Tawaran Biasiswa yayasan Tunku Abdul Rahman 2018 telah dibuka untuk permohonan, Biasiswa ini menerima pelajar yang melanjutkan pengajian dalam Sarnaja Muda di Institusi Pengajian Tinggi.
Bagi penerima Biasiswa ini, anda akan diberikan gelaran TUNKU SCHOLARS dan bagi pengetahuan umum biasiswa ini adalah salah satu biasiswa yang berprestij dan eksklusif
dan pemilihan Tunku Scholars dibuat berdasarkan kepada kecemerlangan pencapaian akademik dan ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa.
Bagi penerima Biasiswa ini, anda akan diberikan gelaran TUNKU SCHOLARS dan bagi pengetahuan umum biasiswa ini adalah salah satu biasiswa yang berprestij dan eksklusif
dan pemilihan Tunku Scholars dibuat berdasarkan kepada kecemerlangan pencapaian akademik dan ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa.
SYARAT-SYARAT
PERMOHONAN
(a)
Syarat Asas
i. Warganegara Malaysia.
ii. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup
permohonan.
(b)
Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum
i. Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi /
Diploma* dan / atau yang sedang dalam pengajian sepenuh masa
Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan (masih berbaki sekurang-kurangnya
2 tahun pengajian) serta mencapai PNGK 3.50 dan ke atas.
ii. Kepujian tinggi dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
iii. Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam aktiviti
ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.
* Pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.
* Pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.
(c) Syarat Tambahan
Pemohon
yang disenarai pendek akan dikehendaki
mengikuti program Pemerhatian & Penilaian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang
diaturkan oleh pihak YTAR.
KADAR BIASISWA
Kadar
biasiswa adalah mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang
Amanah.
PENARAFAN PENERIMA BTAR
Bagi
mengekalkan taraf prestij dan eksklusif biasiswa ini, mana-mana Tunku Scholar
yang gagal mengekalkan pencapaian PNGK 3.50 ke atas akan dikenakan penalti
seperti turun taraf kepada:
o Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) atau
o Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman (PPTAR) atau
o Biasiswa Khas Yayasan Tunku Abdul Rahman (BKYTAR)
atau ditamatkan pemberian dan gelaran ‘Tunku Scholar’ dilucutkan.
PERMOHONAN
Setiap
pemohon perlu memenuhi syarat asas permohonan Biasiswa
Tunku Abdul Rahman 2018. Sila baca syarat-syarat permohonan di atas
dengan teliti sebelum mengisi borang.
Tarikh
permohonan dibuka : 1 Mac 2018
Tarikh permohonan ditutup : 15 April 2018
Tarikh permohonan ditutup : 15 April 2018
Hanya
pemohon yang telah mengikuti Program Pemerhatian & Penilaian Ciri
Kepimpinan sahaja akan dipanggil untuk Temuduga Pemilihan. Pemohon GAGAL apabila tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup
permohonan.
Klik Borang
Permohonan BTAR 2018 di bawah untuk mengisi secara atas talian dan cetak borang tersebut.
Borang
yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan MESTI dihantar ke alamat
berikut:-
Yayasan Tunku Abdul Rahman
A-10-10, Menara UOA Bangsar,No. 5 Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Bangsar, Kuala Lumpur.
A-10-10, Menara UOA Bangsar,No. 5 Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Bangsar, Kuala Lumpur.