Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti universiti yang terkemuka.
Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (PhD) dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Sarjana setiap tahun.
Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:

i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga.
ii. Prestasi semasa temuduga.
Baca juga: 11 Penuntut Terima Biasiswa Yang Di-pertuan Agong (BYDPA) 2015
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
v. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
vi. Telah mendapat tempat pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.
- Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
- Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atauhttp://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.
- Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 9.00 pagi, 07 Mac 2016.
Maklumat lanjut biasiswa:
Keterangan Biasiswa: klik sini
Syarat-syarat Permohonan: klik sini
Garis Panduan Permohonan: klik sini
Garis Panduan Menulis Cadangan Penyelidikan/Pengajian: klik sini
Syarat-syarat Permohonan: klik sini
Garis Panduan Permohonan: klik sini
Garis Panduan Menulis Cadangan Penyelidikan/Pengajian: klik sini
Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 18 Mac 2016 melalui serahan tangan atau pos ke:
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853546/3569/3879 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.