Sebuah
sistem berasakan Teknologi realiti maya diwujubkan bagi memudahkan data
dikemaskinikan pada setiap masa. kemudahan penyelenggaraan data dan yang paling penting sistem
gelintaran istilah yang berkesan.
Fakulti Sains & Teknologi, universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM)
dengan kerjasama pusat teknologi
Maklumat telah membangunkan Sistem Istilah Sains atau dikenali sebagai EKTISAS pada
hujung November 2011. Tujuan sistem ini dilancarkan adalah untuk memudahkan
warga UKM dan masyarakat untuk mendapatkan rujukan atau mencari istilah diguna
pakai di dalam penulis dan sebagainya. Skop ETISAS meliputi
pengumpulan, penyelenggaraan, menyebarluaskan, penyuntingan dan pemantauan
pangkalan data istilah yang besar (melebihi 114,798 entri pada masa ini).
CARA
GUNA
Untuk
menggunakan semua modul yang ada di portal maya ETISAS UKM ini, pengguna perlu mendaftar
terlebih dahulu. Untuk staf UKM, sila guna nama pengguna dan katalaluan sama
seperti Ewarga dan menandakan kotak warga UKM. Untuk pelajar UKM, sila guna
nama pengguna dan kata laluan sama seperti SMPWEB dan menandakan kotak warga
UKM untuk log masuk.
Pautan
portal: http://www.ukm.my/etisas/
CADANGAN
ISTILAH BARU
Sistem ini juga bersifat dinamik.
Melalui ciri ini, proses pembinaan istilah dan pembesaran pangkalan data,
dibuka luas kepada sesiapa sahaja untuk mencadangkan istilah baru.
Pengguna yang mendaftar boleh
mencadangkan istilah baru dengan menekan butang “cadangan istilah baru” di
bahagian modul pengguna. Sekiranya istilah yang dicari tidak ditemui, sila
maklum kepada urusetia dengan mengisi borang pertanyaan/cadangan.
FUNGSI
& CIRI
a. Mempunyai enjin carian yang berkesan dan pantas.
b. Memudahkan kemasukan entri istilah ke pangkalan data.
c. Membenarkan pengguna mencadangkan istilah baru atau
istilah yang lebih sesuai dan setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa, istilah
ini akan digabungkan dengan pangkalan data yang sedia ada.
d. Menyediakan khidmat nasihat kepada pengguna. Sistem
ini menyediakan ruangan pertanyaan dan jawapan kepada pengguna untuk menanyakan
sebarang kemusykilan peristilahan.
e. Membolehkan pendaftaran atas talian. Hanya pengguna
yang berdaftar dibenarkan memberi cadangan atau mendapatkan khidmat nasihat.
f.
Menyediakan ruangan pantau tegur
peristilahan bagi warga UKM yang berdaftar untuk mengesan dan memaklumkan
kepada pihak jawatankuasa istilah/pentadbir UKM tentang kesilapan bahasa dan
istilah pada kain rentang, gegantung, papan tanda, poster dan sebagainya di
sekitar kampus UKM.
g. Menyediakan kemudahan suntingan terbina dalamnya.
Kemudahan ini termasuklah mengesan kesilapan ejaan dan menghalang kemasukan
entri berganda).
Sebarang
komen dan cadangan juga boleh diemelkan terus ke urusetia di etisas@ukm.my