PINJAMAN PELAJARAN LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH (LBNK) 2016/2017

Pinjaman Pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) 2016/2017 – Tawaran Pinjaman Pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) sesi 2016/2017 kini dibuka untuk permohonan.


Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak negeri Kedah Darul Aman yang telah ditawarkan mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan untuk dipertimbangkan pinjaman pelajaran lembaga biasiswa negeri Kedah bagi peringkat-peringkat seperti berikut:
  • Ijazah Pertama / Diploma di Universiti Awam Tempatan dan
  • Sijil / Diploma di Politeknik seluruh Malaysia dan Kolej Komuniti.
SENARAI IPT TAJAAN LBNK
  • Universiti Awam: Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur/Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang/Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan/Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal, P.Pinang/Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor/Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang/Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor/Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur/Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah/Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), K.Lumpur/Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak/Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah / Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak / Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu / Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) / Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis / Universiiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) / Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu / Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan
    Dan semua IPTA Kerajaan yang tidak tersenarai di ata
  • emua UiTM seluruh negara.
  • Politeknik Seluruh Malaysia: Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang (PSP) / Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang / Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan (PPD) / Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA) / Politeknik Sultan Idris Shah Selangor, Sabak Bernam (PSIS) / Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO) / Politeknik Tanjung Malim, Perak (PTM) / Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang (SAS) / Politeknik Muadzam Shah, Pahang (PMS) / Politeknik Kota, Melaka (PKM) / Politeknik Merllimau, Melaka (PMM) / Politeknik Johor Bahru (PJB) / Politeknik Kota Bahru, Kelantan (PKB) / Politeknik Jeli, Kelantan / Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (PKK) / Politeknik Kota, Kuala Terengganu (PKT) / Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun, Terengganu (PSMZA) / Politeknik Kuching, Sarawak (PKS) / Politeknik Mukah, Sarawak / Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah (PTSB) / Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah (POLIMAS) / Politeknik Syed Sirajudin Arau, Perlis (PTSS)
    Dan semua Politeknik yang tidak tersenarai di atas.
  • Lain-lain IPT: Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) / Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) / Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) / Universiti Selangor, Selangor (UNISEL) / TATI University College – Kemaman, Terengganu, Malaysia / Institut Pertanian Malaysia
    Semua Kolej Komuniti seluruh negara.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
  1. Calon-calon mestilah terdiri daripada Anak Negeri Kedah Darul Aman iaitu :-
    • Calon dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman
    • Salah seorang daripada Ibu / Bapa lahir di Negeri Kedah Darul Aman
  2. Telah mendapat tawaran belajar SECARA SEPENUH MASA.
  3. Pusat pengajian DI DALAM NEGARA SAHAJA.
  4. Belum menerima Tajaan Pinjaman Pelajaran / Biasiswa / Penganjur dari mana-mana badan penajaan yang lain.
CARA-CARA MEMOHON
  1. Permohonan bolehlah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang:www.lbnk.gov.my ATAU pinjaman2016.lbnk.gov.my mulai 15 Ogos 2016 hingga 15 September 2016.
  2. Pastikan pemohon memahami terma dan syarat dia atas terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
  3. Pemohon dinasihatkan membaca panduan pengisian borang online terlebih dahulu sebelum membuat pengisian permohonan, muat turun panduan di sini.
  4. Pemohon dimestikan menggunakan alamat penuh dan bernombor yang lengkap semasa memohon.
  5. Pemohon diwajibkan menyertakan alamat e-mail dan nombor telefon pemohon sewaktu mengisi permohonan. Kegagalan menyertakannya menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses.
  6. Pemohon diminta menyemak keputusan permohonan melalui laman web di atas. Tarikh semakan akan dipaparkan dalam laman web setelah selesai proses pemilihan. Pemohon yang gagal membuat semakan pada tarikh yang ditetapkan dikira tidak berjaya.
  7. Pemohon diminta menghantar dokumen untuk pengesahan setelah berjaya dalam permohonan. Sekiranya butiran tidak tepat dan mengandungi unsur meragukan LBNK berhak membatalkan permohonan tersebut.
PERINGATAN
  1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan perkara ini adalah muktamad.
  2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas Tiga (3) Bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.
Hubungi
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Unit Pinjaman Pelajaran di talian 04-774 4464 atau Kaunter UTC-LBNK di talian 04-736 0048.
04-7744464 / 4463 ( Unit Pinjaman )
04-7744452 ( Pentadbiran )
04-7744454 ( Fax )
pinjaman@lbnk.gov.my (e-mel)
Waktu Urusan Pejabat
8.00 am – 12.45 pm ( Ahad – Khamis )
2.00 pm – 5.00pm ( Ahad – Rabu )
2.00 pm – 3.30 pm ( Khamis )
Cuti – Jumaat, Sabtu dan Cuti Am

FELDA GLOBAL VENTURES (FGV) SCHOLARSHIP PROGRAM 2018

Felda Global Ventures (FGV) Scholarship Program 2018 – New scholarship program 2018 by Felda Global Ventures (FGV) for Malaysian.

Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) is a globally-integrated, diversified agri-commodities company principally involved in six main business clusters namely Palm Upstream, Palm Downstream, Rubber, Sugar, R&D and Agri-Services; and TMLO (Trading, Marketing, Logistics & Others).
In our commitment to provide educational opportunities to the community, we are looking for talented Malaysians who aim to succeed in their respective fields. Successful applicants will receive a full scholarship.
Fields of Study
  • Plantation Management / Agricultural Science;
  • Mechanical Engineering;
  • Chemical Engineering;
  • Biotechnology / Biochemistry;
  • Accountancy / Finance;
  • Marketing / International Business.
General Requirements
  • Malaysian Citizen;
  • Not exceeding 22 years of age on 31 December 2016;
  • Demonstrate leadership capabilities through active involvement in extra-curricular activities;
  • Possess excellent command of spoken and written English and Bahasa Malaysia
Academic Requirements.
  • At least CGPA 3.3 in Matriculation, Diploma 2016 or STPM 2015;
  • Pursuing full time first year degree program at selected public universities
How to Apply
  1. Please contact the undersigned for application and submission of the form:
    Download FORM HERE.
  2. Please send the form to the address below:
  3. Felda Global Ventures Holdings Berhad,
    Level 42, Menara Felda, Platinum Park,
    No.11, Persiaran KLCC,
    50088 Kuala Lumpur
Any questions please contact:
Email = mfirdaus.az@feldaglobal.com
Tel = +603 2859 0103
Closing Date: 08 September 2016



BIASISWA CEMERLANG YAYASAN SARAWAK 2016/2017

Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak – Tawaran Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak sesi 2016/2017 dibuka untuk permohonan.

Info penawaran Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak di peringkat Asasi, Ijazah Pertama serta Sijil Profesional dalam negara. Yayasan Sarawak sedang mencari calon-calon yang layak dan berpotensi untuk ditaja di bawah Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Syarat-syarat Asas
    1. Merupakan anak jati Negeri Sarawak dengan kedua-dua atau salah seorang ibu/bapa pemohon berasal daripada Negeri Sarawak;
    2. Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya 8A (A+, A, A-) dalam mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2015 termasuk subjek wajib lulus;
  2. Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
    Pemohon yang memenuhi syarat-syarat asas perlu mempunyai pencapaian seperti berikut:
    BILPENCAPAIAN
    1Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
    2Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;
    3Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti;

