BIASISWA KOON YEW YIN 2016

Tawaran Biasiswa Koon Yew Yin kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan  kurang daripada RM 4,000 sebulan untuk memohon biasiswa bagi melakukan kursus asasi selama setahun di mana-mana universiti tempatan. 


selepas selesai kursus asasi selama setahun, semua pelajar tanpa mengira kaum layak menerima pinjaman kerajaan setelah meminta pinjaman PTPTN; untuk kursus ijazah; pada kadar faedah yang sangat rendah.
Walau bagaimanapun, mana-mana pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN yang tidak mencukupi dan benar-benar memerlukan bantuan kewangan lanjut, juga boleh memohon untuk mendapatkan bantuan.
Syarat-Syarat
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM.
  3. Jumlah pendapatan bulanan keluarga kurang daripada RM 4000.

BIDANG YANG DIUTAMAKAN
  • Apa jua bidang.
CARA MEMOHON
  • Untuk memohon biasiswa yang diberikan oleh Dermawan Koon Yew Yin, anda perlu menulis e-mel permohonan dan hantar ke kitpheng@gmail.com.
Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari
TARIKH TUTUP 31 Mei 2016
perhatian laman ini bukan lah laman rasmi. untuk mendapatkan maklumat lanjut sila ke koonyewyin.com

Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)- Bantuan Kewangan

Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.

Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar kecacatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana kecacatannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.

Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS


Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja;
Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPM boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini;
Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut :
(i)        Sijil  - 2 Tahun
(ii)       Diploma -3 Tahun
(iii)      Sarjana Muda - 4 Tahun
(iv)      Diploma Lepasan Ijazah - 2 Tahun
(v)       Sarjana  -2 Tahun
(v)       Ph.D- 4 Tahun

SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU

i. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
ii. Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja;
iii. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian); dan
iv. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
KAEDAH BAYARAN

1. Orang Kelainan Upaya (OKU)

a. Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)

Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000/setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian (jika pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.
Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dantidak akan dibawa ke hadapan.
Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam dalam tahun semasa.
Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut.
Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlaluadalah tidak dibenarkan.

b. Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja) :

Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun. Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.
Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan
Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlaluadalah tidak dibenarkan.

2. Program Pendidikan Khas (PPK)

i. Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih sahaja dari Sijil dan Diploma.
ii. Kadar Bayaran PPK adalah sebanyak :
RM 3660/Semester 1 sahaja.
RM 3360/Semester 2 hingga 4.

KATEGORI YURAN YANG LAYAK DAN TIDAK LAYAK DITUNTUT


Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.

Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar kecacatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana kecacatannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.

Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

Nota : Bagi tuntutan lain yang tidak tersenarai dalam senarai yuran yang LAYAK atau TIDAK LAYAK seperti di atas adalah tidak layak dituntut.

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

PERMOHONAN / TUNTUTAN

Mulai tahun 2013 permohonan dan tuntutan bayaran OKU dan PPK telah dijalankan secara atas talian (online) di laman web KPM.
Permohonan perlu mendaftar sebagai pengguna sistem terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan.
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada bahagian biasiswa KPM tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula.

DOKUMEN BANTUAN ELAUN WANG SAKU DAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR OKU (scan terlebih dahulu)

a. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
b. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
c. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
d. Salinan surat tawaran pengajian;
e. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);
f. Salinan buku akaun CIMB / BIMB sahaja;
g. Invois asal yuran pengajian semester semasa yang dikeluarkan oleh institusi pengajian (jika tuntutan yuran belum dijelaskan oleh pelajar) / resit asal pembayaran yuran pengajian oleh pelajar (jika tuntutan yuran telah dijelaskan oleh pelajar).

Dokumen Bantuan Program Pendidikan Khas (PPK) (scan terlebih dahulu)

a. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
b. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
c. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
d. Salinan surat tawaran pengajian;
e. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);
f. Salinan buku akaun CIMB / BIMB sahaja;

TATACARA PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPK)

Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan dalam talian (online). Permohonan dibuka mengikut sesi akademik Kolej Komuniti dan Politeknik setiap tahun;
Borang permohonan Bantuan Elaun yang telah lengkap diisi hendaklah di cetak dan disahkan oleh Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing untuk dimuat naik di portal ini.

