SEMAKAN ONLINE TAWARAN GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME (GrEP) DAN PROFESIONAL DEVELOPMENT PROGRAMME (Pro-P)

Semakan online tawaran Graduate excellent programme (GrEP) dan profesional development programme (Pro-P) 2019/2020 boleh dibuat sekarang.


Program dibawah bahagian penganjuran Pelajaran MARA (BPP) adalah sebuah program untuk membantu golongan bumiputera bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dan juga melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang. Kemudahan pinjaman pelajaran MARA adalah berbentuk pinjaman boleh ubah untuk pelbagai peringkat pengajian.

Lihat juga: Permohonan ke program penajaan pelajar perubatan bagi ijazah pertama jabatan Perkhidmatan Awam ke universiti perdana 2018

Bagi mereka yang telah membuat permohonan Online untuk program ini, anda boleh membuat semakan secara Online melalui link dibawah

>> http://online05.mara.gov.my/SemakanTawaran/


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan 

sila hubungi:

03-2613 2117/35032/32067 (9.00 pg -1.00 ptg),(2.30 ptg - 4.30 ptg)

atau melalui email

pascasiswazah@mara.gov.my

Untuk mendapatkan info berkenaan pendidikan di Malaysia sila ke

www.mypendidikanmalaysia.com


SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MELALUI SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (S.A.P.S) ONLINE

Dengan cara mudah anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak anda melalui sistem Analisis peperiksaan sekolah (S.A.P.S) online.



Bagi anda yang belum tahu bagaimana untuk membuat semakan melalui sistem analisis peperiksaan sekolah(S.A.P.S) anda boleh melihat:

Panduan dan Cara semakan S.A.P.S terkini melalui link ini >> Panduan SAPS

Bagi membuat semakan keputusan peperiksaan anda >> Sistem SAPS

Nota Penting:

Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah:

-Keputusan pelajar dari sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.

-Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5


*Setakat ini keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM masih tidak boleh disemak melalui sistem ini*

untuk mendapatkan info berkenaan dengan pendidikan di Malaysia sila klik link ini. >> mypendidikanmalaysia.com

PANDUAN DAN CARA SEMAK SAPS ONLINE - SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Panduan dan cara semak sistem Analisis peperiksaan sekolah (SAPS) online, sistem yang dibangunkan oleh kementerian pendidikan malaysia ini, telah memudahkan para ibubapa atau penjaga untuk membuat semakan online keputusan peperiksaan anak-anak dibawah jagaan mereka.



Jika dulu, para ibubapa atau penjaga terpaksa meluangkan masa ke sekolah untuk mendapat keputusan anak-anak mereka, Melalui SAPS ini semua sudah menjadi mudah, cepat dan tepat. Anda boleh membuat semakan melalui 

 https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah:

-Keputusan pelajar dari sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.

-Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5

*Setakat ini keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM masih tidak boleh disemak melalui sistem ini*

Lihat juga: cara-cara semakan online SSPN-SSPN i anak anak anda

Ini adalah panduan dan cara semak SAPS:

Langkah Pertama: Sila masuk ke patutan SAPS

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Masukan nombor kad pengenalan anak anda.



Langkah kedua: carian sekolah, sila pilih negeri dimana anak anda bersekolah.


Langkah ketiga: carian sekolah, sila pilih Pejabat Pendidikan daerah(PPD) anak anda bersekolah.



Langkah keempat: carian sekolah, sila pilih nama sekolah anak anda.





Langkah kelima: Selepas semua info telah dimasukan, anda perlu tekan "semak" untuk proses seterusnya.


Langkah keenam: Selepas tekan "semak" pautan dibawah akan terpapar dan anda perlu masukan tahun semasa untuk membuat semakan, contoh pada semasa adalah 2018


Langkah ketujuh: Selepas memilih tahun semasa, paparan akan dikeluarkan, anda boleh membuat semakan dengan menekan "papar slip peperiksaan"



Semoga info ini dapat membantu para ibubapa atau penjaga untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak anda.


Dapatkan info terkini pendidikan di Malaysia melalui >>  mypendidikanmalaysia.com

LANJUTAN PERMOHONAN ONLINE BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI(BPPT) -KAD SISWA 2018

Lanjutan permohonan online bantuan pelajar Pendidikan Tinggi(BPPT)- kad siswa 2018 sehingga 30 Ogos 2018. kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi awam ataupun swasta anda layak untuk membuat permohonan.


Lihat permohonan dan semakan Kad siswa, bagi mereka yang tidak sempat untuk membuat permohonan kad siswa, anda diperlawa untuk membuat permohonan dengan kadar yang segera. bantuan pelajar pendidikan tinggi ini adalah menggantikan "voucher" buku yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan ke pendidikan tinggi.

Lihat juga : tawaran biasiswa penuh Karangkaf 2018

untuk membuat permohonan anda boleh masuk ke pautan ini

>>Permohonan BPPT<<

Bagi mereka yang telah mambuat permohonan, anda boleh menyemak permohonan anda di sini

Anda amat digalakkan untuk membuat rujukan ke institusi-institusi masing-masing untuk mendapatkan nasihat dan cara membuat permohonan.

Lihat Juga info pendidikan Malaysia yang terkini di mypendidikanmalaysia.com




Permohonan online Biasiswa SEAMOE SEARCA’s Graduate Study Program 2018

Permohonan dan tawaran Biasiswa SEAMOE SEARCE's Garduate study program sesi 2018 kini dibuka kepada yang berminat untuk membuat permohonan.



Sejak tahun 19681969. lebih daripada empat dekad program, pengajian siswazah SEARCE ditubuhkan dan dimulakan. skop Program Pengajian Siswazah telah diperluaskan merangkumi pembangunan institusi, rangkaian, dan perkhidmatan untuk meningkatkan pendidikan siswazah di rantau ini. SEARCA juga telah menyediakan perkhidmatan untuk pentadbiran dana biasiswa di bawah penajaan institusi selain SEAMEO.

Selama lebih dari empat dekad SEARCA telah menganugerahkan lebih daripada 1,500 biasiswa kepada negara-negara anggota tetap SEAMEO iaitu: Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste, dan Vietnam untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran dalam bidang pertanian, perhutanan, dan sains yang berkaitan.

Lihat juga: permohonan biasiswa Maxis 2018

Pada permulaan Tahun Akademik 2017-2018 SEARCA telah memberikan sejumlah 1,633 biasiswa kepada warganegara Asia Tenggara.

KRITERIA

Pemohon mesti memenuhi semua syarat keperluan berikut:

Terbuka kepada warganegara anggota SEAMEO yang merupakan pekerja tetap institusi akademik atau penyelidikan atau agensi kerajaan.
Tidak boleh melebihi 35 (Sarjana) atau 40 tahun (PhD) pada masa permohonan.
Cadangan penyelidikan tesis harus memberi tumpuan kepada tema menyeluruh SEARCA pembangunan pertanian dan luar bandar yang inklusif dan mampan (ISARD). Oleh itu, bidang pengkhususan pemohon biasiswa mesti diikuti haruslah pertanian atau sains yang berkaitan, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada mereka yang berada di bawah kelompok program berikut:
Sains pertanian / biologi
Sains Sosial
Ekonomi dan Agro perniagaan
Perhutanan dan Perikanan
Sains Alam Sekitar
Teknologi dan Kejuruteraan Pertanian
Selain itu, topik penyelidikan keutamaan mesti termasuk dalam teras strategik ISARD mengenai kemasukan sosial, kelestarian alam sekitar, dan kebimbangan silang.

Lihat juga: permohonan Biasiswa ASTRO 2018

MANFAAT & NILAI BIASISWAMeliputi yuran pengajian dan yuran lain
Elaun perjalanan (tiket penerbangan balik dari negara asal untuk mengkaji pos dan pengangkutan tempatan)
Sokongan tesis
Elaun buku dan lain-lain
Insuran kesihatan
Elaun untuk makanan, penginapan dan perbelanjaan sampingan.

KAEDAH PERMOHONAN BIASISWA

Negara anggota SEAMEO (Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste, dan Vietnam) boleh memohon biasiswa. Permohonan boleh dikemukakan kepada mana-mana Kementerian negara pemohon berikut (Klik di sini untuk mendapatkan butiran / maklumat hubungan khusus negara):

Kementerian Pendidikan
Kementerian Pertanian
Kementerian Perhutanan
Kementerian Perikanan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kementerian di mana pemohon bekerja boleh menjalankan pemeriksaan awal pemohon dan mengemukakan pencalonan mereka dan dokumen permohonan kepada Kementerian Pelajaran / Pengajian Tinggi, yang kemudiannya akan merangkumi penama-penolong Kementerian lain dalam senarai akhir calon yang dikemukakan kepada SEARCA. Kementerian-kementerian lain mungkin memilih untuk menerima permohonan dan meneruskannya, tanpa pemeriksaan awal, kepada Kementerian Pendidikan / Pengajian Tinggi. Sebagai alternatif, permohonan boleh dikemukakan terus kepada Kementerian Pendidikan / Pengajian Tinggi.

