PERMOHONAN ONLINE BAGI PROGRAM DPLI 2018 UNIVERSITI MALAYA(UM) SESI AMBILAN SEPTEMBER 2018

Permohonan online bagi program DPLI 2018 Universiti Malaya (UM) bagi tahun 2018 Sesi September 2018 kini dibuka sehingga 30 Julai 2018. Peluang kini terbuka kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda (Bukan pendidikan) untuk menjadi seorang Guru.


Program Diploma Pendidikan lepasan Ijazah Sarjana ini, adalah sebuah program yang ditawarkan kepada pemohon yang mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana muda atau setaraf dengannya, dan mereka akan berpeluang untuk menjadi seorang guru yang akan mengajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia termasuk  sekolah berasrama penuh.

Permohonan online bagi pengambilan felo kohort 2019 untuk program teach for Malaysia (TFM)

*Program ini adalah dibawah program kementerian pendidikan tinggi (KPT) bukannya dibawah kementerian pendidikan Malaysia (KPM)*





Antara bidang yang ditawarkan: 

1. Bahasa Malaysia
2. Matematik
3. Kimia
4. Biologi
5. Fizik
6. Teknologi Pengajaran
7. Kejuruteraan
8. Sains Komputer
9. Pendidikan Islam
10. Pendidikan Tahfiz
11. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Mod Pembelajaran bagi program ini adalah sepenuh masa secara kerja kursus

Bagi mendapatkan Maklumat lanjut dan memohon sila layari https://pgadmission.um.edu.my/


YURAN BAGI KESELURUHAN PROGRAM DPLI UM AMBILAN SEPTEMBER 2018 INI SEBANYAK RM 10,000

KEMAS KINI >> Program ini tiada ikatan dengan kementerian pendidikan Malaysia (KPM) dan juga program ini tidak semestinya dijamin untuk bekerja dibawah KPM cuma hanya akan layak untuk mendapat lesen mengajar dan masuk ke bidang pendidikan sahaja. Program ini tiada elaun/biasiswa seperti program dibawah KPM dahulu KPLI/DPLI.

Permohonan Biasiswa IJM 2018

SYARAT KELAYAKAN BAGI PROGRAM DPLI UM 2018

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur di melebihi 35 tahun.
3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan setaraf dengannya daripada IPTA/IPTS
4. Memiliki Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal bahasa Melayu di peringkat STPM boleh diganti kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V)
6. Bagi memohon kurusu perguruan lepad Ijazah ( Sekolah Rendah) J-QAF Mode latihan perguruan berasaskan sekolah, Calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang pengajian islam atau pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan. Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
7. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukan Ijazah(skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Negara.
8. Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termauk yang sedang mengikuti kursus perguruan lepas Ijazah( sekolah rendah) j-QAF Mode Latihhan Perguruan Sekolah atau kursus dalam cuti tidak layak memohon

CARA MEMOHON ONLINE DPLI UM 2018 

Semoga info ini dapat membantu anda.

Dapatkan informasi pendidikan melalui >> mypendidikanmalaysia.com <<