TATACARA PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN (OKU)

Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan dalam talian (online). Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Borang permohonan bantuan Elaun Wang Saku dan Yuran Pengajian yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan disahkan oleh Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing untuk dimuatnaik di portal ini.

Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No.2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya
(u.p: Unit Biasiswa)
No Fax: 03-8870 6839 / 6838

E-Mail:



BIASISWA ANTARABANGSA DEVELOPING SOLUTIONS DI UNIVERSITI NOTTINGHAM, UK

Universiti Nottingham di bawah program biasiswa Developing Solutions menawarkan biasiswa ijazah lanjutan bagi Sarjana Masters kepada pelajar antarabangsa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian mereka di Universiti berkenaan.

Biasiswa ini membuka peluang kepada pelajar luar negara untuk belajar di sebuah negara maju yang dapat mendedahkan pelajar kepada tahap penyelidikan terkini sekaligus berpeluang untuk memperoleh pengetahuan yang berkaitan dalam bidang pengajian yang diceburi.
Ditubuhkan pada 2001, biasiswa antarabangsa Developing Solution menawarkan 105 biasiswa yang merangkumi:
  • 30 x 100% yuran pengajian
  • 75 x 50% yuran pengajian
SYARAT KELAYAKAN
Anda dikira layak untuk memohon biasiswa ini sekiranya anda:
  1. Warganegara (atau tetap bermastautin di) Afrika, India atau salah satu daripada negara-negara Komanwel (termasuk Malaysia).
  2. dikelaskan sebagai seorang pelajar luar negara untuk tujuan bayaran Yuran DAN
  3. belum pernah lagi belajar di luar negara asal anda (Keutamaan diberikan kepada calon yang tidak pernah belajar di luar negara asal mereka. Pelajar yang sedang belajar di UK tidak layak untuk memohon.) DAN
  4. pada masa ini tidak belajar di mana-mana kampus Universiti Nottingham atau bukan siswazah University of Nottingham DAN
  5. menerima tawaran untuk memulakan program ijazah sarjana sepenuh masa, termasuk MRes, di Nottingham bagi ambilan pengajian bulan September 2016 dalam Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Sains dan Fakulti Sosial Sains.
PS: Hanya pelajar yang telah mendapat tawaran untuk memulakan program sepenuh masa ijazah sarjana untuk September 2016 di Universiti Nottingham boleh memohon biasiswa ini.
CARA MEMOHON
HUBUNGI
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan di pihak anda, sila hubungi:
The University of Nottingham South East Asia Office
International Student Section
2nd Floor, Chulan Tower
3 Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
ATAU
International Office
C Floor, YANG Fujia Building
Jubilee Campus, Wollaton Road
Nottingham, NG8 1BB, UK
Tel: +44 (0)115 951 5247
Fax: +44 (0)115 951 5155
Email: scholarship-assistant@nottingham.ac.uk
Tarikh Tutup Permohonan: 22 April 2016

BIASISWA MACC 2016 UNTUK PELAJAR MALAYSIA DI AUSTRALIA

Tawaran Biasiswa MACC 2016 untuk Pelajar Malaysia di Universiti Australia  Majlis Alumni Australia Malaysia menawarkan Biasiswa MACC untuk pelajar Malaysia. Biasiswa disediakan untuk pelajar yang menyambung ijazah sarjana muda dan program lepasan ijazah di Universiti-universiti di Australia.

