Permohonan online bagi program Teach For Malaysia 2018 terbuka kepada anda yang mempunyai kelayakan.
Program
Kerjasama YTFM dan kementerian pendidikan Malaysia (KPM) bagi pemgambilan dan
pemilihan graduan terpilih dan menempatkan mereka di sekolah berkeperluan
tinggi di seluruh Negara.
Felo
TRM adalah nama yang diberikan kepada graduan berjaya dalam pemilihan yang
dijalankan, dan mereka ini akan mengajar di sekolah bekeperluan tinggi dalam
tempoh 2 (dua) tahun sepenih masa bermula dari 1 Jan 2019 sehingga Disember
2020.
Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa
transformasi di dalam dan di luar bilik darjah menerusi gerakan Alumni TFM.
Sebelum memulakan perkhidmatan, calon-calon yang telah berjaya menerima tawaran
bagi Program TFM ini dikehendaki untuk melalui fasa-fasa seperti berikut:
- Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
- Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah selama tempoh satu (1) minggu di antara bulan Julai 2018 hingga bulan September 2018.
- Memenuhi Latihan Pra-Perkhidmatan Program TFM dari bulan Oktober 2018 hingga bulan Disember 2018.
SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN
Syarat-syarat asas bagi permohonan untuk Felo Program TFM adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemegang Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktorat dalam mana-mana bidang (KECUALI ijazah yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti Bachelor/Masters of Education, Bachelor of TESL dan lain-lain).
- Tidak memegang sebarang ikhtisas pendidikan.
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
- Berumur 32 tahun atau ke bawah sebelum 1 Januari 2019.
- Memperolehi minimum "Kredit" bagi subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Memperolehi minimum CGPA 3.00/4.00 atau "Second Class Upper".
KRITERIA PENTING YANG PERLU JUGA DIMILIKI OLEH CALON:
- Fasih dan yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia.
- Pemahaman dan komitmen yang mendalam misi dan visi Teach For Malaysia.
- Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.
- Kemahiran berfikir secara kritis.
- Kecekalan dalam mengatasi dugaan dan cabaran.
- Kebolehan berinteraksi dan membina hubungan yang baik.
CARA PERMOHONAN
Calon yang berminat dinasihatkan untuk melayari laman web http://www.teachformalaysia.org untuk maklumat lanjut. Semua permohonan perlu dibuat di atas talian menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) di pautan laman web berikut: https://www.tfaforms.com/4661550
upadate dari portal rasmi KPM
LIHAT JUGA