Cara-Cara untuk semakan pengiktifan MQA/JPA IPTA/IPTS di Malaysia

Cara-cara untuk semakan pengiktirafan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh IPT awam atau IPT swasta. Sehingga hari ini ramai pelajar-pelajar telah tertipu dengan institut pengajian tinggi yang tidak mendapat pengiktirafan sijil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi/Agensi Kelayakan Malaysia/JPA. dan dengan ini jika anda telah tamat pembelajaran, kemungkinan anda tidak akan dapat mengunakan Sijil tersebut untuk mencari pekerjaan atau ingin memohon pekerjaan di sektor AWAM. ini adalah satu info yang penting bagi semua...


                                                                 CLICK 
MQA adalah dikenali sebagai agensi kelayakan Malaysia - sebuah agensi kerajaan yang mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap IPT mahu pun awam atau swasta harus mengikut garis panduan daripada kementerian pendidikan tinggi bagi Sijil-Sijil akademik mereka yang dikeluarkan adalah mendapat pengiktifan olehnya. sekarang semua sudah ONLINE dihujung jari pun kita boleh memeriksa sama ada Sijil tersebut diiktiraf atau tidak.
selain daripada itu, KPT juga telah memperkenalkan sistem pengiktirafan kelayakan KPT atau dikenali sebagai eSisraf. Ini adalah bertujuan untuk membantu mereka-mereka yang ingin mengunakan Sijil yang dikeluarkan oleh IPT samaada boleh digunapakai untuk memohon SPA ( Pekerjaan dalam sektor awam). ini adalah info yang amat penting kepada anda, dan anda seharusnya pandai menilai mana-mana info yang berguna. seperti kata pepatah dulu-dulu
"sediakan Payung, Sebelum Hujan". pada zaman yang serba moden ini, semua infomasi yang berguna boleh dicari atau dicapai melalui hujung jari anda.

INFO untuk ANDA.

1) jika anda ini melihat pengiktirafan sijil-sijil institut pengajian tinggi sila klik ini. http://www2.mqa.gov.my/mqr/

Langkah pertama

Masuk ke dalam website seperti diatas dan paparan seperti ini akan keluar.



Langkah Kedua

Pilih Institut pengajian Tinggi yang anda ingin semak sama ada IPT  Awam/ Swasta. Contoh saya ingin semak kelayakan MQA UiTM. saya klik public/government institutions  dan pilih university. ( sila rujuk dibawah)


Langkah Ketiga

Paparan seperti ini akan muncul dan sila masukan nama IPT yang anda ingin pilih, seperti saya, saya masukkan UiTM. seperti "image" dibawah




Langkah Keempat. 

Sila klik "enter" dan paparan ini akan keluar, jika anda ingin melihat kelayakan setiap UiTM di setiap negeri sila klik "detail" dan ada akan dapat melihat setiap kelayakan MQA pada setiap Program yang ditawarkan.

_______________________________________________________________

2)jika anda ingin melihat samaada sijil-sijil dari institut pengajian tinggi boleh diguna pakai untuk masuk kerja KERAJAAN sila klik ini. https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php


Langkah Pertama

Jika anda ingin melihat atau menyemak kelayakan JPA bagi sijil-sijil di IPT awam/swasta, sila masuk ke website diatas, dan paparan seperti dibawah akan keluar.


Langkah Kedua

Pilih negara, institusi dan carian sijil yang anda inginkan, sebagai contoh kali ni saya memilih Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu (cawangan Sabah), sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang dimiliki Oleh Ekuinas. 

Negara; Malaysia

Institusi: Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint/Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu

Carian Sijil; Diploma Seni Kulinari.

paparan seperti ini akan keluar setelah anda menekan 'SEMAK"


Langkah ketiga

Anda ini haruslah menekan simbol seperti ini untuk melihat sijil kelayakan JPA program tersebut.


dan setelah itu , paparan seperti dibawah akan keluar, dan sila klik 'cetak'


Setelah anda klik "cetak" paparan seperti ini akan keluar, dan ini adalah sijil pengiktirafan kelayakan oleh JPA, dan ini menunjukan program Diploma Seni Kulinari Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu, Sabah mempunyai kelayakan sijil daripada JPA dan  layak untuk memohon kerja ke dalam sektor awam.




sehingga hari ini, pihak kementerian pendidikan Malaysia akan mengemas kini sistem-sistem yang boleh diguna pakai dan mudah difahami untuk membantu anda daripada memasuki IPT-IPT yang belum mendapat pengiktifan daripada MQA. ini sebenarnya dapat mengurusang kes-kes tipu yang telah banyak berlaku dinegara kita ini. dan selaras usaha kerajaan untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak muda kita, ini perlu di tekankan lagi.

anda juga boleh mendapatkan infomasi ini di karnival-karnival pendidikan yang dianjurkan oleh KERAJAAN/KPT seperti " jom masuk U" ,"karnival Pendidikan Maradan banyak lagi. dimana pada masa kervinal pendidikan itu, anda berpeluang sendiri melihat IPT awam dan IPT swasta menawarkan kos pengajian yang anda minati dan juga anda ingini. dan pada masa itu, anda tidak perlu merasa was-was untuk memasuki IPT tersebut, sebab kesemua IPt tersebut mempunyai sijil-sijil yang diiktiraf kerajaan MALAYSIA.

sumber daripada tazzportal