PANDUAN MEMOHON BAYARAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN- PERKESO

Melalui PERKESO - Sistem Insurans pekerjaan (SIP) atau dikenali sebagai "Employment Insurance System" EIS adalah perlindungan baharu diperkenalkan bagi melindungi pekerja-pekerja dalam sektor swasta yang diberhentikan kerja oleh majikan mereka. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2018, anda akan dapat melihat potongan EIS di dalam penyata gaji anda. 


SIP/EIS juga adalah Skim kewangan yang bertujuan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan mendapat bantuan dana kewangan sehingga 6 bulan sementara mereka mendapat kembali pekerjaan bagi menampung keperluan harian keluarga mereka.

EIS bukan sahaja ditawarkan kepada mereka yang telah diberhentikan tetapi juga mereka yang meletak jawatan kerana ancaman kepada pihak yang diinsuranskan atau kepada keluarga mereka. Ini termasuk gangguan seksual di tempat kerja.



   Kadar Caruman, Gaji Anggapan dan Elaun Mencari Pekerjaan (Contoh)



Panduan Permohonan EIS

Langkah Pertama

Pekerja atau orang berinsurans(OB) yang telah kehilangan pekerjaan boleh membuat pendaftaran faedah interim insurans pekerjaan dengan mengemukakan borang pendaftaran program penempatan pekerjaan semula melalui laman https://www.perkeso.gov.my/sip atau di kaunter PERKESO yang berhampiran dengan tempat anda.

Langkah Kedua

Setelah menerima notifikasi pemberitahuan dari PERKESO berkaitan dengan kelulusan permohonan. Pekerja yang telah kehilangan pekerjaan boleh mendaftar di www.jobstreet.com bagi menyertai program penempatan pekerjaan semula. Sila pastikan nama yang berdaftar adalah seperti di Mykad. Setelah selesai mendaftar, OB boleh membuat permohonan kerja melalui portal sistem insurans pekerjaan.

Langkah Ketiga

Bagi tujuan permohonan tuntutan faedah interim kedua dan ketiga. OB perlu menyertakan laporan permohonan pekerjaan. Laporan permohonan pekerjaan tersebut boleh dicetak dengan menggunakan profil OB di jobstreet.com. Sila ikut langkah ini.


1) login>My jobstreet>online Applications
2) Klik ikon Print>save as PDF

Langkah keempat

Setelah memuat turun laporan permohonan pekerjaan PDF "online Application”. OB perlu menghantar laporan tersebut dengan memuat naik laporan (permohonan secara online) atau menyerahkan laporan permohonan pekerjaan tersebut bersama Borang Tuntutan faedah interim kedua dan ketiga ke kuanter PERKESO yang diplih untuk berurusan (permohonan secara serahan tangan).

Langkah Kelima

Bayaran tuntutan faedah interim kedua dan ketiga akan dibuat setelah pengesahan daripada pegawai perkhidmatan pekerjaan PERKESO diterima.



Sila masuk ke website ini bagi sebarang pertanyaan 




LIHAT JUGA:

CARA-CARA SEMAK PENYATA (SSPN-i /SSPN- i plus) ANAK ANDA MELALUI "online"