TAWARAN BANTUAN AWAL BAGI PENDIDIKAN TINGGI OLEH PERBADANAN BAITUMAL NEGERI SABAH

Bantuan awal bagi pelajar yang ingin ke pendidikan tinggi awam atau swastaBagi anak-anak khususnya kelahiran negeri Sabah(negeri dibawah bayu) yang beragama islam, anda mungkin telah merancang untuk meneruskan pengajian ke Institusi pengajian Tinggi sama ada awam mahu pun swasta. Dan mungkin anda dan ibubapa atau penjaga anda pening untuk mencari dimanakah sumber untuk mendapatkan wang bagi permulaan masuk ke pendidikan tinggi.

Melalui perbadanan baitumal negeri sabah. anda yang beragama islam boleh memohon bantuan awal pendidikan tinggi. semestinya bagi permohonan ini mempunyai syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon antara syarat-syarat tersebut adalah:-


i) Haruslah Warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah dan salah seorang Ibu atau bapa wajib berasal daripada SABAH.

ii) Oleh kerana bantuan ini hanya membantu golongan yang tidak mampu, pendapatan isi rumah harus lah;

- Dibawah RM 3,000.00
- Diatas RM 3,001.00 hingga RM 5,000.00 mestilah mempunyai tanggungan 6 orang didalam tanggungan.

iii) Khas untuk oelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT (mendaftar antara Disember 2017 sehingga MAC 2018)

iv) Bantuan ini hanya boleh dimohon sekali sahaja.


lihat lagi disini PBNS..

sememangnya bagi anak-anak lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran nanti, anda tidak perlu risau dengan keadaan anda. oleh kerana bantuan ini sehingga MAC 2018, anda masih sempat untuk memohon setelah keputusan SPM anda keluar nanti.

Tidak dapat dinafikan dimana, ini adalah peluang keemasan untuk anda, mohonlah segera untuk meringkan beban ibubapa/penjaga anda.

Dengan bantuan ini juga, anda boleh mengunakan untuk membayar yuran kemasukan bagi pengajian, dan juga dapat membantu untuk membeli barang-barang untuk memulakan pengajian anda kelak.

dan bagi lepasan SPM 2017, keputusan SPM anda akan dikeluarkan tidak lama lagi, rancanglah untuk melanjutkan pengajian ke IPT yang anda pilih, sebab dengan pendidikan anda mampu untuk mengubah masa depan anda, dan dapat membantu keluarga di masa hadapan.

sumber daripada tazzportal