semakin hari semakin dekat, itulah beberapa rintihan pelajar-plejar PT3, SPM dan STPM yang akan mengambil peperiksaan akhir pada tahun ini.Di sini adalah sedikit langkah yang mungkin dapat membantu anda bagi menghilangkan tekanan ketika belajar. dan diharap ianya dapat membantu.
sebelum itu cuba kita lihat punca-punca tekanan ketika belajar:
Persekitaran-Bising, Berbau, Bersepah, Gelap, Suhu terlalu tinggi atau rendah,Masa-Waktu belajar, Jadual exam terlalu padat,Study last minute (salah sendiri)
Kawan-Bising, Terlalu banyak bertanya, Suka mempengaruhi,
Bahan untuk belajar-Nota hilang, nota tak lengkap (salah sendiri), terlalu banyak nota
Masalah peribadi-gaduh ngan awek, duit poket dah kering, tak sihat, masalah keluarga, gaduh ngan member
ini semua adalah antara punca tekanan ketika belajar.
Mungkin banyak lagi, dan perkara yang remeh kadang-kadang boleh menyebabkan kita tekanan. Setiap orang mesti ada masalah sendiri yang mana kita tak terpikir pun benda tu dapat jadi masalah pada sesetengah orang. Sekarang jom kita tengok cara menghilangkan tekanan:
1-Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. (bekalkan oksigen kepada otak)
2-Redakan tegangan-sebab dah lama duduk..berdiri, mengeliat, buat regangan lembut.
3-Menjerit-cara yang paling mujarab tapi jangan keterlaluan.
4-Belajar ditempat yang bersih, tenang, selesa dan terang.
5-Keluar lepak dengan member-Ajak member lepak kat kedai mamak. Cara ni memang aku selalu buat. Ye la kan, dah lama mengadap buku.Stop kejap ambil masa untuk rehatkan otak.
6-Selesaikan dulu masalah yang menyemakkan otak kita. klu tak dapat selesaikan sendiri, minta bantuan member atau orang terdekat. Kongsi dan luahkan masalah dengan mereka.
7-Bersukan-jangan asyik belajar, keluar bersukan, ini membantu meredakan tekanan.
8-Tidur-cara jugak memang selalu aku amalkan. Klu kepala dah semak dengan pelbagai formula dan fakta..tidur dulu. Ini membantu menyusun ingatan dalam otak.
9-Lakukan hobi sendiri-hobi sendiri boleh menenangkan otak. coz hobi adalah perkara yang kita suka buat. Banyak hobi yang boleh dilakukan, melukis, dengar radio, men game(left4dead), bowling, karaoke, dll.
10-Solat dan Baca Al-quran- Cara yang betul-betul mujarab antara suma cara. Jika hendak lakukan sesuatu, kembalilah kepada Allah yang Esa.
semoga dapat mambantu anda, dan bagi pelajar-pelajar ayng akan mengambil peperiksaan akhir pada tahun ini. berikan yang terbaik.