CARA YANG BETUL UNTUK MOHON PTPTN ONLINE

Memohon pinjaman PTPTN online dengan cara yang betul adalah penting untuk memastikan pinjaman dapat diluluskan oleh PTPTN. Langkah demi langkah akan dikongsikan kepada anda agar tiada kesalahan dalam permohonan anda melalui sistem PTPTN online, jika info-info yang anda masukkan tidak betul ini akan melambatkan lagi proses kelulusan dan pengeluaran bagi membayar yuran pengajian anda.

untuk melihat syarat-syarat permohonan - www.ptptn.gov.my

Bagi anda yang telah mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi dan ingin menguruskan sendiri pinjaman PTPTN anda . anda bolehlah rujuk dengan langkah-langah dibawah. tetapi sebelum tu ada beberapa document yang perlu disediakan.


Pertama- Pelajar kena beli pin ptptn yang hanya di jual di BSN (mana-mana cawangan BSN) yang berharga 5.00 + gst 0.06 = jumlah RM 5.06
kedua- Pelajar kena membuka acc. SSPN, minima deposit hanya RM 20.00 sahaja.
Ketiga- Buka Acc. Bank(kena Rujuk dengan IPT , bank apa yang mereka daftarkan untuk PTPTN)


selepas semua telah disediakan. barulah anda masuk ke www.ptptn.gov.my

Langkah yang pertama- apabila anda telah masuk ke laman "website" ptptn, anda kena  cari ikon "permohonan ptptn" dan klik disitu. seperti tertera di image.

Langkah kedua- untuk membuat pendfaftaran baharu, anda dikehendaki untuk mengisi nomber kad pengenalan anda di "column" seperti dibawah, selepas tu pada column "tarik (hh/mm/yy)" sila lihat di slip pin ptptn seperti gambar dibawah, dan seterusnya isikan column "Masa(jjmmss)" mengikut number didalam slip ptptn dan isikan column "No.PTPTN" ini adalah pin ptptn, sila rujuk di slip ptptn dan sila tekan "Daftar". Apabila daftar telah berjaya, anda diwajibkan untuk "create password" baharu sila ikut arahan yang diberikan.

Langkah Ketiga- selepas penukaran passport baharu berjaya, anda dikehendaki untuk masuk kembali ke "LOG MASUK" untuk memasuki laman permohonan PTPTN anda. gambar di bawah adalah contoh laman permohonan PTPTN. dan anda perlu masukan Info berkenaan dengan diri anda seperti, nama mengikut IC dan anda dikehendaki oleh mengisikan dengan lengkap




apabila semua info telah diisikan anda perlu TEKAN "SIMPAN & SETERUSNYA".

Langkah keempat- Jika anda seorang yang bekerja jika isikan info anda, dan jika anda masih belajar, sila TEKAN "SIMPAN & SETERUSNYA"

Langkah Kelima- seterusnya sila isikan butiran penjaga pertama anda (sebolehnya untuk mendapat pinjaman 75% daripada PTPTN ) penjaga pertama mestinya penerima BRIM.  dan seterusnya isikan juga butiran penjaga yang kedua. sila TEKAN "SIMPAN & SETERUSNYA"

Langkah Keenam- Butiran mengenai akademik anda, jika anda adalah lepasan SPM sila TEKAN bahagian SPM. dan isikan butiran "subject" akademik anda, tetapi sebelum itu, anda diwajibkan untuk memilih berapakah "subject" yang anda ambil dan juga tahun berapakah anda anda SPM.

Langkah Ketujuh- Lepas anda menekan "SIMPAN & SETERUSNYA" pada langkah keenam tadi. pautan seperti dibawah akan keluar, dan anda mesti melihat sekali lagi butiran-butiran yang anda telah isi di permohonan ONLINE PTPTN ini. dan jika anda pasti dan yakin semua butiran adalah betul , Sila tekan"YAH" dan ini adalah langkah yang terakhir bagi melengkapkan permohonan anda.


dan selepas itu , Image seperti dibawah akan keluar. ini menandahkan permohonan PTPTN anda akan diproses selama 6 hari bekerja daripada tarikh tutup PTPTN.( sila masuk ke laman ptptn di www.ptptn.gov.my, untuk mengetahui tarikh tutup permohonan PTPTN pada setiap "tarikh-tarikhkannya")


infomasi ini hanya sekadar untuk membantu dan memudahkan anda. selamat mencuba dan jika terdapat sebarang pertanyaan anda dinasihatkan unutk menghubungi pihak PTPTN secepat yang mungkin. - www.ptptn.gov.my