BIASISWA TAN SRI AINUDDIN WAHID 2017 UTM

Biasiswa Tan Sri Ainuddin Wahid 2017 – Biasiswa Tan Sri Ainuddin Wahid 2017 ditawarkan kepada pelajar pascasiswazah Doktor Falsafah (PhD) warganegara Malaysia yang belajar di Universiti Teknologi Malaysia. Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.




Syarat-Syarat & Kelayakan Akademik Biasiswa Tan Sri Ainuddin Wahid 2017:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2017.
  • Mendapat tawaran bagi mengikuti program Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia atau;
  • Sedang mengikuti pengajian tahun pertama diperingkat Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia.
KELAYAKAN AKADEMIK
  • Mencapai sekurang-kurangnya gred CGPA 3.5 dan ke atas di peringkat Ijazah Pertama daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Mencapai sekurang-kurangnya Gred CGPA 3.70 dan ke atas di peringkat Ijazah Sarjana.
  • Mencapai sekurang-kurangnya Band 4 dalam Peperiksaan English MUET atau IELTS 6.5 atau TOEFL ≥600/TOEFL iBT ≥85.
  • Berupaya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN TUN SUFFIAN 2017

Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017 – Tawaran Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017 dibuka untuk permohonan.Biasiswa Tun Suffian Cambridge (mencontohi Biasiswa Rhodes, fellowship antarabangsa tertua dimulakan selepas kematian Cecil Rhodes pada tahun 1902 untuk membawa pelajar cemerlang ke Universiti Oxford) telah menerima pengiktirafan rasmi daripada pihak berkuasa di Cambridge.




Sejak penubuhannya pada 11 Jun 2002, Yayasan Tun Suffian di bawah aungan Diraja Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Permaisuri Perak, telah, antara lain, menyediakan bantuan kewangan kepada golongan muda Malaysia yang mengikuti pengajian undang-undang dan peguam-peguam muda yang menghadiri seminar pendidikan dan persidangan di dalam dan di luar negara.
Biasiswa Yayasan Tun Suffian Cambridge, tertakluk kepada ketersediaan pemohon yang layak, juga menawarkan anugerah berikut:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) di Universiti Awam Malaysia yang diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Badan Peguam Malaysia
  • Sarjana Undang-undang (LLM) di University of Cambridge
  • Doktor Falsafah (PhD) di Universiti-universiti Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi
  • Pasca Diploma Perubatan di mana-mana Institusi perubatan sama ada tempatan dan diiktiraf di luar negara oleh pihak berkuasa perubatan berkenaan di Malaysia
    Kecuali pelajar-pelajar yang mengikuti PhD di universiti Malaysia yang terpilih, anugerah ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia.
    KAEDAH PERMOHONAN
    Untuk memohon, anda boleh muat turun borang permohonan Biasiswa Yayasan Tun Suffian 2017 di sini
    Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa dan prosedur permohonan sila layari laman web rasmi Yayasan Tun Suffian.

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) 2018


Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) 2018 – Tawaran pakej pembiayaan pendidikan SPP1M oleh Maybank dengan kerjasama Yayasan Peneraju.

SPP1M merupakan skim pembiayaan pendidikan tambahan berasaskan ‘top up’ untuk dana atau pembiayaan yang sedia di pasaran yang akan memberi manfaat kepada pelajar Malaysia. Skim ini direka sebagai bantuan kewangan tambahan untuk pelajar yang layak dan sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana di universiti berkualiti tinggi dalam negara.


Maybank dengan kerjasama Yayasan Peneraju menawarkan pakej pembiayaan pendidikan SPP1M.
KELAYAKAN
  • Pelajar Malaysia, berusia 18 tahun hingga 35 tahun.
  • Pelajar pada semester kedua dan seterusnya dengan CGPA 3.00 dan ke atas.
  • Pelajar sepenuh masa.
  • Universiti dan program / kursus yang diluluskan oleh Yayasan Peneraju.
  • Yuran pengajian semester sebelumnya telah dibayar sepenuhnya.
Klik di sini untuk senarai IPTA/IPTS yang diluluskan.
KAEDAH PERMOHONAN
  1. Muat turun Borang Permohonan SPP1MBorang Pengesahan Status Pelajar & Senarai Semak SPP1M.
  2. Sila hantar borang permohonan dan salinan dokumen sokongan yang diperakui benar (seperti senarai semak SPP1M) ke cawangan Maybank yang terdekat.
  3. Pemohon akan dimaklumkan oleh Bank dalam tempoh 2.5 bulan dari tarikh permohonan diterima.
HUBUNGI
Hubungi 1300 88 6688, kunjungi mana-mana cawangan Maybank atau layari www.maybank.com.my untuk maklumat lanjut tentang permohonan, terma dan syarat.

BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN) 2019 SARJANA MUDA LUAR NEGARA

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) 2019 – Tawaran Biasiswa Luar Negara daripada Yayasan Tenaga Nasional (YTN) untuk Pelajar Sarjana Muda sesi tahun 2019.



Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa calon dikalangan rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa (TNB Overseas Undergraduate Scholarship) peringkat sarjana muda bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara bagi kemasukan dan pengambilan Mei 2019.

TARIKH PENTING
Akan Dimaklumkan Kerlak
BIDANG TAJAAN
Bidang Biasiswa Universiti Luar Negara Tajaan Yayasan TNB:
  • Kejuruteraan
    • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Kejuruteraan Awam
  • Bukan Kejuruteraan
    • Perakaunan
    • Ekonomi
SYARAT & KELAYAKAN AKADEMIK – LEPASAN SPM
Kejuruteraan
Lulus peperiksaan SPM 2015 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
dan 1 subjek pilihan dari berikut:-
Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Pendidikan Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pengajian Al-Quran & As-Sunnah / Pengajian Syariah Islamiah
Perakaunan
Lulus peperiksaan SPM 2016 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
3 subjek pilihan dari berikut:-
  • Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi
dan 1 subjek pilihan dari berikut:-
  • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Pendidikan Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pengajian Al-Quran & As-Sunnah / Pengajian Syariah Islamiah
Ekonomi
Lulus peperiksaan SPM 2016 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
2 subjek pilihan dari berikut:-
Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi
dan 1 subjek pilihan dari berikut:-
Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Pendidikan Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pengajian Al-Quran & As-Sunnah / Pengajian Syariah Islamiah
SYARAT & KELAYAKAN AKADEMIK – LEPASAN STPM
Lulus peperiksaan STPM 2016 dengan mencapai gred A (NGMP 4.00) dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
  • Kejuruteraan
    • Pengajian Am
    • Fizik
    • Kimia
    • Matematik Tambahan / Matematik Lanjutan
  • Perakaunan
    • Pengajian Am
    • Perakaunan
    • 2 subjek pilihan
  • Ekonomi
    • Pengajian Am
    • 3 subjek pilihan
Serta lulus SPM 2013 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi A dalam 4 subjek berikut:-
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN
  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2018
  2. Aktif dalam Kegiatan Ko-Kokurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman Student Application Management (SAM) YTN
HUBUNGI
Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:
Program Luar Negara
Puan Wan Qobatiah Wan Johan (samb: 7520)
Encik Zuraidi Ahmad (samb. 7540)
Teknikal / Sistem
Pn. Jasrina Sabari (samb: 7549)
Encik Mohd Jafri Ismail (samb: 7523)
Sila semak laman web YTN bagi pemakluman calon yang berjaya ke temuduga pada 15 Mac 2017.
Lihat Juga: mypendidikanmalaysia.com

PERMOHONAN ONLINE BIASISWA YAYASAN OKAZAKI KAHEITA 2018


Biasiswa Yayasan Okazaki Kaheita 2018 – Pelawaan Biasiswa Yayasan Okazaki Kaheita bagi pengajian peringkat sarjana (kemasukan tahun 2018)

JPA mempelawa calon-calon daripada Universiti terpilih untuk memohon kemudahan Biasiswa Yayasan Okazaki Kaheita bagi menyambung Pengajian Peringkat Sarjana secara sepenuh masa di Jepun. Permohonan mula dibuka mulai 16 Februari 2017 sehingga 3 Mac 2017.


Calon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur The Okazaki Kaheita International Scholarship Foundation dan juga memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
  1. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia yang tamat pengajian pada atau sebelum 31 Mac 2018;
  2. Berumur tidak melebihi 24 tahun pada 1 April 2017 (Lahir selepas 2 April 1993);
  3. Calon hendaklah menyempurnakan 16 tahun pengajian rasmi
  4. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik (Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan berbahasa Jepun).
  5. Terbuka kepada semua bidang kecuali Perubatan, Pergigian dan Perubatan Veterinar.
  6. Bidang pengajian di peringkat ijazah sarjana muda mestilah sama dengan permohonan pengajian di peringkat sarjana (masters).
  7. Tidak mendapat penajaan (biasiswa atau pinjaman) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti.
  8. Calon mestilah sihat dari segi fizikal dan mental.
  9. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
KAEDAH PERMOHONAN
  • Calon-calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan bersekali dengan:
    i. Salinan Kad Pengenalan; dan
    ii. Salinan Ijazah Pertama atau transkrip keputusan terkini
  • Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk pertimbangan.
HUBUNGI
Sekiranya terdapat sebarang kesulitan / kemusykilan berkaitan proses permohonan atau syarat-syarat permohonan, bolehlah diemelkan ke biasiswaokazaki@jpa.gov.my. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemilihan calon yang berjaya akan diputuskan oleh pihak penaja.

