Permohonan biasiswa Sultan Ibrahim 2019- Yayasan pelajaran Johor (YPJ) telah dibuka untuk permohonan baharu.
Tawaran permohonan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan YPJ. Kelulusan / Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar YPJ dari semasa ke semasa. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
SYARAT AM PERMOHONAN
- Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
- Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
- Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
- Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
- Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
- Pengajian adalah sepenuh masa
- Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
- Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat (bagi yang sedang berkhidmat tetapi mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 4,000 dengan tanggungan 3 orang dan ke atas akan dipertimbangkan. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang masih belum bekerja)
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara
- Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara
- Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT
- Sekiranya pemohon (Master/PhD) tidak memenuhi syarat khusus akademik yang dinyatakan di atas, pemohon boleh mengemukakan keputusan peperiksaan terkini dengan syarat PNGK 3.75 ke atas/ kelas pertama.
- Sains Kesihatan
- Sains Sosial
- Sastera
- Sains Tulen
- Kejuruteraan
- Muat turun borang permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim di laman web rasmi YPJ: KLIK SINI
- Lengkapkan borang permohonan
- Borang yang lengkap hendaklah diserahkan ke YPJ bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan selewat-lewatnya pada 11 April 2018
- Permohonan boleh dihantar melalui serahan terus di kaunter YPJ atau melalui pos
- Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan
SYARAT KHUSUS AKADEMIK
Peringkat Ijazah Sarjana (Master)
Peringkat Doktor Falsafah (PhD)
KADAR & TEMPOH TAJAAN
KATEGORI | YURAN PENGAJIAN (Sepanjang Pengajian) | ELAUN SARA HIDUP (Setahun) | TEMPOH TAJAAN |
Ijazah Sarjana (Master) | Tidak Melebihi RM 10,000 | RM 12,000 | 1 hingga 2 tahun |
Doktor Falsafah (PhD) | Tidak Melebihi RM 24,000 | RM 18,000 | 3 hingga 4 tahun |
BIDANG TAJAAN
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Penerima biasiswa hendaklah memperolehi keputusan penuh peperiksaan di akhir semester dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara. Sekiranya pelajar gagal memenuhi keputusan seperti yang telah ditetapkan, biasiswa tersebut akan di ubah kepada skim pinjaman pelajaran dimana pelajar akan dikenakan bayaran balik mengikut jumlah biasiswa yang telah diterima.
KAEDAH PERMOHONAN
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
PENTING! Semua dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai gred A atau yang setaraf dengannya.
1) Salinan kad pengenalan pelajar
2) Salinan kad pengenalan ibubapa/ penjaga
3) Salinan surat tawaran IPT
4) Salinan transkrip penuh terkini
5) Keputusan peperiksaan terkini
6) Slip gaji terkini pemohon (bagi yang telah bekerja)
7) Pengesahan cuti tanpa gaji dari majikan (bagi yang telah bekerja)
8) Struktur penuh yuran pengajian
2) Salinan kad pengenalan ibubapa/ penjaga
3) Salinan surat tawaran IPT
4) Salinan transkrip penuh terkini
5) Keputusan peperiksaan terkini
6) Slip gaji terkini pemohon (bagi yang telah bekerja)
7) Pengesahan cuti tanpa gaji dari majikan (bagi yang telah bekerja)
8) Struktur penuh yuran pengajian
HUBUNGI
No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-2344355
Fak:07-2344434
Fak:07-2344434
EMAIL
ypj@johor.gov.my
ypj@johor.gov.my
Lihat Juga: