Tabung kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBNS) 2017 – Tawaran Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor sesi 2017 kini dibuka untuk permohonan
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.
KADAR PINJAMAN
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.
KADAR PINJAMAN
Peringkat Pengajian | Kadar Pinjaman (Setahun) |
Ijazah Perubatan (Perubatan/Pembedahan/Pergigian/Veterinar) | RM7,000 |
Ijazah Sarjana Muda | RM6,500 |
Diploma | RM4,900 |
Sijil | RM4,000 |
Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.
- Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.
- Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.
- Kuota Penerima: Kuota dibuka kepada 1,500 peminjam sahaja setahun. Purata jumlah permohonan yang diterima adalah 6,000 pemohon setahun.
SYARAT-SYARAT AM
Syarat-Syarat Permohonan | Keterangan |
Kelahiran | Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR
|
Peringkat Pengajian | Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon) |
Penajaan | Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON. |
Pencapaian Akademik | Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan |
Tahun Pengajian | Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian. |
SYARAT AKADEMIK
Peringkat Pengajian | Kelayakan Akademik |
Ijazah Sarjana Muda Pertama | Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred Cdalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM. |
Diploma | Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujiandalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas. |
Sijil (IPTA) | Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujiandalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM. |
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja) | Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujiandalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; |
Iklan Tawaran
Hebahan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor http://www.selangor.gov.my
Hebahan melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my
Kaedah Permohonan
Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS
Tarikh Permohonan
Permohonan dijadualkan dibuka seperti berikut:
Sesi Pertama: 1 – 28 Februari
Sesi Kedua: 1 – 30 Ogos
Temuduga
- Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga.
- Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan.
- Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya Tawaran
Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan.
Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga.
Semakan Temuduga / Keputusan
Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa.
Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri.
Kriteria Pemilihan
Mengisi dan memuat naik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP.
Memenuhi semua syarat kelayakan memohon.
Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga
Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira.
Permohonan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan Memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman.
KAEDAH PEMBAYARAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR
Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.
Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.
Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.
PERMOHONAN SESI KEDUA DIBUKA PADA 1 – 31 OGOS 2017.
Untuk pemohon baru mendaftar, sila klik di sini
Untuk pemohon yang telah mendaftar pada sesi – sesi lepas, sila klik di sini