BIASISWA KENANGAN DATO’ ONN (BKDO) 2017

Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) 2017 – Tawaran permohonan biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) Yayasan Pelajaran Johor untuk pelajar sekolah menengah.

Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 450 orang pelajar akan ditawarkan Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) bagi tahun 2017. Biasiswa ini bertujuan untuk memberi peluang dan bantuan kepada pelajar-pelajar bagi meringankan beban mereka dalam membina ilmu pengetahuan diperingkat menengah.


Syarat Permohonan Biasiswa Dato’ Onn (BDO):-
  1. Pemohon dilahirkan di Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor;
  2. Mendapat sekurang-kurangnya 31 UPSR atau 60% bagi murid di Sekolah Menengah;
  3. Pendapatan ibu dan bapa @ Penjaga RM2,000.00 dan ke bawah;
  4. Tiada menerima penajaan dari mana-mana agensi;
  5. Permohonan Biasiswa Dato’ Onn Negeri Johor adalah secara on-line di laman web www.ypj.gov.my dan menghantarkan slip permohonan ke Yayasan Pelajaran Johor dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut:-
    1. Salinan Kad Pengenalan / MyKad Pemohon;
    2. Salinan Sijil Kelahiran;
    3. Salinan Kad Pengenalan / MyKad Ibu dan bapa atau Penjaga;
    4. Salinan keputusan Peperiksaan Terkini;
    5. Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa atau Penjaga;
    6. Dokumen lain yang berkaitan (cth: sijil mewakili Sekolah, Daerah, Negeri dan Negara)
Kadar Baru Biasiswa Dato’ Onn (BDO) adalah seperti berikut:
TINGKATANKADAR/TAHUNAN (RM)
SATU-LIMA600.00
ENAM & STAM
(STAM – Sijil Tinggi Agama Malaysia)
1000.00
Hantarkan permohonan ke:
Yayasan Pelajaran Johor
No.15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya, Kg. Dato’ Onn Jaafar,
Karung Berkunci 711, 80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
Proses pemilihan dan penentuan pelajar yang akan dipilih untuk menerima biasiswa ini adalah tertakluk kepada YPJ.
Tarikh tutup: 07 Mac 2017