Borang permohonan dan risalah maklumat di universiti yang boleh dijadikan pengajian sarjana SEARCA boleh didapati di Kementerian ini dan boleh dimuat turun dari sini.

Tarikh akhir untuk Kementerian untuk menghantar sokongan ke SEARCA adalah 31 Julai setiap tahun.

Oleh itu, pemohon diminta untuk memeriksa dari Kementerian Pelajaran / Pengajian Tinggi masing-masing untuk tarikh penerimaan permohonan.

Maklumat lanjut mengenai biasiswa ini juga boleh di dapati di laman rasmi SEARCA di PAUTAN INI

Dapatkan info pendidikan malaysia terkini >> mypendidikanmalaysia.com





PANDUAN DAN TIPS MENGISI BORANG ONLINE BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI - KPM DI MALAYSIA

Kepada calon-calon sijil pelajaran Malaysia ( SPM) yang berminat untuk membuat permohonan online bagi kemasukan ke program Matrikulasi kementerian pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi TERKINI. anda disarankan untuk mendapatkan dan rujukan sebelum membuat apa-apa permohonan.


Berikut adalah panduan dan tips untuk mengisi borang permohonan online bagi kemasukan ke program matrikulasi kementerian pendidikan Malaysia(KPM).

Tatacara permohonan dalam talian.

1. Layari laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my

2. Klik pada menu Permohonan Baru

3. Masukkan No Kad Pengenalan dan no PIN. Klik butang Seterusnya untuk meneruskan permohonan

4. Lengkapkan semua maklumat yang berkaitan seperti senarai di bawah. (untuk panduan mengisi permohonan)


BAHAGIAN A (Pilihan Jurusan,Kolej dan Maklumat Peribadi)

1. Kategori Pemohon (Jenis sekolah pemohon)
A. Pemohon Dari Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
B. Pemohon Dari Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan Negeri
C. Pemohon Dari Maktab Rendah Sains Mara (Mrsm)
D. Pemohon Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas.
E. Pemohon Dari Sekolah Swasta
F. Lain-Lain (Selain Daripada Senarai Di Atas)

(Sila klik senarai yang berkaitan dengan jenis sekolah anda. Jika anda dari sekolah Bantuan Kerajaan, sila klik butang yang berkaitan)

2. Pilihan Jurusan/Aliran
(Sains)
(Kejuruteraan)
(Perakaunan)
(Perakaunan Profesional)

(Sila klik senarai jurusan/aliran pilihan anda. Jika anda memilih Jurusan Perakaunan, sila klik senarai yang berkaitan. Pastikan jurusan yang dipilih
layak dengan mata pelajaran SPM yang anda daftar)

3.a) Pilihan Kolej Yang Pertama
  b) Pilihan Kolej Yang Kedua
  c) Pilihan Kolej Yang Ketiga

Sila lihat senarai kolej matrikulasi di sini >> kolej matrikulasi 

(Sila klik kolej pilihan anda yang berbezamengikut keutamaan iaitu pilihan 1pilihan 2 dan pilihan 3 untuk anda ditempatkan sekiranya berjaya. Walau bagaimanapun anda diingatkan bahawa penempatan berdasarkan kekosongan tempat / logistik dan anda tidak dijamin mendapat tempat yang anda pilih)


4. Nama (Sedia ada)
5. Angka Giliran SPM (Sedia ada)
6. Kod Sekolah (Sedia ada)
7. No Kad Pengenalan (Sedia ada)
8. Tarikh Lahir Sedia ada ( Boleh diubah )
9. Kewarganegaraan Calon (Sila klik senarai yang berkaitan)
10. Jantina Calon (Sila pilih jantina)
11. Agama Calon (Sila klik senarai yang berkaitan)

12. Status OKU (Ya atau Tidak)
Jika Ya, Sila lengkapkan maklumat berikut:
No OKU
Kategori OKU (Tahap OKU Sila klik senarai dan lengkapkan maklumat yang berkaitan)

13. Bilangan Adik-beradik (Isi jumlah bilangan adik-beradik)
14. Mempunyai kembar (sila klik yang berkaitan)
15. NoKP Kembar (Jika ada kembar) (Isi ruangan yang disediakan)

