PERMOHONAN DAN SEMAKAN ONLINE E-PENDAHULUAN MARA

Permohonan dan semakan Online E-pendahuluan MARA, Kepada anda yang ingin membuat permohonan untuk pendahuluan MARA bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi ( IPT) anda disarankan untuk membuat merujuk di dalam artikel ini.

 

Sehingga kini, Pihak MARA masih membuat permohonan di dalam sistem MARA. bagi anda yang telah mendapat tawaran ke IPT anda disarankan untuk membuat permohonan pendahuluan MARA di sistem E-Pendahuluan MARA


Objektif

Tujuan skim ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan atau mengikut garis
panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan (yang ditetapkan oleh MARA) bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
Syarat Kelayakan Bagi Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Tahun 2018

Pemberian Wang Pendahuluan bagi tahun 2018 adalah kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dari keluarga yang layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat  (BSHR) sahaja, iaitu pendapatan kasar bulanan ibu dan bapa atau penjaga pelajar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan

Pelajar adalah warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera, berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.

Pelajar telah ditawarkan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Persediaan / Pra-Universiti di bawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) atau Diploma atau HND atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di bawah Skim Pinjaman Pelajaran (SPIP).

Pendahuluan pinjaman pelajaran boleh dipertimbangkan kepada seorang pelajar bagi setiap peringkat pengajian sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peringkat pengajian yang sama, permohonan tidak layak dipertimbangkan.

Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan.


Tatacara Permohonan

Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman MARA ini hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang online06.mara.gov.my/ependahuluan/.

Pelajar yang memohon Skim Pendahuluan Pinjaman MARA boleh mengemukakan permohonan di mana-mana Pejabat MARA Negeri yang berhampiran bagi menerima pembayaran setelah permohonan diluluskan.

Permohonan secara dalam talian hendaklah dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan sahaja bermula dari tarikh Skim Pendahuluan ini dibuka.


Laman permohonan ini tidak akan dapat diakses oleh pemohon yang gagal menepati syarat-syarat kelayakan serta pemohon atau ibu bapa/penjaga dan penjamin yang telah disenarai hitam oleh MARA (blacklisted).

Dokumen asal seperti surat tawaran IPMa, penyata pendapatan ibu bapa dan salinan kad pengenalan/surat beranak hendaklah disahkan serta dihantar ke Pejabat MARA Negeri sebagaimana yang telah dipohon oleh pelajar di dalam talian.

Sebarang maklumat lanjut sila ke laman sesawangan SISTEM PENDAHULUAN PINJAMAN MARA


Dapatkan Info terkini pendidikan di Malaysia melalui mypendidikanmalaysia.com