DANA BIASISWA ENDOWMEN AZMAN HASHIM 2016

Pengasas Yayasan Azman Hashim iaitu seorang usahawan dan dermawan Tan Sri Azman Hashim pada 15 Mac baru-baru ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menyumbang RM30 juta untuk penubuhan dana endowmen, yang dinamakan sebagai Dana Biasiswa Endowmen Azman Hashim.



Tujuan utama endowmen tersebut adalah menyediakan biasiswa untuk pelajar UTM di peringkat sarjana muda yang kurang mampu dari segi kewangan dan juga mereka yang cemerlang di bidang pengajian masing-masing.
MoA itu ditandatangani oleh Azman Hashim, Pengarah Kumpulan Amcorp Berhad Shalina Azman, dan naib canselor UTM Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar dan timbalan naib-canselor (Pembangunan) Prof Dr Azlan Ab Rahman.
Sementara itu, Wahid berkata biasiswa itu ditawarkan kepada mahasiswa yang cemerlang dengan CGPA 3.80 dan ke atas dan 40 pelajar terbawah dengan pendapatan isi keluarga di bawah RM3,500 dengan CGPA 3.00 dan ke atas.
Sebagai permulaan tajaan ini, hanya lima pelajar dari lima latar belakang pengajian berbeza telah dipilih untuk menerima biasiswa itu. Dana daripada sumbangan ini juga akan membantu peningkatan dan pembangunan akademia di UTM.
Wahid juga berkata UTM International Business School akan dijenama semula sebagai Azman Hashim International Business School dan dua lagi bangunan akan juga dinama sempena Azman, iaitu Dewan Utama Azman Hashim di UTM Kuala Lumpur dan Stadium Azman Hashim di UTM Johor Baharu.
Info: Selain daripada sumbangan RM30 juta endowmen kepada UTM, Yayasan Azman Hashim juga sebelum ini telah banyak menyumbang kepada pelbagai projek kebajikan dan pendidikan di Malaysia.