Tujuan biasiswa Malaysia Australia Colombo Plan Commemoration (MACC) ini adalah untuk menyediakan pelajar Malaysia peluang untuk mengalami pelbagai budaya melalui tajaan pendidikan.
Program Biasiswa MACC adalah diterajui dan diselaraskan oleh Majlis Alumni Malaysia Australia atau Malaysian Australian Alumni Council (The MAAC), sebuah organisasi kebangsaan bagi Persatuan Alumni Malaysia Universiti Australia dan lain-lain institusi pengajian tinggi, dengan sokongan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, Suruhanjaya perdagangan Australia (Austrade), Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Australia, Sains dan Latihan melalui Pendidikan Antarabangsa Australia – Australian Education International (AEI).
Syarat kemasukan adalah berbeza antara institusi dan mengikut tahap bahasa Inggeris bagi kursus pelajar yang diambil.
Tahap Kursus: Biasiswa disediakan untuk mengejar ijazah dan program pascasiswazah.
Kajian Subjek: Biasiswa ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk membantu pelajar dalam aspek meningkatkan pendidikan mereka.
Anugerah Biasiswa: Secara umum, sumbangan biasiswa MACC terdiri daripada kedua-dua separa dan/atau penuh pengecualian yuran tuisyen daripada menyumbang mana-mana universiti dan institusi pengajian tinggi dalam program Prasiswazah dan/atau program Pascasiswazah yang khusus atau umum.
Biasiswa boleh diambil di: Australia.
Kelayakan: Bagi mahasiswa dan lepasan ijazah ijazah
  • STPM / A-Level / IB atau yang setaraf
  • CPU atau CIMP / Tahun 12 (HSC / VCE / AUSMAT / SAM) / SMA III / Asasi
  • Matrikulasi, Diploma atau Ijazah: Sekurang-kurangnya PNGK 3.50
  • Esei Bahasa Inggeris: Mesti mengemukakan 1 muka surat esei English mengenai sebab-sebab memohon biasiswa, manfaat yang akan diperolehi dari kursus pengajian termasuk rancangan pendidikan dan kerjaya
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar tahun pertama. Pelajar semasa yang memegang surat tawaran bagi kemasukan tahun pertama ke universiti masing-masing menawarkan biasiswa digalakkan untuk memohon.
  • Tawaran ini tidak boleh diguna pakai kepada pemohon berikut:
    1. Telah memegang biasiswa penuh daripada Australia dan/atau penaja asing atau universiti.
    2. Sedang memegang apa-apa biasiswa separa dengan mana-mana Australia dan/atau penaja asing atau universiti.
    3. Sedang sedang belajar di universiti yang menawarkan biasiswa di bawah Biasiswa MACC.
  • Semua pemohon mesti memenuhi keperluan bahasa Inggeris untuk kemasukan ke biasiswa yang dipohon
  • Biasiswa adalah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain, kursus atau tahun.
Warganegara: Pemohon dari Malaysia layak untuk memohon Biasiswa MACC.
Syarat Kemasukan Kolej
Keperluan Bahasa Inggeris: Tahap kemahiran bahasa Inggeris yang diambil kira oleh institusi boleh berbeza daripada tahap kemahiran yang diperlukan untuk permohonan visa pelajar yang memohon.

BIASISWA MACC UNTUK PELAJAR MALAYSIA 2016

Bahan Sokongan: Berikut adalah keperluan yang wajib dikemukakan melalui e-mel kepada macc@augstudy.com:
1) Borang Universiti berkaitan yang anda mohon: Muat turun dan lengkapkan borang di Universiti masing-masing bahawa pelajar memohon biasiswa.
2) Salinan sijil-sijil akademik kelayakan pengajian tinggi, kelayakan profesional.
3) Sebuah Esei tidak melebihi 1500 patah perkataan dan beritahu mengapa biasiswa ini perlu diberikan kepada mereka.
4) Salinan PDF resit / Bank-in slip untuk pembayaran yuran pentadbiran sebanyak RM50 (tidak dikembalikan) bagi setiap biasiswa kepada Akaun Public Bank [Nama Akaun: Nombor Akaun MAAC: 31 0598 0801]
Bagi pelajar lepasan ijazah, maklumat tambahan berikut diperlukan:
5) Transkrip STPM dan / atau mana-mana Yayasan lain atau keputusan Pra-Universiti/Ijazah Sarjana Muda/Masters.
6) CV termasuk butir-butir aktiviti kurikulum.
Cara Memohon: Pemohon hendaklah memohon melalui borang MACC Expression of Interests sebelum biasiswa permohonan boleh disemak.
Muat turun borang: MACC Expression of Interests.

Pautan Biasiswa: www.emaac.org
Tarikh Akhir Permohonan: Tarikh akhir permohonan adalah pelbagai bergantung dari universiti ke universiti.

