiran anda. Jika anda tidak layak atau tidak mempunyai sebarang kemahiran yang diperlukan dalam kursus itu, mungkin isu gaji perlu ditolak ke tepi dahulu.

3. Percayakan diri sendiri

Ramai pelajar tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk memajukan diri lebih jauh. Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda kerana ini adalah salah satu proses mengenali diri sendiri, dan apabila anda kenal akan diri sendiri, self-esteem anda akan meningkat secara automatik.

Jika anda mempunyai pegangan yang teguh dan tidak berubah-ubah, anda pasti akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Ibubapa mungkin akan meragui akan pilihan anda dan memberikan nasihat yang patut anda ambil kira. Selepas itu, jika anda masih percaya yang pilihan anda adalah pilihan yang tepat, mungkin anda patut berbincang lebih mendalam dengan ibubapa anda mengenai pilihan anda.

4. Berbincang dengan ibubapa dan kaunselor.

Mendapatkan pandangan ibubapa adalah langkah yang bijak, tetapi awas! Kerana sesetengah ibubapa mungkin menilai pemilihan kerjaya dan mengaitkannya dengan wang. Walaupun mereka hanya ingin membantu, sesetengah dari mereka mungkin secara tidak sedar mempengaruhi anda untuk memilih kerjaya yang memberikan wang dan prestij yang lebih kerana mereka sudah biasa mengaitkan wang dengan hidup yang gembira dan senang. Dan pilihan mereka mungkin tidak sama dengan pilihan anda.

Akibatnya, anda mungkin akan menjadi keliru. Inilah masanya anda mendapatkan nasihat orang luar yang profesional seperti kaunselor-kaunselor kerjaya dan guru-guru. Mereka boleh dijadikan sumber maklumat mengenai kerjaya pilihan anda, dan memberikan nasihat yang tidak bias dalam pemilihan kursus tersebut.

5. Ambil masa untuk berfikir

Pelajar-pelajar patut mengambil masa untuk berfikir mengenai pilihan-pilihan kursus yang telah dibuat.

 Antara perkara-perkara yang patut dipikirkan untuk kerjaya adalah seperti:

  • status gaji dalam kerjaya yang bakal diceburi
  • peluang pekerjaan
  • kemahiran yang diperlukan
  • tangga kerjaya (peluang naik pangkat)
  • kelayakan akademik
  • jenis pekerjaan yang berpotensi dan apa tugas-tugasnya
  • sama ada memenuhi keperluan/kemahuan diri
  • kesesuaian persekitaran tempat kerja
  • masa bekerja yang sanggup dikorbankan
  • kemampuan diri sendiri dlm scope dgn subjek yang agak mencabar


6. Akhir sekali, ambil langkah ke arah pilihan kursus

Apabila anda sudah pasti dengan pilihan anda, ambillah langkah seterusnya untuk memasuki kursus tersebut, contohnya seperti mengisi borang dengan betul dan bagi seorang Muslim, bersholatlah Istikharah dan bertawakal kepada Tuhan atas pilihan yang dibuat.

(UTK PELAJAR LEPASAN SPM): Jika anda masih lagi ragu-ragu dan keliru mengenai pemilihan kursus di universiti, anda mungkin mahu mengambil kursus-kursus minor yang diminati dahulu yang merangkumi prinsip-prinsip asas sebelum anda memilih kursus major. Dengan cara ini, anda mempunyai lebih masa untuk membuat pilihan dan mungkin melalui kursus-kursus minor yang anda pilih dapat membuka minda anda untuk membuat keputusan.