    BIDANG PROGRAM TAJAAN
    Bidang kursus dan program yang ditaja mengikut keutamaan adalah seperti berikut bagi sesi 2016/2017:-
    BILBIDANG
    1Perubatan & Farmasi
    2Chiropractic
    3Kejuruteraan Awam & Mekatronik
    4Kejuruteraan Petroleum & Kimia
    5Ukur Bahan
    6Seni Kreatif
    7Sijil Professional ACCA
    8Occupational Safety & Health
    KRITERIA PEMILIHAN
  3. Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu panel khas. Pemilihan akan dibuat dengan mengambilkira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Panel.
    CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
    1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan kursus yang ditetapkan.
    2. Permohonan akan dianggap gagal sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dan tidak akan diproses.
    KADAR BIASISWA
    Pemohon yang berjaya mendapat Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak akan diberikan bantuan biasiswa bagi membiayai kos pengajian mereka yang merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi setahun sekali, lain-lain, tertakluk kepada pengajian masing-masing serta perubahan dari semasa ke semasa, jika ada.
    TEMPOH KONTRAK / BONDING
    1. Para pemohon yang berjaya dan menerima tawaran harus akur jika Yayasan Sarawak menempatkan mereka di institusi pilihan badan penaja berdasarkan kursus yang diminati.
    2. Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak dikehendaki berkhidmat di dalam Malaysia khususnya negeri Sarawak sekurang-kurangnya bagi tempoh SEPULUH (10) tahun.
  4. CARA MEMOHON
    1. Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui laman webhttp://www.yayasansarawak.org.my
    2. Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015;
    3. Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan termasuk resume padat pemohon. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil termasuk penglibatan ko-kurikulum hendaklah disahkan terlebih dahulu ;
    4. Setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan akan disenarai pendekkan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan yang berjaya melalui proses ini akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Tarikh, masa dan tempat temuduga akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Sekretariat Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak
    5. Calon akan dinilai oleh Panel Temuduga dan Pemilihan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak semasa sesi temuduga. Hanya calon yang berjaya semasa sesi temuduga sahaja yang akan diperakukan kepada Jawatankuasa Pendidikan untuk proses pertimbangan dan kelulusan ;
    6. Calon yang telah diluluskan permohonan mereka oleh Jawatankuasa Pendidikan akan dimaklumkan secara rasmi oleh Urusetia Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak;
    7. Calon yang layak menerima Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak harus akur kepada keputusan Yayasan Sarawak sekiranya Yayasan Sarawak mengkehendaki calon untuk mengikuti kursus lain di institusi yang lain.
    8. Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melaluimedia massa atau email.
    TARIKH TUTUP PERMOHONAN
    Tarikh tutup permohonan atas talian ialah pada Jumaat, 16 September 2016 jam 4.00 petang.
    Permohonan atas talian yang diterima selepas tarikh tersebut atau dokumen yang tidak lengkap atau belum disahkan tidak akan dipertimbangkan.
    Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan kepada :-
    Sekretariat Biasiswa Cemerlang
    Seksyen Pendidikan Tinggi

    Pusat Pembangunan Pendidikan
    Ibu Pejabat Yayasan Sarawak,
    Lot 4784, Blok 14, Jalan Sultan Tengah
    Semariang, 93050 Petra Jaya, Kuching Sarawak
    Talian Pejabat : (082) 441686
    Faks : (082) 440023
    HUBUNGI
    Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi:
    Seketariat Biasiswa Cemerlang:
    +082-441686 ext. 132
    WhatsApp: +6019-8151686

YAYASAN KEMAJUAN ISLAM NASIONAL

BANTUAN PENDIDIKAN

Bantuan pendidikan hanya diberikan kepada pelajar dari sekolah rendah dan menengah sahaja dari segi pembelian buku dan pembayaran yuran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Bantuan Pendidikan terbahagi kepada 2 iaitu bantuan persekolahan dan bantuan bagi menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS).

Bermula tahun 2011-2014

Pada peringkat permulaan, pihak YAKIN memberikan bantuan pembayaran yuran pendaftaran ke IPTA/IPTS kepada pelajar yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran dari IPTA/IPTS dan jurusan yang diambil mestilah mendapat pengiktirafan dari ‘Malaysian Qualifications Agency’ (MQA).

Namun yang demikian, bantuan bagi pembayaran yuran pendaftaran ke IPTA/IPTS telah dimansuhkan bermula 31 Disember 2014.

Bermula 1 Januari 2015

Bantuan yuran pendaftaran atau pendidikan ke IPTA/IPTS telah digantikan dengan Tabung Pendidikan YAKIN bermula 1 Januari 2015. Pemansuhan ini dilakukan kerana pihak YAKIN mendapati bantuan yang diberikan tidak mencukupi untuk membantu pelajar-pelajar membayar yuran pengajian mereka kerana pihak YAKIN hanya membayar yuran pendaftaran sahaja. Disebabkan itu, terdapat ibu bapa yang terpaksa meminjam wang dari ‘Ah Long’ atau menggadaikan harta benda mereka untuk melangsaikan bayaran yuran anak-anak mereka. Maka, setelah membuat pinjaman dengan ‘Ah Long’dengan kadar faedah yang tinggi, ibu bapa terpaksa menanggung bebanan yang tinggi dan terpaksa kembali merujuk kepada YAKIN untuk membantu mereka. Setelah pihak YAKIN mendapati bantuan yang diberikan tidak banyak membantu, maka kami mewujudkan Tabung Pendidikan YAKIN.
 TABUNG PENDIDIKAN YAKIN
Tabung Pendidikan YAKIN ditubuhkan untuk memberikan pinjaman kewangan tanpa faedah kepada ibu atau bapa pelajar yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000.00 sebulan. Pinjaman ini diberikan semata-mata untuk membantu anak-anak ahli KIMMA mendapatkan pendidikan di peringkat tinggi dan sekaligus meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah kerana tiada bayaran faedah dikenakan.

