PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

P
embelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan pencarian ilmu pengetahuan sama ada untuk diri sendiri atau professional yang dilakukan sepajang masa dan atas motivasi kendiri. Proses pembelajaran ini berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. PSH juga membangunkan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memberi motivasi kepada manusia agar mengupayakan manusia dalam menguasai ilmu , menerapi nilai murni dalam diri yang diperlukan sepanjang hayat dan meluaskan pengalaman dalam kehidupan supaya individu dapat memikul tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif dalam menghadapi segala cabaran hidup. Tambahan lagi, PSH membolehkan semua individu mendapat ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi serta dapat memupuk minat dan menyemai bakat individu untuk kehidupan yang lebih bermakna.
PSH merupakan proses yang sangat luas dan pelbagai. PSH juga ditakrifkan sebagai segala aktiviti sepanjang hidup bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam aspek yang berkaitan dengan peribadi, sosial atau pekerjaan. Seterusnya, PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks termasuklah secara formal, bukan formal dan tidak formal.



      i.                                                Formal


-          Pembelajaran yang dilakukan dalam organisasi pembelajaran yang sangat teratur dan berstruktur dengan baik serta dapat memberikan kelayakan akademik atau bentuk pembelajaran yang diiktiraf. Contohnya, sijil dan diploma di kolej komuniti dan politeknik, diploma eksekutif, ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang ditawarkan oleh universiti awam dan swasta.

      i.                                                 Bukan formal

-          Pembelajaran ini dilakukan ditempat alternative dan bukan dalam persekitaran institusi yang formal. Namun begitu, pembelajaran ini tidak memberikan kelayakan akademik. Pembelajaran ini amnya disediakan kepada pekerja yang sedang dalam perkhidmatan dan dirancang untuk pembangunan dan pengukuhan kemahiran professional.

    ii.                                                 Tidak formal

-          Pembelajaran ini dijalankan dengan objektif untuk menambah baik kualiti hidup pelajar. Pembelajaran ini tidak memberikan kelayakan akademik. Hal ini kerana, pembelajaran ini diikuti kerana minat individu atau inisiatif ingin memajukan diri sendiri.

Justeru itu, PSH ini merupakan program yang membolehkan warga Malaysia mendapat ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan model ekonomi berpendidikan tinggi. Oleh itu, kerajaan perlu menggalakkan pelaksanaan program ini agar program ini dapat dijayakan dengan lebih baik.

Artikel by : nora