BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2017/2018


Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2017/2018 – Info Tawaran Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi sesi pengajian tahun 2017/2018.


KETERANGAN BIASISWA
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (PhD) dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Sarjana setiap tahun.
Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:
i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga.

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2017/2018

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
v. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
vi. Telah mendapat tempat pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.
Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2017/2018

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2017/2018 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
  2. Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2017/2018, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.

    Maklumat lanjut biasiswa:
    Keterangan Biasiswa: klik sini
    Syarat-syarat Permohonan: klik sini
    Garis Panduan Permohonan: klik sini
    Garis Panduan Menulis Cadangan Penyelidikan/Pengajian: klik sini
  3. Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang. 
  4. Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2017/2018 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 03 Mac 2017 melalui serahan tangan atau pos ke:
    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Aras 3, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 PUTRAJAYA
    (u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
  5. Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2017/2018 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853546/3569/3879 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.
Sila like FB Page Biasiswa.Info dan langgan email di sini untuk mendapatkan kemaskini Biasiswa terbaru.