Pinjaman ini akan merangkumi semua kos pembayaran yuran seperti yuran pendaftaran, yuran pengajian, yuran asrama, lain-lain yuran serta yuran atau peralatan pembelajaran. Penubuhan Tabung Pendidikan YAKIN akan dapat mengelakkan ibu bapa pelajar daripada mengambil tindakan yang lebih berisiko seperti memajak gadai harta atau meminjam dari ‘ah long’.
Tabung Pendidikan YAKIN juga ditubuhkan bagi memastikan pelajar mengambil serius pengajian mereka jika berbanding apabila mereka mendapat bantuan pendidikan secara percuma memandangkan ibu bapa mereka perlu membayar balik pinjaman pendidikan.
YAKIN berharap pada zaman globalisasi ini, tiada lagi anak-anak India Muslim yang ketinggalan dalam pelajaran disebabkan oleh masalah kewangan ibu bapa.
Pinjaman akan diberikan kepada ibu atau bapa pelajar dan memerlukan seorang penjamin iaitu pelajar sendiri. Satu perjanjian telah disediakan di mana peminjam dan penjamin hendaklah menandatangani dokumen tersebut bagi memastikan peminjam membayar balik jumlah pinjaman. Peminjam hanya dikenakan bayaran dokumentasi dan setem hasil sebanyak RM100.00.
BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT SILA KE LAMAN SESAWANGAN

BIASISWA PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH UNIVERSITY OF NEWCASTLE

Biasiswa Penyelidikan Pascasiswazah University of Newcastle – Tawaran Biasiswa Penyelidikan untuk Pascasiswazah di Universiti Newcastle, Australia.


Calon dan pelajar penyelidikan semasa layak untuk memohon biasiswa Universiti dan Kerajaan Komanwel, yang diberikan kepada pemohon tempatan dan antarabangsa.


Institusi Tuan Rumah:
University of Newcastle, Australia
Tahap/Bidang pengajian:
Kursus penyelidikan Sarjana Masters atau program PhD yang layak dan memenuhi syarat yang ditawarkan di Universiti Newcastle.
Jumlah Biasiswa:
Tidak dinyatakan.
Kumpulan sasaran:
Penuntut tempatan dan antarabangsa
Nilai biasiswa / Kemasukan / jangka masa:
Biasiswa yang dibiayai oleh Universiti Newcastle atau Kerajaan Komanwel memberi elaun sara hidup tahunan $26,288 setahun (kadar 2016 – diindeks setiap tahun). Biasiswa ini juga boleh termasuk:
• elaun penempatan semula (sehingga $2020)
• elaun tesis (sehingga $500)
• biasiswa penuh untuk yuran tuisyen (pelajar antarabangsa)
• Perlindungan kesihatan pelajar luar negeri (OSHC) (pelajar antarabangsa)
Biasiswa PhD adalah selama tiga tahun dan biasiswa Masters adalah selama dua tahun.
Syarat Kelayakan:

Kriteria kelayakan berdasarkan Garis Panduan Biasiswa Kerajaan Komanwel dan calon-calon mestilah:
  • memenuhi keperluan penguasaan Bahasa Inggeris (IELTS sekurang-kurangnya 6.5)
  • mempunyai tawaran semasa kemasukan ke ijazah penyelidikan yang lebih tinggi.
  • telah mengikuti sekurang-kurangnya empat tahun pengajian ijazah dan telah mencapai Kepujian Kelas 1 atau yang setaraf dan purata nilai gred tinggi (GPA)
  • tidak lebih daripada dua tahun sepenuh masa bersamaan ke PhD mereka (atau satu tahun untuk Masters) pada tarikh keputusan terkini untuk pusingan di mana mereka memohon.
Calon biasiswa antarabangsa yang berjaya biasanya juga mempunyai:
• Ijazah Sarjana (Master) dengan komponen penyelidikan yang kukuh
• Peer antarabangsa yang dikaji semula penerbitan penyelidikan atau pengalaman penyelidikan
Arahan Permohonan:
Pemohon-pemohon baru boleh memohon biasiswa pada masa yang samamemohon untuk kemasukan. Tarikh tutup bagi permohonan biasiswa ini adalah 15 September 2016.
Adalah penting untuk layari laman web rasmi (link yang terdapat di bawah) untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai cara untuk memohon biasiswa ini.
Laman web:

PERMOHONAN BIASISWA INDIA (AYUSH SCHOLARSHIP)

KUALA LUMPUR: Tarikh tutup untuk pelajar Malaysia mengemukakan permohonan untuk 20 biasiswa bagi mengikuti pengajian dalam perubatan tradisional di India dilanjutkan sehingga 12 Julai ini.

