SCHOLARSHIP PROGRAMME 2016-2017 : TAWARAN BIASISWA BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB)

Tawaran Biasiswa dari Bank Pembangunan Islam Sesi Pengajian Tahun 2016-2017 kini dibuka. Mohonlah sekarang.


Sukacita dimaklumkan bahawa Bank Pembangunan Islam (IDB) sedang menawarkan biasiswa di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) secara sepenuh masa di dalam bidang Sains dan Teknologi.  Sehubungan dengan itu, semua anggota KKM yang berminat dan berkelayakkan boleh mendapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut dengan melayari laman web www.isdb.org. Tarikh tutup tawaran adalah pada 29 Februari 2016 dan borang permohonan perlu dikemukakan kepada:

Unit Kerjasama Pelbagai Hala 2
Bahagian Antarabangsa
Kementerian Kewangan
Aras 8, Blok Tengah,
Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
62692 Putrajaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Atasha Mohd Noh di talian 03-88824149 atau email atasha.noh@treasury.gov.my

bagi mendapatkan informasi yang lebih jitu sila ke laman sesawang http://latihan.moh.gov.my/