– Tawaran Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor sesi 2017 kini dibuka untuk permohonan
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.
Kaedah Permohonan
Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS
Tarikh Permohonan
Permohonan dijadualkan dibuka seperti berikut:
Sesi Pertama: 1 – 28 Februari
Sesi Kedua: 1 – 30 Ogos
Temuduga
- Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga.
- Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan.
- Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya Tawaran
Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan.
Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga.
Semakan Temuduga / Keputusan
Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa.
Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri.
Kriteria Pemilihan
Mengisi dan memuat naik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP.
Memenuhi semua syarat kelayakan memohon.
Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga
Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira.
Permohonan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan Memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman.
KAEDAH PEMBAYARAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR
Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.
Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.
Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.
PERMOHONAN SESI KEDUA DIBUKA PADA 1 – 31 OGOS 2017.