Bila kita bercakap mengenai masuk darjah 1 dengan
anak-anak kita , ada yang memberi reaksi teruja, gembira dan ada yang takut. Tetapi
sebagai ibubapa yang inginkan pendidikan kepada anak-anak anda, sudah mestilah
anda telah merancang untuk sekolahkan mereka. Bagi ibubapa yang mempunyai anak
yang akan memasuki alam persekolahan pada tahun hadapan, permohonan untuk memasuki
darjah 1 bagi ambilan 2019/2020 telah dibuka bermula 1 Mac 2018 sehingga 30
April 2018.
Permohonan persekolahan darjah 1 di semenanjung
Malaysia
Ibubapa/penjaga haruslah membuat Permohonan melalui sistem pendaftaran dalam talian(SPAT) kementerian pendidikan Malaysia. Sistem
daftar "online" ini diperkenalkan untuk memudahkan ibubapa/penjaga tanpa mengisi
borang manual di sekolah dan seterusnya dapat memastikan tempat anak-anak anda disekolah nanti, dan juga sistem ini akan memudahkan bagi ibubapa/penjaga yang sibuk dengan
kerja dan tiada masa untuk ke sekolah.
Ibubapa/penjaga yang pertama kali mengunakan sistem
online ini haruslah perlu mendaftar sebagai “Daftar Pengguna Baru” dengan
mengunakan ID penjaga untuk akaun sendiri bagi membenarkan sistem berkenaan
untuk diakses sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan bagi anak/jagaan ke
darjah 1.
Saya akan tunjukan cara-cara bagi memudahkan anda.
Ibubapa/penjaga perlu masuk ke website ini untuk
daftar pengguna Baru. Sila clik. https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna
Pautan seperti dibawah akan keluar, dan anda dikehendaki untuk mengisikan semua info yang diperlukan didalam sistem ni. dan setelah anda melengkapkan info yang diperlukan didalam sistem ini. sila clik daftar.
Bagi langkah seterusnya, setelah mendaftar sebagai pengguna baru. anda perlu masuk ke website ini bagi membuat permohonan anak anda bagi kemasukan darjah 1. sila clik https://public.moe.gov.my/
Sila masukan no. kad pengenalan anda dan katalaluan yang ada buat di langkah pertama tadi. dan sila clik daftar masuk dan seterusnya lengkapkan info anak anda seperti yang diperlukan di dalam sistem ini.
Bagi permohonan persekolahan darjah 1 di Sabah, Sarawak
dan wilayah persekutuan Labuan dilakukan secara Manual iaitu melalui sekolah
yang terdekat dengan anda.
Dokument yang diperlukan untuk membuat Permohonan adalah seperti.
i) salinan mykid atau surat lahir anak anda(perlu disahkan benar)
ii) Gambar sekurangnya 3 keping(Anak anda)
iii) Salinan kad pengenalan IBUBAPA/PENJAGA(Perlu disahkan benar)
PENTING.
Hanya bubapa/ penjaga sahaja yang boleh membuat
permohonan bagi murid tersebut.
Kemasukan Sesi kemasukan Tahun 2018.
Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2011 sehingga 1
Januari 2012.
Kemasukan
Tahun 2019.
Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1
Januari 2013
Untuk mendapat infomasi yang lanjut sila masuk ke website rasmi Kementerian pendidikan Malaysia.
Semoga info ini berguna kepada ibubapa atau penjaga.
Lihat lagi info