BIASISWA ASEAN (KPMG) 2016 UNTUK PELAJAR MALAYSIA

 Tawaran Biasiswa ASEAN KPMG bagi Program Sarjana Muda bagi sesi tahun pengajian 2016/2017.
Permohonan adalah dipelawa untuk Biasiswa ASEAN KPMG dibuka kepada pelajar Malaysia. Pelajar yang memohon biasiswa ini perlu menjadi mahasiswa Sarjana Muda tahun pertama atau kedua institusi pengajian tinggi tempatan.
Biasiswa ASEAN KPMG adalah program biasiswa baru bagi pelajar Asia Tenggara ditubuhkan sebagai biasiswa serantau pertama untuk mahasiswa muda yang ingin mendapatkan rentak permulaan dalam kerjaya mereka dengan firma perkhidmatan profesional. Program ini disokong oleh pejabat KPMG di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Tujuan mereka adalah untuk memberi inspirasi keyakinan dan memperkasakan perubahan. Menerusi tujuan ini, KPMG akan menjadi pilihan yang jelas dan dipandang dengan rasa hormat dan kagum.
Tahap Kursus: Biasiswa disediakan untuk program sarjana muda.
Kajian Subjek: Biasiswa diberikan untuk meneruskan kerjaya dalam audit, nasihat dan cukai.
Anugerah Biasiswa
Sokongan kewangan untuk penerima biasiswa ASEAN disediakan melalui:
  • Geran Yuran pengajian RM20,000 setahun
  • Peruntukan untuk latihan di luar negara
Biasiswa boleh diambil di: Luar Negara
Kelayakan
Untuk layak menerima Biasiswa ASEAN KPMG, pelajar perlu menjadi:
  1. Seorang pencapai motivasi diri yang mempunyai rekod akademik yang konsisten dan kuat dengan kecemerlangan dalam salah satu daripada berikut:
    • SPM / O-Level / Setaraf: 6A dan sekurang-kurangnya B dalam Bahasa Inggeris & Matematik;
    • STPM / A-Level / Setaraf: 2B dan ke atas;
    • Ijazah: GPA 3.2 dan ke atas / ke-2 atas atau yang setaraf
  2. Pelajar Tahun ijazah pertama atau kedua institusi pengajian tinggi tempatan.
  3. Seorang yang terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum sama ada di sekolah atau dalam masyarakat.
  4. Pemimpin yang kuat dan pemikiran global.
  5. Penyampai yang terbaik yang menunjukkan tahap inisiatif, kematangan dan semangat yang tinggi.
  6. Seorang yakin pada diri sendiri dan mempunyai keazaman untuk berjaya.
  7. Warganegara Malaysia sahaja.
  8. Dan sudah tentu, mereka perlu mempunyai semangat untuk hidup, keinginan untuk belajar dan cita-cita untuk meneruskan kerjaya dalam audit, nasihat dan cukai.
Warganegara: Warganegara Malaysia boleh memohon biasiswa ini.
Cara Memohon:
Pemohon yang layak perlu melengkapkan permohonan biasiswa secara atas talian.
Tarikh Akhir Permohonan:
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2016

Hilangkan Tekanan Ketika Belajar

semakin hari semakin dekat, itulah beberapa rintihan pelajar-plejar PT3, SPM dan STPM yang akan mengambil peperiksaan akhir pada tahun ini.Di sini adalah sedikit langkah yang mungkin dapat membantu anda bagi menghilangkan tekanan ketika belajar. dan diharap ianya dapat membantu.
sebelum itu cuba kita lihat punca-punca tekanan ketika belajar: 
Persekitaran-Bising, Berbau, Bersepah, Gelap, Suhu terlalu tinggi atau rendah,Masa-Waktu belajar, Jadual exam terlalu padat,Study last minute (salah sendiri)

SCHOLARSHIP PROGRAMME 2016-2017 : TAWARAN BIASISWA BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB)

Tawaran Biasiswa dari Bank Pembangunan Islam Sesi Pengajian Tahun 2016-2017 kini dibuka. Mohonlah sekarang.