BANTUAN PENDIDIKAN BAKTIDESA KKLW 2019

Salah satu bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh Kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) adalah untuk membantu meringankan beben yang ditanggung oleh ibubapa/penjaga.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKLW adalah:

1) pemohonan mestilah Warganegara Malaysia yang menjadi kumpulan sasar bagi program/ aktiviti KKLW atau agensi-agensi di bawahnya. Kumpulan sasar KKLW adalah merupakan masyarakat luar bandar dan keutamaan adalah diberikan kepada golongan seperti di bawah:
- Pekebun Kecil RISDA
- Peserta FELCRA
- Peniaga kecil yang mendapat pinjaman MARA
- Peserta KEMAS
- Peserta/penduduk di kawasan KEDA,KEJORA,KETENGAH dan KESEDAR
- Masyarakat Orang Asli
- Warga KKLW serta agensi di bawah KKLW

2) Miskin Tegar merujuk kepada pendapatan Garis kemiskinan (PGK) luar bandar yang berkuat kuasa seperti di lampiran 1

3) telah diterima masuk ke IPTA/APTS

BANTUAN KEWANGAN YANG DISEDIAKAN

1) Bantuan RM 500(one off) untuk persedian kemasukan sekolah berasrama penuh
2) Bantuan RM 1000.00(one off) untuk pelajar yang diterima masuk ke IPA/IPTS mengikut kursus Diploam atau Ijazah

untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan bantuan ini sila klik link ini

 http://www.rurallink.gov.my/info-korporat/arkib/pengumuman/borang-bantuan-pendidikan-baktidesa-kklw/

TARIKH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2018 DIKELUARKAN

bagi lepasan SPM 2017, anda sudah tentu tidak sabar untuk mengetahui keputusan SPM anda yang akan keluar tidak lama lagi.

Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian pendidikan Malaysia berkenaan hari keputusan SPM di seluruh malaysia akan di keluarkan, adalah pada pertengahan Bulan March 2019, dan belum ada tarikh yang khusus lagi.

Pada masa tersebut sudah semestinya anda tidak sabar untuk mengetahui keputusan SPM anda, dan juga apakah halatuju anda selepas SPM sama ada sambung belajar ke pringkat kemahiran, STPM atau Diploma.

Apa-apa saja yang anda pilih, ini akan menentukan perjalanan hidup anda seterusnya.

untuk mendapatkan info berkenaan dengan biasiswa yang terdapat di Malaysia sila lah ke www.mypendidikanmalaysia.com


disini anda akan mendapat banyak info terkini dan juga boleh dijadikan garis panduan untuk membantu anda.

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2017/2018


Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2017/2018 – Info Tawaran Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi sesi pengajian tahun 2017/2018.


KETERANGAN BIASISWA
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (PhD) dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Sarjana setiap tahun.
Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:
i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga.

BIASISWA MAXIS WHAT’S NEXT SCHOLARSHIP 2017


Biasiswa Maxis What’s Next Scholarship 2017 – Tawaran Program Biasiswa Maxis What’s Next Scholarship 2017 kini dibuka untuk permohonan. Info lanjut dinyatakan di bawah.


Pengenalan Biasiswa Maxis What’s Next Scholarship 2017
Satu program yang direka khas untuk mereka yang berminat untuk mengikuti program ijazah/diploma pasca-siswazah (dalam mana-mana bidang pilihan anda); sama ada dalam talian, di universiti tempatan atau luar negara!