BAHAGIAN B (Maklumat Keluarga dan Waris Terdekat)

Pelajar tinggal dengan (Sila lengkapkan semua maklumat yang mana berkenaan sahaja)

2. Jumlah Tanggungan
- Termasuk isteri dan anak yang tidak bekerja (Sila pilih jumlah tanggungan daripada
senarai yang diberi. Jika tiada tanggungan, sila pilih 0)
3. Pendapatan Keluarga Isi pendapatan keluarga. (Contoh 3000)
4. Nama Waris Kecemasan (Sila lengkapkan nama waris)
5. No. Telefon Waris Kecemasan (Isi maklumat nombor telefon)

6. Hubungan dengan pelajar SAUDARA MARA / WARIS KELUARGA ANGKAT (Sila klik senarai yang berkaitan)

Bahagian C (Alamat Tetap)

1. Alamat Tetap

(Sila taip alamat anda yang tetap dan terkini. Jika terlalu panjang, sila gunakan
singkatan.Contoh : BANDAR BARU SIMPANG PERTANG Jadikan : BB SPG PERTANG)

1. Pengakuan

(Sila baca dengan teliti. Anda tidak perlu menandatangani pengakuan dalam
borang permohonan melalui internet ini tetapi anda tertakluk terhadap
pengakuan ini. Saya mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar dan saya bersetuju jika maklumat ini palsu, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak menolak permohonan ini, menarik kembali
atau menamatkan pengajian saya di Program Matrikulasi pada bila-bila masa.)


semoga info ini berguna dan dapat membantu anda .

dapatkan info pendidikan di Malaysia melalui >> mypendidikanmalaysia.com











PERMOHONAN ONLINE BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2019/2020

Permohonan online ke program Matrikulasi bagi sesi 2019/2020. Pihak kementerian pendidikan Malaysia (KPM) memperlawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 untuk membuat permohonan bagi tujuan kemasukan ke matrikulasi 2019/2020.


Permohonan Online bagi kemasukan ini dibuka bermula pada 19 Julai 2018 jam 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 30 November 2018 sebelum 12.00 tengah malam.

Senarai dan alamat lengkap kolej matrikulasi di Malaysia

Antara program atau jurusan yang ditawarkan adalah

Program Matrikulasi Sistem Dua Semester

i. Jurusan Sains
ii. Jurusan Kejuruteraan
iii. Jurusan Perakaunan
iv. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)

Program Matrikulasi Sistem Empat Semester

 Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)


Syarat kelayakan Permohonan

1) Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019.
2) Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018.

a. Jurusan Sains

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran
sama ada Fizik atau Biologi.

b. Jurusan Kejuruteraan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:
Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/
Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan
Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan.

c. Jurusan Perakaunan

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:

Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/
Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

d. Jurusan Perakaunan Profesional

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/
Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

lihat lagi syarat sebelum membuat permohonan >> Syarat Permohonan


CARA PERMOHONAN

Permohonan Melalui Internet

a. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan (LP).

b. Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:

i. bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
ii. No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 dengan LP.
iii. No. Pin 5 digit.

c. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.

d. No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan.

e. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No.Pin. untuk membuat permohonan.

f. Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. boleh mendapatkan No. Pin. tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.

g. Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018.

h. Baca dan fahami panduan PMI yang terdapat dalam laman web tersebut.

i. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran.

j. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018.

      >>Panduan dan tips untuk mengisi permohonan Matrikulasi online<<

 SEMAKAN

a. Pemohon boleh mengemaskini maklumat pada awal Februari 2019.

b. Pemohon boleh melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengumuman rasmi keputusan SPM menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang berdaftar dengan LP.


Bagi mendapat informasi mengenai pendidikan di Malaysia
>> mypendidikanmalaysia.com

PERMOHONAN BIASISWA PIALA DUNIA 2018-2019

Permohonan Biasiswa Piala Dunia 2018-2019, Pihak FIFA memberikan biasiswa kepada pelajar yang berada di sekolah menengah, sekolah perdagangan , Kolej awam atau swasta atau universiti dengan jurusan perniagaan dan komunikasi atau media.


Permohonan telah dibuka sekarang dan tarikh tutup 10 Oktober 2018

Anugerah Biasiswa: $1500

permohonan online kemasukan UITM sesi ke-2


Kelayakan 

Kewarganegaraan yang layak: Pelajar antarabangsa layak memohon geran ini.

