Cara-cara
dan panduan bagi memohon kerja dalam ( sektor Awam) KERAJAAN melalui “online” di dalam portal
suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPAi8).
permohonan dan pendaftaran ini adalah dibuka sepanjang masa. Seiringan dengan kemajuan IT di dalam
negara Kita, pihak Kerajaan telah menubuhkan Portal SPA (www.spa.gov.my) bagi tujuan untuk
memudahkan orang ramai yang berkelayakan membuat permohonan & pendaftaran
perkerjaan didalam sektor Awam.
Ramai yang tahu, salah satu
pekerjaan yang tetap dan menjamin masa depan adalah bekerja dalam sektor awam,
dengan imbuhan dan insentif yang menarik seperti kenaikan gaji setiap tahun,
kenaikan pangkat, pencen, senang mendapat pinjaman bank, elaun dan banyak lagi. dan
ini telah menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk membuat permohonan. Tetapi kepada mereka yang tidak tahu cara untuk memohon SPA anda akan diberikan bimbingan.
Sebelum membuat permohonan anda perlulah pendaftaran dalam sistem SPA. sila masuk ke portal SPA www.spa.gov.my. dan paparan seperti dibawah akan dilihat oleh anda, seterusnya anda perlu click -"pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan Awam (SPAi8)"
Langkah 1 - Pendaftaran baru SPA
- Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) - Server 1
- Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) - Server 2
sebelum langkah seterusnya sila baca ini.
paparan seterusnya akan muncul setelah anda menekan click tadi. dan sila masukan butiran dan lengkapkan. setelah itu masukan kod keselamatan mengikut huruf atau nombor tertera. setelah itu, click "daftar masuk".
Masukan No. Kad pengenalan anda dan juga kata laluan yang anda isikan dalam borang "online" pendaftaran tadi. Dan click "Log Masuk"
PERMOHONAN JAWATAN DALAM SPA
Sekarang untuk permohonan Jawatan dalam Sistem SPA, tetapi sebelum itu, anda perlu lengkapkan butiran anda dalam borang 'Online" seperti dibawah.
Anda perlu
mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang berwarna merah (*). Untuk
makluman, Ketinggian adalah maklumat pilihan. Namun begitu terdapat
beberapa jawatan yang memerlukan pemohon memasukkan maklumat Ketinggian. Click butang SIMPAN setelah
semua maklumat disimpan.
Click pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: dan lengkapkan.
Click pada pautan Sukan / Persatuan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan dan lengkapkan.
Click pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat,
sub-menu “Pengalaman Bekerja di Sektor Awam” dan skrin seperti di bawah akan
dipaparkan:
Sila tekan simpan setelah semua maklumat yang diperlukan telah dimasukan. dan juga jika anda mempunyai maklumat tambahan, sila click pada "maklumat tambahan" dan lengkapkan.
Untuk jawatan yang ingin dipohon
Click pada menu JAWATAN DIPOHON, sub-menu
“Jawatan SPA” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” seperti berikut akan dipaparkan dan lengkapkan:
Pengakuan Pemohon
Click pada
pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan dan ini adalah langkah terakhir.
Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat
yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah
menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.
Slip Akuan Pendaftaran seperti rajah di bawah akan dipaparkan
untuk memaklumkan bahawa pemohon telah berjaya mendaftar.
Semoga langkah-langkah ini dapat memberikan manfaat kepada anda. dan ingin dinyatakan bagi anda yang ingin memohon mengunakan Diploma, Degree atau Master. Sijil-sijil akademik anda mestilah mendapat pengiktiraf JPA. anda juga boleh buat semakan Sijil anda melalui.
Cara-Cara untuk semakan pengiktifan MQA/JPA IPTA/IPTS di Malaysia
* sila kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda*