Berita baik kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM 2017,Tawaran pembiayaan pendidikan Biasiswa Peneraju Tunas Potensi sesi 2016 kini dibuka. Rebut peluang ini dan mohon segera. Bagi sesi tahun 2018 Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera sekali lagi membuka peluang untuk anda membuat permohonan Program Pembiayaan Pendidikan Tunas dan tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Februari 2018.
INFO Biasiswa/Program:
Buat pengetahuan anda, program biasiswa Peneraju Tunas Potensi merupakan satu program pembiayaan pendidikan khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM (dengan menggunakan keputusan yang terkini) yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan peluang pendidikan tertiari yang berkualiti.
Tawaran program biasiswa pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang memiliki prestasi serta berminat melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Sebagai penerima pembiayaan pendidikan Peneraju Tunas Potensi, pelajar terpilih akan menerima:
- Yuran penuh akademik
- Elaun buku
- Elaun sara hidup
- Tempat tinggal
- Program pembangunan dan pemupukan pelajar
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:
- Bumiputera Warganegara Malaysia
- Keputusan SPM 2015 minima 5A ATAU Keputusan STPM 2015 minima 2A (SPM 2013 minima 5A)
- Pendapatan keluarga adalah tidak melebihi RM4,000
- Aktif dalam ko-kurikulum serta memiliki daya kepimpinan yang tinggi
CARA MEMOHON
- Muat turun borang permohonan biasiswa di laman web ini
- Hantar borang serta dokumen yang dikehendaki ke alamat berikut sebelum 26 Februari 2016 (Jumaat):Peneraju Tunas Potensi 2016
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,
15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur.
Untuk mengetahui senarai kursus, institusi pengajian, syarat minima serta syarat-syarat yang lain, sila muat turun maklumat di sini