ENGLISH FOR EMPLOYMENT (E4E) DI COSMOPOINT COLLEGE KOTA KINABALU

Datuk Sei Abdul Rahman menandatangani perasmian program English for Employment (E4E) di Cosmopoint College Kota Kinabalu. – Foto Borneo Today


Kota Kinabalu: Program English for Employment (E4E) telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berserta yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cosmopoint, Encik Mohamad Kamal Nawawi dan Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid di Cosmopoint College Kota Kinabalu pada 6 Mei 2017 iaitu Sabtu yang lalu.
Program ini khas ditubuhkan kepada graduan pemegang Diploma, Ijazah yang masih belum mendapatkan pekerjaan dan berminat untuk memantapkan Bahasa Inggeris untuk tujuan pekerjaan. Selain daripada itu, program ini adalah bertujuan untuk membantu graduan tersebut untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor yang berkaitan.

Seramai 100 graduan yang menyertai program tersebut bakal menjalani kursus intensif selama dua bulan iaitu enam minggu pembelajaran di kolej Cosmopoint Kota Kinabalu dan 2 minggu praktikal di dalam industri, dan semua kos-kos peserta kursus ini adalah ditanggung oleh kementerian tersebut. Kerjasama turut diberikan oleh beberapa pihak industri bertaraf tinggi seperti Hyatt Regency Kinabalu (5 stars), The Klagan Regency Kota Kinabalu (4 stars) dan banyak lagi.

Program ini dapat membantu para graduan menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik serta memperoleh pekerjaan yang bertaraf tinggi.

Artikel: nora