Kriteria Kelayakan: Pemohon mesti memenuhi kriteria berikut:

Mesti menjadi sukarelawan komuniti, mesti mempunyai PNG 3.0 atau lebih baik, mesti mempunyai kegiatan tambahan.

Keperluan Bahasa: Pemohon yang bahasa pertamanya bukan bahasa Inggeris biasanya diperlukan untuk memberikan keterangan kecekapan dalam Bahasa Inggeris.

Senarai Universiti Terbaik 2018


KAEDAH PERMOHONAN

Pelajar yang bersedia menyertai program biasiswa Piala Dunia FIFA 2018-2019 ini hendaklah mengemukakan esei (dalam Bahasa Inggeris) 1000-1200 perkataan mengenai “Pengaruh dan Kekuatan Media Dalam Dunia Moden” (Influence and Power of Media In Modern World)

Pelajar yang mengemukakan esei kualiti terbaik akan menerima biasiswa ini.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada scholarship@sportsala.com

Semua pemohon perlu memberikan nama, nombor telefon dan alamat mereka supaya pihak penaja biasiswa dapat mengesahkan identiti dan pendaftaran pengajian/sekolah mereka.


Semua pemohon mesti memahami bahawa tidak akan ada penambahan maklumat anda setelah permohonan pertama dihantar.


Dapatkan Info terkini pendidikan malaysia >> mypendidikanmalaysia.com

PERMOHONAN KE PROGRAM PENAJAAN PELAJAR PERUBATAN BAGI IJAZAH PERTAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KE UNIVERSITI PERDANA TAHUN 2018

Permohonan ke program bagi pelajar perubatan Ijazah pertama penajaan  jabatan perkhidmatan awam kemasukan  ke Universiti Perdana- Royal College surgeons Ireland tahun 2018


Kepada calon-calon yang dicalonkan oleh Universiti Perdana di bawah program Universiti Perdana- Royal College Of Surgeons Ireland(UP-RCSI) anda diperlawa untuk membuat permohonan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah(PBU).

Permohonan ini telah dibuka bermula pada 16 Julai 2018 bermula 9.00 pagi  sehingga 18 Julai 2018 sebelum 5.00 ptg

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum
dan khusus permohonan seperti berikut:

Lihat juga permohonan online bagi DPLI universiti Malaya sesi September tahun 2018


Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan;
(iii) Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai

hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-
undang JPA;

(iv) Mempunyai kesihatan yang baik; dan


(v) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) /
SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam

Lihat syarat-syarat untuk permohonan >> syarat penajaan <<

Anda boleh membuat permohonan secara online (eprofiling) di pautan http://esilav2.jpa.gov.my 

Informasi pendidikan di Malaysia melalui >> mypendidikanmalaysia.com





PERMOHONAN ONLINE SESI KE-2 KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UITM / ASASI UNDANG-UNDANG UITM DAN SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA BAGI LEPASAN SPM/SETARAF DAN PENERAPAN PRA DIPLOMA BAGI TAHUN 2018/2019

Permohonan online sesi ke-2 kemasukan program Diploma Uitm/ Asasi undang-undang dan sarjana muda sains senibina bagi lepasan SPM/setaraf dan penerapan pra diploma bagi tahun 2018


Bagi mereka yang mempunyai keinginan untuk melanjutkan pengajian di UITM anda diperlawa untuk membuat permohonan bagi sesi kemasukan yang ke-2. yang mula dibuka pada 9 Julai 2018 jam 12.00 tengah hari sehingga 27 Ogos 2018 jam 12.00 Tengah hari

Lihat Juga : Permohonan online Muet terakhir tahun 2018

i) DIPLOMA UITM (KEMASUKAN JAN 2019) 

ii) ASASI UNDANG-UNDANG UITM (KEMASUKAN NOVEMBER 2018)

iii) SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA (KEMASUKAN MAC 2019)

Panduan Sebelum Membuat Permohonan

1. Pastikan anda telah mempunyai No Slip BSN [ Slip BSN ]

2. Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan


3. Sila kenalpasti Kategori Anda


4. Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih [ KLIK DI SINI ]

 Lihat juga: Permohonan online bagi program DPLI 2018 Universiti Malaya sesi ambilan SEPTEMBER 2018

Semasa Mengisi Borang Permohonan

1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda

2. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)

3. Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda

4. Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan

5. Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

Jika diterima, anda boleh juga memohon pinjaman pelajaran PTPTN untuk membantu anda semasa dalam pembelajaran.

Selepas Membuat Permohonan

1. Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.

2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.

3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

Bagi mendapatkan info yang lanjut sila ke website UITM

{https://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=D#dialog2}

BORANG PERMOHONAN ASASI DAN DIPLOMA




Lihat Juga Info berkenaan pendidikan di Malaysia >> www.mypendidikanmalaysia.com


PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN (YBSTAR) 2018/2019

Pemohonan bagi biasiswa yayasan biasiswa sarawak Tunku Abdul Rahman 2018/2019 telah dibuka kepada anak-anak kelahiran dari negeri sarawak untuk membuat permohonan mereka.


Bagi mereka yang mempunyai keputusan cemerlang dan ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama di dalam negara dan ijazah lanjutan di dalam negara mahupun di luar negara bagi sesi pengajian 2018/2019 amat digalakkan membuat permohonan ini.

Permohonan online bagi program DPLI 2018 Universiti Malaya sesi ambilan september 2018

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) sedang mencari calon-calon yang layak dan berpotensi untuk ditaja di bawah Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR).

>>Senarai Universiti terbaik di dunia 2018<<

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat-syarat Asas:

(i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ;

(ii) Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf dalam dan luar negara :

Ijazah Pertama untuk pengajian di dalam negara sahaja.
Ijazah Lanjutan untuk pengajian di dalam dan di luar negara.

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

KELAYAKAN & PENCAPAIAN AKADEMIK

A. IJAZAH PERTAMA

Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya;

B. IJAZAH LANJUTAN
Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana;

C. KRITERIA TAMBAHAN
Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;
Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti.

BIDANG & PROGRAM TAJAAN

Untuk kursus dalam bidang NON-STEM (Bukan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Bidang kursus dan program yang ditaja mengikut keutamaan adalah seperti berikut:-

1. Accounting
2. ACCA/ICAEW
3. Anthropology
4. Archaeology
5. Art
6. Business
7. Counselling
8. Communication
9. Design
10. Economic
11. Economics
12. Education (Physics, Chemistry, Biology, Mathematics, TESL, Third Language;
Mandarin, Arabic, France)
13. English Language & Literature
14. Fashion
15. Finance
16. Fine Arts
17. Gastronomy
18. Geography
19. Hospitality & Tourism
20. Human Resource
21. International Relations
22. Islamic Studies
23. Journalism
24. Law
25. Learning Science
26. Linguistics
27. Media
28. Modern Language
29. Music
30. Philosophy
31. Politics, dan:-

Kursus–kursus lain yang berkaitan dengan Bukan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)

KRITERIA PEMILIHAN

Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu panel khas. Pemilihan akan dibuat dengan mengambilkira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Panel.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

(a) Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
(b) Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi, Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Diploma.
(c) Pelajar-pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman yang boleh didapati di:
(i) Pejabat Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching.
(ii) Dimuat turun daripada laman web http://www.yayasansarawak.org.myBorang Permohonan YBSTAR (Pautan Pantas)
(iii) Pemohon hendaklah memaklumkan alamat email semasa memohon bagi tujuan komunikasi dan semua komunikasi akan dibuat melalui email.

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI.

(c) Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu;

(d) Pegawai atau Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa samada bergaji penuh atau separuh gaji;

(e) Setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan akan disenarai pendekkan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan:

Permohonan yang berjaya akan menduduki Ujian Psikometrik melalui emel dan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Tarikh, masa dan tempat temuduga akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Sekretariat Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman;

(f) Calon akan dinilai oleh Panel Temuduga dan Pemilihan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman semasa sesi temuduga. Hanya calon yang berjaya semasa sesi temuduga sahaja yang akan diperakukan kepada Lembaga Amanah untuk proses pertimbangan dan kelulusan;

(g) Calon yang telah diluluskan permohonan mereka oleh Lembaga Amanah akan dimaklumkan secara rasmi oleh Urusetia Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman; dan

(h) Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa atau email.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(a) Tarikh tutup permohonan pada SELASA, 31 JULAI 2018 JAM 4.00 PETANG.

(b) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

Seksyen Biasiswa
Yayasan Sarawak
Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya, 93050 KUCHING.

HUBUNGI

Sebarang Pertanyaan sila hubungi :-
SEKSYEN BIASISWA
Talian Pejabat : (082) 441686 Faks : (082) 440023

Lihat juga info semasa pendidikan di Malaysia www.mypendidikanmalaysia.com