HALATUJU ANDA SELEPAS SPM

Skim Bantuan Persekolahan- YAYASAN PELAJARAN MARA



Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin pada 23hb November 2004. SBP ialah skim yang menyediakan bantuan kewangan secara sekaligus "one-off" mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana. Skim ini juga berperanan dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka. Skim Bantuan Persekolahan terbahagi kepada tiga kategori iaitu :-

  • Skim Bantuan Persekolahan Rendah - (SBP-R)
    SBP-R disasarkan kepada pelajar sekolah rendah bermula dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Mereka akan diberikan bantuan secara "one-off" sehingga RM 300.00 bagi menampung pembelanjaan persekolahan mereka.
  • Skim Bantuan Persekolahan Menengah - (SBP-M)
    SBP-M disasarkan kepada pelajar sekolah menengah bermula dari Tingkatan 1 hingga ke pelajar Tingkatan 5. Mereka akan diberi bantuan secara "one-off" sehingga RM 500.00 untuk menampung keperluan persekolahan mereka.
  • Skim Bantuan Persekolahan Insentif - (SBP-I)
    SBP-I melibatkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan juga pelajar - pelajar miskin. Mereka akan diberi pembiayaan bantuan secara "one-off" sebanyak RM 50.00 hingga RM 200.00 sebagai insentif di atas kecemerlangan mereka dalam pelajaran di samping bagi membantu pelajar miskin dalam menampung perbelanjaan persekolahan mereka.

MISI SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN


  • Untuk memastikan SBP berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat walaupun ditimpa bencana.
  • Untuk memastikan SBP berperanan sebagai pemangkin kepada memperkasakan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pelajar agar berada pada peringkat terunggul.
  • Untuk menjalinkan rangkaian strategik bersama individu dan agensi berpotensi dalam memastikan pelajar miskin terbela dan pendidikan diperkasa.
  • Untuk memastikan SBP sentiasa meningkatkan tahap keberkesanan penyampaian dana bantuan persekolahan YPM.
  • Untuk memastikan bantuan yang bakal disalurkan sampai dan bermakna kepada pelajar miskin.
  • Untuk memastikan kakitangan SBP sentiasa boleh menerima inisiatif-inisiatif baru dari aspek pengukuhan modal insan.
  • Untuk memastikan kecekapan sistem penyampaian berdasarkan kepada budaya kerja cepat, tepat dan betul diterapkan di dalam budaya kerja kakitangan SBP.

OBJEKTIF SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN

  • Sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.
  • Memastikan pelajar golongan pertengahan juga mendapat perhatian sewajarnya.
  • Berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem persekolahan negara sehingga tamat.
  • Memberi sokongan moral kepada ibubapa/keluarga dalam membantu memperkasakan tahap pendidikan anak-anak.

FAEDAH - FAEDAH PROGRAM

Pelajar
  • Nasib terbela.
  • Keperluan sekolah.
  • Tuisyen.
  • Peningkatan akademik.
Penyumbang
  • Tolakan cukai
  • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  • YPM sebagai penyelaras aktiviti "hassle - free".
  • Boleh memilih lokasi sasaran.
  • Boleh memilih kumpulan sasaran.

KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON

  • Bumiputera warganegara Malaysia;
  • Sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia;
  • Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak;
  • Permohonan dikemukakan dengan menggunakan Borang Permohonan yang ditetapkan oleh YPM.

KADAR BANTUAN DAN AGIHAN BANTUAN

KADAR BANTUAN

PENYALURAN DAN AGIHAN

Bantuan disalurkan kepada pelajar dalam bentuk kiriman wang atau wang pos atau seperti mana yang diputuskan oleh Pengurusan YPM. Agihan bantuan kepada pelajar terpilih adalah secara "one-off’.

CARA MEMOHON

Permohonan bantuan SBP boleh dikemukakan kepada YPM dengan melengkapkan borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
  • Borang Permohonan
  • Senarai Semak Permohonan
  • Surat Akuan Pengesahan Pendapatan



Permohonan terbuka sepanjang tahun. Borang Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui pihak sekolah kepada Yayasan Pelajaran MARA dialamat berikut :
Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Tel : 603-26927273 #sbp

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM

 # perhatian ini bukanlah website rasmi yayasan pelajaran MARA. untuk mendapatkan info sila masuk ke laman sesawang http://www.ypm.org.my/index.php/skim-dan-bantuan/bantuan-persekolahan/bantuan-persekolahan-pelajar-miskin

YAYASAN PELAJARAN MARA - Program Bantuan Pelajar Terdesak atau Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

Program Bantuan Pelajar Terdesak atau Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan sebagai usaha membantu membiayai pelajar lepasan sekolah yang memenuhi kelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.


