PERMOHONAN ONLINE BANTUAN AWAL PENGAJIAN (BAP) YAYASAN BANK RAKYAT (YBR) 2018

Program Tajaan Yayasan Bank Rakyat- Bantu awal Pengajian Yayasan bank Rakyat 2018. Bagi mereka yang telah melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta anda boleh membuat permohonan.



Bantuan awal Pengajian ini cuma akan diberikan "ONE OFF" sahaja, ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ibubapa anda.

Cara permohonan

1) Permohonan hanya diterima secara atas talian di portal YBR (www.yayasanbankrakyat.com.my).

2) Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.

Baca juga: 

Permohonan biasiswa penuh UniSHAM

Tawaran Biasiswa Bank Rakyat (PPPU)

Permohonan Biasiswa CIMB
 

3) Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.

4) Butiran tanggunggan haruslah disertakan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan

Syarat Kelayakan Permohonan

- Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
- Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
- Pemohon merupakan pelajar semester pertama
-Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.

untuk membuat permohonan anda boleh ke
https://application.yayasanbankrakyat.com.my/


Dapatkan info pendidikan di mypendidikanmalaysia.com