PENDIDIKAN MELALUI PEMBELAJARAN ALAF MODEN

S
eiring dengan kepesatan arus pendidikan negara khususnya, guru bukan sahaja perlu berjaya dalam bidang akademik, malah haruslah menguasai teknik-teknik pengajaran bagi menyahut pembelajaran abad ke- 21. Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memerlukan guru yang kreatif, kooperatif dan kolaboratif semasa mengajar.
  Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata semakin kurang berhasil dalam menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih kreatif dengan kandungan pengajaran yang sesuai dengan perkembangan semasa.
  Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa transformasi pendidikan perlu sentiasa dikembangkan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Para guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat betindak professional dalam mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

·         CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21


       ·         KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21


·         CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE-21

 Para guru harus peka terhadap potensi dan minat anak murid supaya mereka dapat dibimbing untuk memilih aliran sesuai sekali gus digilap ke tahap paling maksimum. Oleh itu, susun atur meja dalan bilik darjah yang relevan amat penting kerana persekitara fizikal bilim darjah yang kondusif penting untuk menggalakkan pembelajaran berkesan.  Selain itu, para guru yang pembina bangsa perlu dapat mewujudkan perpaduan antara kaum, bangsa dan agama serta melahirkan murid yang yakin berkomunikasi dan bekerjasama.
 Hal ini kerana, pembelajaran abad ke-21 perlu lebih menjurus kepada pemikiran aras tinggi berbanding kemahiran asas agar dapat menghasilkan murid berupaya berfikir sendiri dan membuat perubahan.
 Namun, cabaran utama adalah bagaimana para guru menggunakan pelbagai sumber sokongan tekonologi, serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, para guru perlu mengemaskini pengetahuan dan kompetensi secara berterusan supaya kekal relevan dengan keperluan semasa akan datang.

NORA