Perlaksanaan Program Bantuan Pelajar Terdesak sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Bantuan secara "one-off" kepada pelajar - pelajar Bumiputera yang berkelayakan untuk memastikan mereka dapat meneruskan pengajian mereka tanpa sebarang kesulitan disamping sebagai dorongan sokongan dan penghargaan kepada mereka yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, ini diharapkan dapat meringankan beban tanggungjawab mereka dan membolehkan mereka menumpukan kepada aktiviti pengajian mereka.
MISI PROGRAM BANTUAN PELAJAR TERDESAK
  • Menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.

  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.

  • Menerapkan nilai menghargai dan menghormati pemberian dan sumbangan.
OBJEKTIF PROGRAM BANTUAN PELAJAR TERDESAK

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak.

  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.

  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian.

  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan.

  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.
 FAEDAH - FAEDAH PROGRAM
                         Kumpulan Sasaran
  • Penyelesaian yuran tertunggak.
  • Mengelakkan "dropouts" dikalangan pelajar IPT.
  • Meringankan beban kos pengajian

                                Penyumbang
  • Memperolehi tolakan cukai pendapatan.
  • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
  • Mempromosi syarikat penyumbang 
  • Amal jariah.
KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON
  • Bumiputera warganegara Malaysia.

  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.

  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

PERMOHONAN DAN KELULUSAN

 Segala kelulusan tertakluk kepada keputusan Pengurusan YPM dan dana sedia ada.
MUAT TURUN BORANG (KLIK DISINI)
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Pendidikan Tertiari
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 #tertiari

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM

BB1M Baucar Buku 1Malaysia 2016 - Kelayakan dan permohonan


Menerusi pembentangan Budget 2016, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM 300 Juta bagi pemberian boucher buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM 250 kepada 1.2 kepada pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT).


Sehubungan dengan itu, semua pelajar warganegara Malaysia terbabit  untuk mendapatkan                 Boucher Buku 1Malaysia(BB1M) mestilah mempunyai kriteria seperti dibawah:










ADB – JAPAN FULL SCHOLARSHIP PROGRAM FOR DEVELOPING COUNTRY STUDENTS

ADB – Japan Full Scholarship Program for Developing Country Students 2016/2017 Academic Session. The Asian Development Bank (ADB) – Japan Scholarship Program (JSP) was established in April 1988 with financing from the Government of Japan.


AJINOMOTO POST-GRADUATE (MASTERS) SCHOLARSHIP 2018











Biasiswa Ajinomoto Siswazah membolehkan pelajar dari Malaysia yang sangat berminat untuk meneruskan ijazah sarjana di luar negara dalam bidang sains (kecuali Perubatan dan Perubatan Veterinar) untuk mendaftar di Universiti Tokyo dan biasiswa selamat sebelum ketibaan mereka di Jepun.Ia bertujuan untuk memupuk individu yang mampu memimpin Asia pada abad ke dua puluh satu dan untuk menyumbang kepada pembangunan Asia dan dunia serta persefahaman antara Malaysia dan Jepun. Biasiswa akan diberi sehingga 3 tahun, 1 tahun belajar Sebagai Pelajar Penyelidikan dan 2 tahun belajar di sarjana tentu.