Suruhanjaya Tinggi India di sini, dalam kenyataan pada Rabu berkata pembiayaan pendidikan tersebut adalah di bawah Skim Biasiswa Ayurveda, Yoga & Naturopati, Unani, Siddha dan Homeopati (AYUSH) bagi sesi akademik 2016-2017.

Biasiswa bagi tempoh 5 tahun setengah itu menawarkan bayaran termasuk yuran tuisyen, geran kecemasan, elaun sara hidup, dan elaun sewa rumah.
Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Suruhanjaya Tinggi India.
Kursus yang ditawarkan adalah Ijazah Sarjana Muda Perubatan Ayurveda dan Pembedahan (BAMS), Ijazah Sarjana Muda Perubatan Siddha dan Sains (BSMS), Ijazah Sarjana Muda Perubatan Unani dan Pembedahan (BUMS) dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Homeopati dan Pembedahan (BHMS).
Pemohon boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi Bahagian Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi India di talian 03-62052350 sambungan 203 atau e-mel di alamat edu@indianhighcommission.com.my.
Maklumat lanjut sila layari pautan berikut : http://indianhighcommission.com.my/

BIASISWA RHODES MALAYSIA

Biasiswa Rhodes Malaysia – Biasiswa ini dengan murah hati disokong oleh Yayasan Khazanah. Biasiswa Rhodes adalah anugerah siswazah menyokong pelajar yang luar biasa dari seluruh dunia untuk belajar di Universiti Oxford. Rhodes adalah program biasiswa antarabangsa yang tertua dan mungkin yang paling berprestasi di dunia, yang bertujuan untuk memupuk pemimpin awam bersemangat untuk masa depan dunia.
Setiap tahun, terdapat satu Biasiswa Rhodes yang akan ditawarkan kepada kepada individu cemerlang – dipilih berdasarkan akal yang luar biasa, watak, kepimpinan dan komitmen kepada perkhidmatan – untuk belajar di Universiti Oxford pada awal bulan Oktober 2017. Biasiswa Rhodes Malaysia telah diumumkan pada 1 Jun 2016, dan berita yang berkaitan boleh dibaca di sini.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON
Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia
Umur: had umur berbeza antara kawasan pilihan raya dan berdasarkan keadaan negara tertentu. Had umur standard 19-25 Oktober 1 pada tahun berikutnya pemilihan.
Pendidikan: Semua pemohon mestilah telah mencapai prestasi akademik yang cukup maju untuk memastikan mampu menyelesaikan ijazah sarjana muda pada pemilihan Oktober berikutnya. Kedudukan akademik mestilah cukup tinggi untuk memastikan kemasukan ke Universiti Oxford, yang mempunyai syarat kemasukan yang sangat kompetitif, dan untuk memberi keyakinan bahawa Pemegang Rhodes akan melaksanakan standard akademik yang tinggi di Oxford. Kawasan individu boleh menentukan tahap pencapaian akademik yang tertentu.
Permohonan
Permohonan untuk Biasiswa Rhodes untuk 2017 bagi Malaysia akan dibuka tidak lama lagi.
Pemilihan Biasiswa Rhodes bagi Malaysia dijalankan oleh jawatankuasa/panitia pemilihan diambil daripada latar belakang profesional dan akademik yang pelbagai, termasuk kedua-dua Rhodes Ulama dan bukan Rhodes Ulama.
Pemohon prospektif dari Malaysia perlu mengkaji dengan teliti:
  1. Maklumat umum mengenai Rhodes Biasiswa: boleh dapatkan di sini
  2. Kriteria pemilihan yang diguna pakai di semua kawasan Rhodes, lihat di sini
  3. Kriteria permohonan dan prosedur khusus untuk Malaysia (akan disediakan apabila permohonan dibuka).
Terdapat Soalan Lazim yang terpakai kepada semua pemohon boleh diperolehi di sini
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa dan prosedur permohonan sila layari laman Biasiswa Rhodes Malaysia melalui pautan berikut:http://www.rhodeshouse.ox.ac.uk/malaysia.
MORE INFO ABOUT SCHOLARSHIP CLIK HERE