Perkara yang anda akan suka tentang biasiswa ini:
  • Membantu anda mendapatkan kursus ijazah/diploma pasca-siswazah anda dalam mana-mana bidang pengajian.
  • Anda boleh belajar di mana-mana sahaja di seluruh dunia termasuk Malaysia.
  • Anda boleh memilih untuk belajar sepenuh masa atau separuh masa.
  • Anda boleh memohon Biasiswa ini pada bila-bila masa; tiada tarikh akhir untuk penyerahan.
Kriteria
Adakah biasiswa ini sesuai untuk anda? Jawapannya adalah YA sekiranya anda memenuhi syarat di bawah:
  1. Adakah rakyat Malaysia anda yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi.
  2. Mempunyai tawaran dari universiti tempatan atau luar negara untuk mengikuti program ijazah/diploma pascasiswazah.
  3. Mempunyai trek rekod pencapaian akademik.
  4. Mempunyai semangat keusahawanan dan seronok bekerja dalam persekitaran yang pantas.
  5. Bertutur dan menulis Bahasa Inggeris dengan baik.
  6. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja.
  7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang terbukti.
  8. Merupakan seorang yang memiliki pencapaian tinggi, sangat bermotivasi dan mempunyai personaliti yang dinamik.
Kaedah Permohonan
Permohonan adalah secara dalam talian (online) melalui pautan berikut:
https://maxissurvey.typeform.com/to/DMlDIC

BIASISWA KECIL YAYASAN TELEKOM MALAYSIA 2017 UNTUK PELAJAR TINGKATAN 4

Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia untuk pelajar tingkatan 4 2017 – Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia (YTM EduXcel Jr. PT3 2017) sesi tahun 2017 kini telah dibuka kepada warganegara Malaysia.



Biasiswa ini ditawarkan oleh Yayasan Telekom Malaysia iaitu sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Telekom Malaysia Berhad di bawah Surat Ikatan Pemegang Amanah kepada semua pelajar Tingkatan 4.


Pakej Biasiswa
  • Elaun poket tahunan sebanyak RM 1500.00 selama dua tahun.
  • Peluang untuk menyertai pelbagai program pembangunan.
Sasaran
Pelajar Tingkatan 4 untuk semua aliran.
⁠⁠⁠Kriteria
Berikut senarai syarat kelayakan yang perlu dipenuh oleh setiap pemohon:
  • Terbuka kepada pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2017
  • Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam PT3 2016.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada mana-mana pihak.
Kaedah Permohonan
Permohonan perlu dilakukan secara atas talian (online) melalui laman web rasmi YTM:

  • Baca Manual Permohonan Online
  • Borang Permohonan di SINI

  • Hubungi
    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai biasiswa ini anda boleh hubungi individu berikut melalui talian yang tertera di bawah:
    Ihsan Said (03-2240 1594)
    Nurul Eleena (03-2240 0293)
    Untuk masalah teknikal sila hubungi:
    Abdul Salam Musa (03-2240 1273)
    Tarikh Tutup Permohonan – 31 Januari 2017

    TABUNG PENDIDIKAN SARJANA PERMODALAN DARUL TA’ZIM TAHUN 2017

    Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta’zim Tahun 2017 – Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta’zim Tahun 2017 akan dibuka mulai pada 1 Februari 2017.



    Dimaklumkan bahawa Permodalan Darul Takzim (PDT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) diuruskan bersama Yayasan Zarith Sofea Negeri Johor menyediakan bantuan Tabung Pendidikan PDT 2017 kepada calon program Ijazah Sarjana (Masters) di IPTA tempatan yang berkelayakan.


    SYARAT-SYARAT AM
    1. Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian ijazah SARJANA yang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus/penyelidikan/campuran secara SEPENUH atau SEPARUH MASA di Institusi Pengajian Tinggi Awam SAHAJA.
    2. Pemohon MESTILAH menetap di negeri Johor.
    3. KEUTAMAAN adalah kepada pemohon yang LAHIR di negeri Johor.
    4. TIADA HAD umur.
    5. Bagi pemohon yang TIDAK BEKERJA : sekiranya pemohon/keluarga berdaftar dengan “e-kasih” maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari Pejabat Daerah berhampiran, sekiranya tidak berdaftar, pendapatan isi rumah keluarga adalah TIDAK MELEBIHI RM4,000.00 sebulan dan perlu disahkan oleh Wakil Rakyat : Ahli Parlimen/ADUN kawasan.
    6. Pemohon yang sedang BEKERJA, pendapatan isi rumah pemohon adalah TIDAK MELEBIHI RM 4,000 sebulan.
    7. Tempoh mengikuti pengajian Sarjana MESTILAH BERBAKI LEBIH 2 SEMESTER dari tempoh permohonan.
    8. BELUM PERNAH MENERIMA bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau mana-mana bantuan kewangan pendidikan daripada Yayasan Pelajaran Johor dan/atau agensi Kerajaan Negeri Johor.