BIASISWA CEMERLANG YAYASAN SARAWAK 2016/2017

Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak – Tawaran Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak sesi 2016/2017 dibuka untuk permohonan.

Info penawaran Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak di peringkat Asasi, Ijazah Pertama serta Sijil Profesional dalam negara. Yayasan Sarawak sedang mencari calon-calon yang layak dan berpotensi untuk ditaja di bawah Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Syarat-syarat Asas
    1. Merupakan anak jati Negeri Sarawak dengan kedua-dua atau salah seorang ibu/bapa pemohon berasal daripada Negeri Sarawak;
    2. Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya 8A (A+, A, A-) dalam mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2015 termasuk subjek wajib lulus;
  2. Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
    Pemohon yang memenuhi syarat-syarat asas perlu mempunyai pencapaian seperti berikut:
    BILPENCAPAIAN
    1Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
    2Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;
    3Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti;

    BIDANG PROGRAM TAJAAN
    Bidang kursus dan program yang ditaja mengikut keutamaan adalah seperti berikut bagi sesi 2016/2017:-
    BILBIDANG
    1Perubatan & Farmasi
    2Chiropractic
    3Kejuruteraan Awam & Mekatronik
    4Kejuruteraan Petroleum & Kimia
    5Ukur Bahan
    6Seni Kreatif
    7Sijil Professional ACCA
    8Occupational Safety & Health
    KRITERIA PEMILIHAN
  3. Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu panel khas. Pemilihan akan dibuat dengan mengambilkira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Panel.
    CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
    1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan kursus yang ditetapkan.
    2. Permohonan akan dianggap gagal sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dan tidak akan diproses.
    KADAR BIASISWA
    Pemohon yang berjaya mendapat Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak akan diberikan bantuan biasiswa bagi membiayai kos pengajian mereka yang merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi setahun sekali, lain-lain, tertakluk kepada pengajian masing-masing serta perubahan dari semasa ke semasa, jika ada.
    TEMPOH KONTRAK / BONDING
    1. Para pemohon yang berjaya dan menerima tawaran harus akur jika Yayasan Sarawak menempatkan mereka di institusi pilihan badan penaja berdasarkan kursus yang diminati.
    2. Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak dikehendaki berkhidmat di dalam Malaysia khususnya negeri Sarawak sekurang-kurangnya bagi tempoh SEPULUH (10) tahun.
  4. CARA MEMOHON
    1. Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui laman webhttp://www.yayasansarawak.org.my
    2. Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015;
    3. Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan termasuk resume padat pemohon. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil termasuk penglibatan ko-kurikulum hendaklah disahkan terlebih dahulu ;
    4. Setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan akan disenarai pendekkan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan yang berjaya melalui proses ini akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Tarikh, masa dan tempat temuduga akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Sekretariat Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak
    5. Calon akan dinilai oleh Panel Temuduga dan Pemilihan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak semasa sesi temuduga. Hanya calon yang berjaya semasa sesi temuduga sahaja yang akan diperakukan kepada Jawatankuasa Pendidikan untuk proses pertimbangan dan kelulusan ;
    6. Calon yang telah diluluskan permohonan mereka oleh Jawatankuasa Pendidikan akan dimaklumkan secara rasmi oleh Urusetia Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak;
    7. Calon yang layak menerima Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak harus akur kepada keputusan Yayasan Sarawak sekiranya Yayasan Sarawak mengkehendaki calon untuk mengikuti kursus lain di institusi yang lain.
    8. Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melaluimedia massa atau email.
    TARIKH TUTUP PERMOHONAN
    Tarikh tutup permohonan atas talian ialah pada Jumaat, 16 September 2016 jam 4.00 petang.
    Permohonan atas talian yang diterima selepas tarikh tersebut atau dokumen yang tidak lengkap atau belum disahkan tidak akan dipertimbangkan.
    Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan kepada :-
    Sekretariat Biasiswa Cemerlang
    Seksyen Pendidikan Tinggi

    Pusat Pembangunan Pendidikan
    Ibu Pejabat Yayasan Sarawak,
    Lot 4784, Blok 14, Jalan Sultan Tengah
    Semariang, 93050 Petra Jaya, Kuching Sarawak
    Talian Pejabat : (082) 441686
    Faks : (082) 440023
    HUBUNGI
    Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi:
    Seketariat Biasiswa Cemerlang:
    +082-441686 ext. 132
    WhatsApp: +6019-8151686