CARA DAN PANDUAN BAGI DIRECT DEBIT PTPTN SECARA ONLINE

Cara dan panduan bagi direct debit PTPTN secara Online, pada masa kini bagi anda yang ingin membuat bayaran pinjaman PTPTN atau bayaran untuk akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus bagi anak-anak anda. anda boleh melakukan semua ini melalui bayaran secara direct debit terus ke akaun PTPTN.


Jika dulu kita harus ke pejabat PTPTN yang berhampiran dan juga ke BANK yang berhampiran untuk membuat bayaran, melalui Sistem direct debit ini, anda boleh melakukan transaksi di mana-mana saja dan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan komputer, telepon pintar ataupun tablet.

Pembayaran Direct Debit ini adalah bertujuan untuk menyenangkan orang ramai bagi membuat bayaran untuk pinjaman PTPTN  dan juga untuk simpanan SSPN-i dan juga SSPN-i Plus.

Lihat juga


Langkah - langkah untuk melakukan transaksi melalui Direct Debit Online PTPTN adalah seperti berikut :

1) Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank - bank yang dinyatakan diatas dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.

2) Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i) di PTPTN.

3) Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.

4) Klik Mohon Direct Debit Pinjaman untuk semak jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.

5) Klik Mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.

6) Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman / simpanan dalam masa 3 hari bekerja.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dikemukakan pada
Pusat Khidmat Pelanggan atau Aduan (iCare).

Cara dan Panduan bagi Direct Debit PTPTN secara Online

1) Sila masuk ke laman sewangan rasmi PTPTN >> www.ptptn.gov.my
dan pilih ikon Pembayaran Direct Debit.

2) sila pilih menu permohonan direct debit (transaksi yang anda ingin buat)

- Mohon direct debit Pinjaman (bagi yang ingin membayar pinjaman PTPTN
- Mohon direct debit SSPN-I (yang ingin membayar atau menambah simpanan anak anda)
-Mohon direct debit SSPN-I Plus (yang ingin membayar atau menambah simpanan anak anda)




3) Langkah seterusnya sila lihat panduan daripada MANUAL DIRECT DEBIT



dapatkan informasi pendidikan melalui mypendidikanmalaysia.com

lihat juga sumbermalaysia.com