Terdapat dua jenis Biasiswa Ajinomoto Ijazah 2017:

Program Masters + Program Pelajar Kursus o Penyelidikan Pelajar (3 tahun)
Program Pelajar Kursus Sarjana (2 tahun)

Jumlah Ajinomoto Biasiswa 2017

- Penyelidikan Pelajar di sekolah siswazah: ¥ 150,000 (. lebih kurang RM4,500) / bulan [sehingga 1 tahun]

-kursus Sarjana di sekolah siswazah: ¥ 180,000 (. lebih kurang RM5,400) / bulan [sehingga 2 tahun]

- Peperiksaan, kemasukan dan feese tuisyen dilindungi sepenuhnya

- Tiket Penerbangan ke Jepun: Menyediakan satu cara tiket penerbangan dari Malaysia ke Jepun

Ajinomoto Biasiswa 2017 Kriteria Kelayakan

- Pemohon mestilah warganegara Malaysia

- Pemohon mestilah telah menamatkan pengajian atau dijangka akan menamatkan pengajian dengan rekod akademik yang cemerlang (dengan 16 tahun pendidikan siap atau dijangka siap) dan mesti menerima syor Presiden universiti mereka atau penasihat akademik atau selainnya berkelayakan untuk mendaftar di Universiti Tokyo

- Permohonan mestilah tidak lebih daripada 35 tahun pada 1 April 2016

- Pemohon hendaklah memperoleh penguasaan bahasa Jepun yang mencukupi yang diperlukan untuk penyelidikan dan belajar di sebuah tuan tentu, apabila mendaftar sebagai pelajar kursus sarjana di Universiti Tokyo

-Pemohon perlu memohon dari Malaysia dan dapat menghadiri prosedur pemilihan apabila perlu
- Pemohon mestilah dalam kesihatan fizikal dan mental yang baik dan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar

-Pemohon tidak menerima biasiswa lain

Ajinomoto Permohonan Biasiswa

1. Muat turun semua borang yang diperlukan dan lampiran bagi permohonan Ajinomoto Siswazah Biasiswa 2017 di bawah:


2. Borang permohonan yang lengkap, borang program pengajian dan dokumen-dokumen berikut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat:

- Transkrip rekod akademik yang dikeluarkan oleh universiti sekolah siswazah dihadiri (tiada salinan, mesti ditulis dalam Bahasa Jepun atau Bahasa Inggeris)

- Borang Perakuan Siap (sama ada dari Presiden Universiti, Dekan atau Penasihat Akademik)

-Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan anda (Dokumen yang diperlukan berbeza mengikut kursus. Sila rujuk Lampiran 2 untuk maklumat lanjut).

3. Semua dokumen hendaklah dihantar melalui courrier kepada:

AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling
58200 Kuala Lumpur, Malaysia

Calon yang berjaya untuk temuduga akan dimaklumkan melalui e-mel.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila:


b) Panggilan untuk: 603-7980 6958 (Cik Ann Foo / Cik Rahma)


Permohonan Online Maktab Perguruan (IPG 2016)




Bagi pelajar lepasan SPM yang berkelayakan dan mempunyai minat untuk menjadi Guru pendidikan, dimana permohonan online maktab perguruan 2016 akan mula dibuka kepada semua yang berkelayakan pada 17 Februari 2016. 

Peluang untuk menyertai International Youth Exchange Programme 2016

Permohonan bagi Program-program Pertukaran Belia Antarabangsa 2016 dibuka sekarang.




1) Ship for south East Asia Youth Programme 18-29
2) Malaysia-Fukuoka Youth Exchange Programme 18-29
3)Malaysia-Indonesia-Malaysia Youth Exchange Programme 18-29
4) Malaysia-Korea-Malaysia Youth Exchange Programme 18-29
5) Malaysia-Singapore-Malaysia Youth Programme 18-29

6) ASEAN Programmes 18-29
7) Commonwealth Programmes 18-29
8) Invitation Programmes 18-29
9) According to the requirement by KBS (about 10-20 international programmes)

boleh download borang dan isi serta email kepada  mbminternationalunit@gmail.com  sebelum 1 februari

Ahli-ahli persatuan belia yang berminat untuk mengikuti program ini boleh memuat turun borang di bawah.



untuk mendapatkan maklumat lanjut sila klik sini




LBKM SCHOLARSHIPS 2016 ( Lembaga Biasiswa Kenangan Maulub)


Kemungkinan ramai yang tidak tahu mengenai Lembaga Biasiswa Kenangan Maulub atau dikenali sebagai LBKM.

