Permohonan dan Tawaran Biasiswa kerajaan negeri sabah (BKNS) 2019. akan dibuka bermula padatarikh yang akan diumumkan, pada tahun 2018 BKNS telah membuka portal untuk permohonan bermula pada 30 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 bagi permohonan, kepada mereka yang mencari DANA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi amat digalakan untuk memohon.
Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM / STPM atau yang setaraf / Matrikulasi, adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN | |||
1. | Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) | ||
Juruukur | Pertanian | ||
Jurukur Bahan | Perakaunan | ||
Kejuruteraan | Sains Tulen | ||
Kesihatan dan Perusahaan Ternak | Seni Bina (Architecture) | ||
Pengurusan Hartanah | Teknologi Maklumat | ||
2. | Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT) | ||
Akuakultur | Perikanan | ||
Ekonomi | Pertanian | ||
Farmasi | Perubatan | ||
Juru Ukur Bahan | Perhutanan | ||
Kejuruteraan | Perubatan Veterinar | ||
Komunikasi | Psikologi | ||
Matematik | Sains Alam Sekitar | ||
Muzik | Sains Biologi Marin | ||
Pelancongan dan Hospitaliti | Sains Bioteknologi | ||
Pendidikan | Sains dan Teknologi Makanan | ||
Pengajian Islam | Sains Komputer | ||
Pengangkutan dan Logistik | Sains Tulen (Biologi/ Kimia/ Fizik) | ||
Pengurusan Ladang | Seni Bina (Architecture) | ||
Pengurusan Hartanah | Teknologi Maklumat | ||
Pentadbiran Perniagaan | TESL | ||
Perakaunan | Undang-Undang | ||
Pergigian | |||
(B) KELAYAKAN MEMOHON | |||
1. | Had Umur | ||
Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun. | |||
Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun. | |||
2. | Kelayakan Akademik | ||
Kursus Diploma | |||
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar. | |||
Kursus Sarjana Muda | |||
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. | |||
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid. | |||
Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. | |||
| |||
Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. | |||
Perubatan, Pergigian dan Farmasi | |||
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja. | |||
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda. | |||
Pemohonan Bagi Biasiswa kerajaan Negeri Sabah(BKNS) 2018 boleh dibuat melalui link ini. www.biasiswa.sabah.gov.my
Senarai IPTA yang boleh memohon BNKS
Senarai IPTS yang boleh memohon BNKS
LIHAT JUGA:
Senarai IPTA yang boleh memohon BNKS
Senarai IPTS yang boleh memohon BNKS
LIHAT JUGA: