PANDUAN DAN CARA SEMAK SAPS ONLINE - SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Panduan dan cara semak sistem Analisis peperiksaan sekolah (SAPS) online, sistem yang dibangunkan oleh kementerian pendidikan malaysia ini, telah memudahkan para ibubapa atau penjaga untuk membuat semakan online keputusan peperiksaan anak-anak dibawah jagaan mereka.



Jika dulu, para ibubapa atau penjaga terpaksa meluangkan masa ke sekolah untuk mendapat keputusan anak-anak mereka, Melalui SAPS ini semua sudah menjadi mudah, cepat dan tepat. Anda boleh membuat semakan melalui 

 https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah:

-Keputusan pelajar dari sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.

-Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5

*Setakat ini keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM masih tidak boleh disemak melalui sistem ini*

Lihat juga: cara-cara semakan online SSPN-SSPN i anak anak anda

Ini adalah panduan dan cara semak SAPS:

Langkah Pertama: Sila masuk ke patutan SAPS

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Masukan nombor kad pengenalan anak anda.



Langkah kedua: carian sekolah, sila pilih negeri dimana anak anda bersekolah.


Langkah ketiga: carian sekolah, sila pilih Pejabat Pendidikan daerah(PPD) anak anda bersekolah.



Langkah keempat: carian sekolah, sila pilih nama sekolah anak anda.





Langkah kelima: Selepas semua info telah dimasukan, anda perlu tekan "semak" untuk proses seterusnya.


Langkah keenam: Selepas tekan "semak" pautan dibawah akan terpapar dan anda perlu masukan tahun semasa untuk membuat semakan, contoh pada semasa adalah 2018


Langkah ketujuh: Selepas memilih tahun semasa, paparan akan dikeluarkan, anda boleh membuat semakan dengan menekan "papar slip peperiksaan"



Semoga info ini dapat membantu para ibubapa atau penjaga untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak anda.


Dapatkan info terkini pendidikan di Malaysia melalui >>  mypendidikanmalaysia.com