LBKM telah ditubuhkan pada tahun 1965 dengan tekad bersepadu dan komitmen daripada pemimpin-pemimpin kira-kira 70 pertubuhan Melayu / Islam yang merasakan keperluan untuk mempunyai sebuah organisasi yang boleh memenuhi keperluan kewangan pelajar yang memerlukan.

Sejak penubuhan LBKM pada tahun 1965, fokus utama  adalah untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk dermasiswa kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Mantra LBKM adalah 

"tidak ada seorang pun boleh dilucutkan melanjutkan pelajaran seseorang kerana kesukaran kewangan."



Dengan sokongan yang berterusan dan kemurahan hati penderma dan penaja  yang telah menyumbang dengan murah hati kepada dana biasiswa LBKM. Dengan kata lain ‘lebih banyak dana di tangan kita, lebih ramai pelajar boleh dibantu’

Bagi 47 tahun yang lalu, LBKM telah memberikan lebih daripada 20,000 dermasiswa kepada pelajar-pelajar dari sekolah rendah ke peringkat lepasan ijazah berjumlah $ 15 juta. Dalam proses itu, LBKM telah menyentuh kehidupan sekurang-kurangnya 10,000 keluarga.

LBKM Biasiswa berprestij

2015 permohonan kini ditutup. 2016 permohonan akan dibuka pada Julai / Ogos 2016. Sila perhatikan berita di laman Utama. Sila klik disini ' LBKM SCHOLARSHIP"

a) Mahasiswa - $ 10,000
Terbuka kepada pelajar yang belajar di Top 10 Universiti Dunia disenaraikan oleh Times Higher Education World University Rankings & QS World University Rankings.

b) Pascasiswazah - $ 15,000
Terbuka kepada pelajar lepasan ijazah dan pemilihan adalah berdasarkan kepada kursus pengajian, topik penyelidikan dan penyelia penyelidikan. Pemohon yang mengikuti Pengajian Islam boleh memohon di bawah kategori ini.


2) LBKM - LKY Sekolah Dasar Awam Biasiswa - $ 15,000

* Pemohon akan dipilih untuk temuduga dengan Lembaga. Ahli-ahli Lembaga Pengarah termasuk Prof Dr Hussin Mutalib dan Prof Dr Isa Hassan.


PMBM Scholarship Fund Board (LBKM)
No 448 Changi Road #04-01
Wisma Indah, Singapore 419975
Tel: 6447 4770 Fax: 6447 4469
Email: admin@lbkm.org.sg
Office Hours: 
Mon - Fri (9am - 5pm)
Sat (9am - 1pm)

Sila ambil perhatian- bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan LBKM sila ke lama sesawang






Tarikh keputusan SPM 2015 Diumumkan bulan Mac 2016

Sememangnya pelajar-pelajar sijil pelajaran malaysia (SPM) 2015 tidak sabar untuk mengetahui keputusan Mereka. dan untuk pengetahuan umum, dimana keputusan SPM 2015 dijangka akan keluar pada bulan March 2016.

Bulan Mac 2016 Tarikh Keputusan SPM 2015 Diumumkan Keluar Pemilihan tarikh dalam bulan Mac bagi mengumumkan keputusan SPM tersebut, membolehkan calon mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian Pra Universiti, Asasi dan Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara.

Berikut adalah maklumat untuk mendapatkan keputusan (result) SPM 2015 pada tarikh rasmi keputusan itu diumumkan nanti.




 Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga didi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

UPNM, TLDM Jalin Kerjasama Program Diploma

Author :BKKPA Thursday, 31 Dec 2015

UPNM, 23 Disember 2015 – Memorandum Perjanjian (MOA) yang dimeterai antara TLDM dan UPNM telah ditandatangani oleh Yang Berbahagia Datin Junaidah binti Kamarruddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), selaku mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, bagi pihak Kementerian Pertahanan dan Naib Canselor UPNM, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin bagi pihak UPNM serta disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin dan Dekan Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Emeritus Dato’ Dr Wan Hashim bin Wan Teh bertempat di Dewan Bistari, UPNM.


Hasrat untuk memulakan program ini bermula semenjak tahun 2013, melalui beberapa siri perbincangan di antara Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd), Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) dan wakil-wakil Bahagian Materiel, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) dan Bahagian Sumber Manusia Pembangunan (SM-PEMB), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Hasilnya Program Diploma Pengurusan Logistik (DPL) dan Program Diploma Pentadbiran Perniagaan (DPP) bagi anggota Lain-Lain Pangkat dari Cawangan Bekalan dan Urus Setia akan dilaksanakan bermula Januari 2016 di KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut. Program Diploma Pengurusan Logistik adalah untuk anggota TLDM berkepakaran Juruteknik Logistik (TNL) manakala program Diploma Pentadbiran Perniagaan untuk anggota TLDM berkepakaran Pentadbiran dan Kewangan (PNK). Program ini mengintegerasikan kursus kerjaya TLDM dengan program akademik UPNM dan pada penghujung kursus, anggota yang berjaya akan dianugerahkan dengan Diploma UPNM.


Kejayaan pelaksanaan program ini merupakan penambahbaikan dan pengiktirafan kepada silibus yang digunakan oleh TLDM. Program ini juga telah mendapat pengiktirafan Malaysian Qualification Agency (MQA) pada 27 Februari 2014 dan kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jawatankuasa Pengajian Tinggi (JKPT) pada 12 Februari 2015.

KD PELANDOK mempunyai kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap seperti bilik kuliah, dewan peperiksaan, perpustakaan dan kemudahan infrasruktur yang lain. Tenaga pengajar yang berkelayakan daripada UPNM dan TLDM di atur untuk mengendalikan program ini. Melalui kerjasama ini tenaga pengajar TLDM didedahkan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran, dan kaedah penilaian yang memenuhi Malaysian Qualifications Framework (MQF).


Pihak UPNM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TLDM dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang. UPNM bersedia membangunkan program baru bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usahanya meningkatkan profesionalisma dan kompetensi pegawai dan anggotanya. UPNM mengucapkan syabas kepada TLDM di atas inisiatifnya yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan ke arah Tentera Laut Bertaraf dunia.


Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif ATM bagi menentukan warganya berpeluang untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara apabila bersara kelak. Selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, program ini memberi tumpuan kepada peningkatan taraf pendidikan, pengiktirafan kelayakan akademik dan menyemai sikap pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan anggota TLDM.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik http://www.upnm.edu.my

PERBEZAAN IPTA dan IPTS



Apa itu IPTS?
IPTS ialah singkatan bagi Institut Pengajian Tinggi Swasta. IPTS juga dikenali sebagai kolej swasta yang belanjawannya dibiayai sepenuhnya melalui bayaran yuran oleh pelajar-pelajar. Hal ini berbeza dengan kolej awam yang dibiayai sebahagiannya

atau sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Kolej swasta di Malaysia perlu memohon kepada Kementerian Pendidikan bagi mendapat lesen untuk beroperasi.
Senarai IPTS
Adalah menjadi satu kemestian bagi para pelajar yang ingin menyambung pelajaran di IPTS untuk memilih hanya IPTS yang mempunyai program yang telah mendapat pengiktirafan JPA, Badan Profesional atau Badan Lain. Kemaskinian maklumat adalah berdasarkan maklumbalas daripada IPTS yang diterima setakat 27 Disember 2013. Jumlah program pengajian IPTS (kategori : Universiti) yang telah mendapat Perakuan Akreditasi setakat ini adalah sebanyak 2169. Sila rujuk laman web berikut (http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyipts.cfm)
Pembahagian IPTA dan IPTS
Secara amnya, kedua-dua IPT iaitu IPTS dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mempunyai fungsi yang sama. Walaupun begitu, setiap universiti itu unik dengan caranya tersendiri. 
Untuk pengetahuan, IPTA terbahagi kepada 4 kategori:
1. Universiti APEX (Accelerated Programme for Excellence): USM. Sila klik di SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Universiti APEX.
2. Universiti Penyelidikan: USM, UM, UKM, UPM dan UTM.
3. Universiti Komprehensif.
4. Universiti Berfokus iaitu universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang-bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan.
Manakala pembahagian Universiti Swasta adalah kurang jelas. Setakat ini masih belum terdapat universiti swasta yang mampu mencapai taraf APEX mahupun Penyelidikan. IPTA dipelopori oleh 5 buah universiti terkemuka (USM,UTM,UM,UKM,UPM) manakala universiti swasta lebih diterajui oleh 2 buah universiti (Multimedia University, Universiti Teknologi PETRONAS) manakala dalam bidang sains kesihatan, International Medical University (IMU) yang lebih dikenali dalam kalangan pelajar-pelajar cemerlang.
Perbezaan IPTA dan IPTS
1. Yuran Pengajian:
Perbezaan yang paling mudah dilihat adalah dari segi yuran pengajian. Rata-rata IPTA melatakkan yuran sekitar RM1000 bagi satu semester manakala IPTS bergantung kepada jenis bidang pengajian, sekitar RM50k untuk bidang kejuruteraan, RM90k untuk bidang farmasi dan RM300k untuk bidang perubatan. Walau bagaimanapun, yuran pengajian tidak menjadi masalah kepada para pelajar IPTS memandangkan banyak kemudahan pinjaman pendidikan pada masa sekarang jika berbanding 10 tahun yang lepas antaranya ialah MARA, PTPTN dan sebagainya.
2. Kemudahan Pembelajaran:
Mungkin terpadat segelintir masyarakat yang mengatakan kemudahan di IPTS adalah lebih baik tetapi secara keseluruhannya kemudahan dari segi pembelajaran di kedua-dua IPT adalah lebih kurang sama. Walaupun begitu, kemudahan untuk pelajar di IPTA mempunyai sedikit kelebihan. Hal ini adalah kerana kebanyakan IPTA mempunyai keluasan kampus yang sangat besar seperti UUM dan UKM. Sekiranya anda berminat untuk menaiki ‘shuttle bus’ dari fakulti ke fakulti, ataupun menaiki Rapid KL, IPTA adalah jawapannya.
3. Suasana Pergaulan:
Kebanyakan IPTS adalah berpusat kepda satu, dua atau tiga fakulti sahaja. Contohnya IMU berfokus kepada bidang sains kesihatan, UTP dan MMU memfokuskan bidang teknologi dan kejuruteraan. Pergaulan bagi pelajar IPTS adalah lebih kepada dalam satu fakulti sahaja. Hal ini berbeza dengan pelajar di IPTA. Pergaulan para pelajar IPTA tidak terbatas kepAda 1 fakulti sahaja. Jika anda seorang pelajar kejuruteraan, kemungkinan untuk bergaul dengan pelajar guaman juga adalah sangat tinggi. Hal ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kemungkinan apabila semua pelajar mengambil jurusan yang lebih kurang sama, adalah lebih mudah untuk belajar. Kemungkinan juga dengan bercampur gaul dengan pelbagai fakulti dan jurusan akan lebih membuka minda para pelajar.
4. Keterbukaan Minda:
Hal ini bukan bermaksud pelajar di IPTA lebih terbuka mindanya berbanding pelajar di IPTS. Perkara yang paling mudah ialah cuba tanyakan kepada pelajar IPTS yang mengambil MUET untuk melanjutkan pelajaran ke universiti mengenai MQA. Ataupun cuba tanyakan nama-nama universiti penyelidikan. Mengikut pemerhatian, kebanyakan pelajar di IPTS tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Bagi pelajar di IPTA pula, cuba tanyakan International Baccalaureate adalah merujuk kepada apa? 
5. Suara Pelajar:
Dari segi suara pelajar ataupun kata lainnya adalah fungsi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), secara jujur MPP di kebanyakan IPTS kurang memainkan peranan seperti yang berlaku di IPTA. Hal ini mungkin kerana faktor bilangan pelajar itu sendri. Pilihan Raya Kampus (PRK) di IPTS adalah tidak sama seperti di IPTA. Jika di UKM akan dapat dilihat ASPIRASI dan Gabungan Mahasiswa (GMUKM) sewaktu PRK, di IPTS seolah-olah PRK ini “mati” dan tidak “bernyawa”. Walau bagaimanapun, terdapat juga IPTS yang suara pelajarnya masih dapat didengar seperti di Universiti Selangor (UNISEL).

Lihat Juga:

panduan semakan kelayakan kemasukan UPU am dan Khas
Panduan membeli pin Unik BSN ke UA dan IPTA
Permohonan Online Ke Institusi TVETMARA
6. Bantuan Kerajaan:
Sekiranya mengambil kira dari segi sokongan kerajaan, IPTA mungkin akan mendapat sedikit kelebihan. Setelah USM menjadi Universiti APEX dengan permohonan 3 buah universiti swasta (MMU, UNITEN, UTP) tidak disenarai pendek. 5 buah Universiti Penyelidkan juga adalah dari universiti awam. Mungkin terdapat IPTS yang meletakkan matlamat untuk menjadi salah satu daripada universiti bertaraf penyelidikan ini, tetapi nampaknya dengan hasrat kerajaan meletakkan universiti penyelidikan ke-6 negara adalah daripada universiti dalam bidang sains sosial, mungkin sukar untuk IPTS mencapai status ini. Walau bagaimanapun, fakta ini bukan berpihak kepada IPTA semata-mata, sebenarnya institusi swasta negara kebanyakannya menjalin hubungan dengan universiti terkemuka dari luar dan juga syarikat-syarikat yang besar. Contohnya, Universiti Perdana yang baru ditubuhkan adalah mengambil sukatan pelajaran dari Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).
7. Sukatan Pelajaran:
Bagi kedua-dua IPT, sukatan pelajaran adalah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MQA. Jadi, tidak akan wujud persoalan bahawa kualiti pembelajaran di IPTS lebih baik daripada di IPTA atau sebaliknya. 
8. Bidang yang Ditawarkan:
IPTS menyediakan peluang kerjaya pada tahap yang boleh dikatakan selesa kerana kepelbagaian bidang yang ditawarkan. Sebaliknya, bidang yang ditawarkan di IPTA pula adalah terhad dan menyebabkan pelajar tidak dapat membuat pilihan jurusan lain untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma mahupun ijazah. Namun melalui IPTS, pelajar dapat melanjutkan pelajaran mereka dalam jurusan yang mereka minat dan menepati prospek pekerjaan pada masa sekarang. Para pelajar sendiri akan lebih bersemangat untuk menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang memandangkan ianya adalah satu lagi peluang yang telah diberikan sekiranya telah gagal dalam SPM mahupun matrikulasi. Selain itu, pelajar IPTS juga lebih berdaya saing berbanding pelajar IPTA kerana mereka lebih berdikari dan ditawarkan dengan pengajian yang mereka pilih sendiri berdasarkan minat mereka. Seterusnya mereka lebih didedahkan dengan pasaran tempatan dengan adanya latihan praktikal di syarikat-syarikat swasta yang lebih mencabar tugasannya.