Sukacita dimaklumkan bahawa Bank Pembangunan Islam (IDB) sedang menawarkan biasiswa di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) secara sepenuh masa di dalam bidang Sains dan Teknologi.  Sehubungan dengan itu, semua anggota KKM yang berminat dan berkelayakkan boleh mendapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut dengan melayari laman web www.isdb.org. Tarikh tutup tawaran adalah pada 29 Februari 2016 dan borang permohonan perlu dikemukakan kepada:

Unit Kerjasama Pelbagai Hala 2
Bahagian Antarabangsa
Kementerian Kewangan
Aras 8, Blok Tengah,
Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
62692 Putrajaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Atasha Mohd Noh di talian 03-88824149 atau email atasha.noh@treasury.gov.my

bagi mendapatkan informasi yang lebih jitu sila ke laman sesawang http://latihan.moh.gov.my/



MUDAJAYA GROUP BERHAD SHOLARSHIP 2016


Tawaran Biasiswa dari Mudajaya Group Berhad bagi sesi tahun 2016 kini dibuka, mohonlah sekarang.Mudajaya Group Berhad merupakan sebuah konglomerat utama dengan perniagaan teras dalam pembinaan, pembangunan hartanah, pengeluaran kuasa bebas, perkhidmatan pengurusan projek, pembuatan dan perdagangan bahan binaan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Mudajaya Group Berhad kepada tanggungjawab sosial korporat dan berkongsi kejayaan dengan masyarakat, mereka telah menganugerahkan banyak biasiswa kepada generasi muda selama ini.
Sekali lagi, pada tahun 2016 ini mereka menjemput mahasiswa untuk mengikuti Ijazah di institusi pengajian tinggi tempatan dan berkongsi semangat untuk kecemerlangan, bagi memohon biasiswa ini.
SYARAT & KRITERIA
  • Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM / STPM / Kolej / Universiti
  • Rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kurikulum
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Biasiswa ini dibuka kepada mahasiswa tahun pertama pengajian tahun akhir di institusi pengajian tinggi tempatan
BIDANG PENGAJIAN YANG DIUTAMAKAN
  1. Kejuruteraan Awam
  2. Ukur Bahan
  3. Ukur Tanah
  4. Kejuruteraan Elektrik
  5. Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  6. Kejuruteraan mekanikal
  7. Perumahan, Bangunan & Perancangan
AMAUN BIASISWA
Yuran pengajian: Ditaja separuh
Nilai Biasiswa: sehingga RM10,000 setahun
Elaun lain: Elaun, Latihan
PELUANG PEKERJAAN
  1. Setelah tamat pengajian, pemohon yang berjaya boleh meneruskan kerjaya dengan Syarikat dan diberi ganjaran dengan pakej imbuhan yang kompetitif
  2. Diberi latihan kemahiran pengurusan yang perlu dipersiapkan untuk jawatan Pengurusan Kanan.
CARA PERMOHONAN
  1. Muat turun Borang Permohonan Biasiswa di sini.
  2. Sila sertakan sampul surat beralamat sendiri bersama borang permohonan dan hantar kepada:
    Jawatankuasa Biasiswa
    Mudajaya Group BERHAD (605.539-H)
    Level 11, Menara Mudajaya,
    No. 12A, Jalan PJU 7/3,
    Mutiara Damansara,
    47810 Petaling Jaya,
    Selangor Darul Ehsan
HUBUNGI
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi:
E-mel: hr@mudajaya.com
Laman Web: www.mudajaya.com
Tel: +603 7958 7899
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
30 Disember 2016

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)



Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan:

Biasiswa kerajaan negeri sabah, kepada sesiapa yang mempunyai permohonan untuk BKNS 2015, anda boleh menyemak permohonan anda sekarang.


Untuk menyemak keputusan permohonan anda sila klik link ini. http://www.biasiswa.sabah.gov.my

(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN

 1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) Kejuruteraan Kesihatan dan Perusahaan Ternak Seni Bina (Architecture) Pertanian 2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT) Perubatan Pengajian Islam Pergigian Matematik Perubatan Veterinar Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik) Farmasi TESL Kejuruteraan Psikologi Ukur Bahan Sains Komputer Seni Bina (Architecture) Ekonomi Sains dan Teknologi Makanan Perakaunan Sains Bioteknologi Pentadbiran Perniagaan Akuakultur Pelancongan dan Hospitaliti Sains Biologi Marin Undang-Undang Sains Alam Sekitar Pengurusan Ladang Perikanan Pertanian Perhutanan Muzik.

Dapatkan info biasisiwa terkini 

Tabung Usahawan Siswazah (TUS)- SME Bank

Kemudahan Kewangan Khusus Untuk Graduan
Kerajaan Malaysia menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta di dalam Rancangan Malaysia ke-9 untuk Tabung Usahawan Siswazah [TUS].
Peruntukan tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Universiti menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
SME Bank telah berjaya melahirkan para Usahawan Siswazah yang berjaya menambahkan pendapatan diri melalui perniagaan justeru meningkatkan enjin pertumbuhan negara.Dana ini merupakan pembiayaan mudah bagi memulakan perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian dan juga bagi para graduan yang mempunyai perniagaan sedia ada.
Ciri – Ciri TUS
  • Pembiayaan dari RM20,000 hingga RM500,000
  • Pembiayaan sehingga RM750,000 boleh diberi bagi pengambilan-alihan syarikat sahaja (untuk pembiayaan aset tetap sahaja)
  • Kadar keuntungan (tokokan) 4% setahun baki bulanan
Kelayakan
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya memiliki Diploma yang diiktiraf MQA
  • Menamatkan pengajian tidak melebihi 15 tahun
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun
Jaminan
  • Tiada Penjamin
    • Bagi pembiayaan bangunan/ premis perniagaan.
    • Untuk pembiayaan sehingga RM100,000.
  • Penjamin
    • Bagi pembiayaan melebihi RM100,000, penjamin hanya menjamin sebanyak 20% daripada bahagian pembiayaan yang melebihi RM100,000 sahaja (Pemilikan Tunggal dan Perkongsian)
Lain-Lain Maklumat TUS
  • Tempoh maksimum pembiayaan TUS diberikan sehingga 10 tahun atau sehingga 20 tahun (untuk bangunan/premis perniagaan sahaja).
  • Tempoh penangguhan juga boleh dipertimbangkan sehingga 48 bulan.
  • Pembiayaan maksimum boleh diberikan sehingga 95% daripada jumlah kos projek bagi pembiayaan kurang dari RM100,000 dan 90% daripada jumlah kos projek bagi pembiayaan melebihi RM100,000
  • Firma perseorangan, perkongsian dan syarikat Sendirian Berhad boleh memohon TUS.
  • Semua jenis perniagaan adalah dibenarkan kecuali pelaburan hartanah dan industri Primary Agriculture.
Cara Untuk Memohon Tabung Usahawan Siswazah
  • Bagi pemohon yang telah berniaga dan beroperasi melebihi dua tahun tidak perlu menghadiri kursus anjuran INSKEN dan proses penilaian awal di INSKEN.
  • Pemohon boleh mengemukakan Rancangan Perniagaan kepada cawangan SME Bank yang berhampiran dengan projek.
  • Bagi pemohon yang tiada pengalaman dalam perniagaan, pemohon diminta hadir kursus anjuran INSKEN.
  • Pendaftaran kursus boleh dibuat secara dalam talian www.insken.gov.my atau menghubungi INSKEN, Puan Arni /Puan Nurashikin di talian :03-88805162/5195/5171
  • Setelah menghadiri kursus, pemohon diminta mengemukakan 5 salinan Rancangan Perniagaan kepada pihak INSKEN.
  • Proses penilaian awal akan dianjurkan oleh pihak INSKEN dan pemohon diminta membuat pembentangan Rancangan Perniagaan. Pemohon yang beroperasi di Sabah/Sarawak diberikan pengecualian daripada menghadiri proses penilaian awal di INSKEN.
  • Sekiranya Rancangan Perniagaan memenuhi syarat Dana, kertas cadangan Rancangan Perniagaan akan dimajukan kepada cawangan berdekatan projek.
  • Cawangan akan menilai permohonan dan memberi maklumbalas dalam tempoh terdekat.
perhatian ini bukan website rasmi SME Bank. untuk info yang lebih lanjut sila ke laman sesawang sme bank

BANK RAKYAT PINJAMAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH 2016


Bank Rakyat Menawarkan pinjaman pendidikan boleh ubah kepada yang berkelayakan untuk bagi meyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Diantara bidang-bidang ynag boleh ditajaan oleh Bank Rakyat:

Bidang pengajian tumpuan :
• Perakaunan
• Perbankan
• Pengurusan Perniagaan
• Sumber Manusia
• Ekonomi
• Komunikasi Media
• Undang – Undang
• Sains Aktuari
Akan tetapi YBR tetap menaja semua bidang lain kecuali Perubatan dan Penerbangan.

Bagi permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, permohonan tersebut akan dibuka pada bulan Mei.

Permohonan untuk boleh lah dibuat melalui http://www.yayasanbankrakyat.com.my.

untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut silalah ke laman sesawang rasmi bank rakyat www.yayasanbankrakyat.com.my

info terkini berkenaan biasisiwa

TARIKH PENDAFTARAN CALON PERSENDIRIAN PT3, SPM, SPMU DAN STAM 2016-KENYATAAN MEDIA KPM


Dalam satu kenyataan media, tarikh pendaftaran calon persendirian PT3,SPM,SPMU dan STAM 2016. dimana akan dibuka bermula pada 1 Mac 2016 sehingga 31 Mac 2016.


MALAYSIAN INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS) 2018

The Malaysian International Scholarship (MIS) is an initiative by the Malaysian Government to attract the best brain from around the world to pursue advanced academic studies in Malaysia. This scholarship aims to support Malaysian Government’s effort to attract, motivate and retain talented human capital from abroad.


Talented international students with excellent academic records and outstanding co-curricular backgrounds are welcomed to apply for this scholarship and further their studies in any selected and well-established Malaysian public and private universities. This scholarship is divided into two (2) categories of study: Postgraduate and Post-doctoral Studies.
LEVEL: Master
ELIGIBILITY  CRITERIA
To be eligible for Malaysia International Scholarship (MIS), applicants must fit the following criteria:-
  1. Not be more than 40 years (Postgraduate) and 45 years (Post-doctoral) of age during application.
  2. Obtained a minimum of Second Class Upper (Honours) or a CGPA of 3.5/4.0 at Bachelor Degree Level for Masters Degree applicants and for PhD candidates must possess CGPA 3.5/4.0 or very good result at Masters degree level in a similar field of intended PhD study. In addition, for post-doctoral programme, the selection will be evaluated based on the number of books produced, refereed/non refereed journals, portfolio and patent copyright. The Post-Doctoral candidate must have excellent reputation in research and possesses knowledge related to the research to be carried out.
  3. Took one of the following English Language Proficiency Test not more than two years before the date of application. The list of tests and minimum scores required:
    1. IELTS Academic Test with a score of at least 6.5; or
    2. TOEFL paper-based test with a score of at least 580 or computer-based test with a score of at least 230 or internet-based test with a score at least 92.
  4. In excellent health condition and certified by a Certified Doctor/Medical Professional. The cost of medical examination is to be borne by the applicants.
  5. Wrote a proposal that is relevant to the field of studies.
  6. Has applied for and gained admission to postgraduate and post-doctoral studies in Malaysia (conditional letters of offer will be accepted at the time of application or has a confirmation of acceptance or affiliation with the Universities in Malaysia).
VALUE OF SCHOLARSHIPS
Each scholarship consists of:-
  1. Air tickets from recipient’s capital city to Malaysia
  2. An approved tuition fees
  3. Monthly maintenance allowance
  4. Annual grant for books and internal travel
  5. Medical / Health Insurance
  6. Installation and Termination grant
  7. Thesis allowance
  8. Visa
PRIORITY STUDY AREAS
Field of studies is in the following priority areas:
  1. Science and Engineering
  2. Agriculture and Fisheries
  3. Economics and Islamic Finance
  4. Information and Communication Technology
  5. Biotechnology
  6. Biosecurity and Food Safety
  7. Infrastructure and Utility
  8. Environmental Studies
  9. Health not including nursing, medicine, clinical pharmacy.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
* Applicants may choose any related course within the field/areas mentioned above
Deadline: 
CONTACT
Scholarship Division
Ministry Of Higher Education Malaysia
Level 2, No 2, Tower 2
Jalan P5/6, Precinct 5
Federal Government Administrative Centre
62200 Putrajaya
Tel: +603 8870 6000 ext 6368 / 6337 / 5409
Email: bb.international@mohe.gov.my
REFERENCE: