PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (KPM) TINGKATAN 1 TAHUN 2019

Permohonan online kemasukan ke sekolah berasrama penuh (KPM) tingkatan 1 tahun 2019. Bagi pelajar-pelajar darjah 6 tahun 2018 yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh(SBP) kementerian pendidikan Malaysia (KPM), anda diperlawa untuk membuat permohonan yang telah dibuka pada 27 Ogos 2018 sehingga 30 September 2018.


Ujian kemasukan sekolah berasrama penuh akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke sekolah. kepada ibubapa yang merancang untuk membuat permohonan online bagi anak-anak mereka. anda perlu mengetahui panduan-panduan yang khusus sebelum membuat permohonan.

Panduan AM

  • Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
  • Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT
  • Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
  • Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum mencetak. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
  • UKSBP - Ujian kemasukan sekolah berasrama penuh (UKSBP) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Uksbp akan dilaksanakan dalam tempoh 15 hingga 18 oktober 2018. TIADA UJIAN ULANGAN akan dilaksanakan.
Lihat Juga:

Panduan Khusus

MAKLUMAT 1-5 AKAN DIPAPARKAN BERDASARKAN DATA PENDAFTARAN UPSR 2018 DARIPADA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.
  1. NAMA CALON
  2. ANGKA GILIRAN
  3. NO. MYKID/ NO. MYKAD
  4. JANTINA
  5. KOD DAN NAMA SEKOLAH
  6. KEWARGANEGARAAN
        7. STATUS MURID
        8. KETURUNAN
9. AGAMA 
       10. KEMAHIRAN JAWI 
       11. KEMAHIRAN AL-QURAN
       12. KELAYAKAN SIJIL AGAMA
       13. Berminat mengikuti DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP) di                      Tingkatan 1 

Pilih YA / TIDAK bagi pemohon yang berkecenderungan/ berminat untuk mengikuti program pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (Dual Language Programme (DLP)) semasa di Tingkatan Satu (1) sesi persekolahan 2019. Senarai SBP untuk dipilih bergantung kepada pilihan ini. 

14. SBP PILIHAN - SILA NYATAKAN SBP PILIHAN PEMOHON

Hanya satu Pilihan SBP sahaja dan adalah WAJIB diisi. *Penawaran tidak tertakluk kepada sekolah yang di pohon.

 15. JENIS ALIRAN (SEKOLAH BERASRAMA PENUH)  

Jenis aliran adalah mengikut SBP pilihan pemohon berkaitan, berdasarkan kod keterangan di bawah:
16. PILIHAN PUSAT UKSBP - SILA NYATAKAN PUSAT UJIAN PILIHAN PEMOHON 
17. MAKLUMAT KEPIMPINAN  
18. KEGIATAN KO-KURIKULUM
19. NAMA BAPA  Sila nyatakan Nama Penuh Bapa 
20. NO. MYKAD BAPA  Sila nyatakan No. Mykad Bapa 
21. KEWARGANEGARAAN BAPA
22. PEKERJAAN BAPA Sila nyatakan Pekerjaan Bapa dengan memilih ruang berkaitan, berdasarkan butiran yang dipaparkan. 
23. SEKTOR PERKHIDMATAN BAPA
BAPA MERUPAKAN ALUMNI SBP
Pilih YA/ TIDAK. Sekiranya YA, Nyatakan nama SBP berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
 25. NAMA IBU Sila nyatakan Nama Penuh Ibu 
 26. NO. MYKAD IBU Sila nyatakan No. Mykad Ibu 
 27. KEWARGANEGARAAN IBU
28. PEKERJAAN IBU
29. SEKTOR PERKHIDMATAN IBU
30. IBU MERUPAKAN ALUMNI SBP -Pilih YA/ TIDAK. Sekiranya YA, Nyatakan nama SBP berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
 31. PENDAPATAN BULANAN BAPA/ PENJAGA UTAMA
Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan bapa/ penjaga utama pemohon dalam Ringgit Malaysia (RM) dengan mengisi dan memilih ruangan berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
 32. PENDAPATAN BULANAN IBU/ PENJAGA KEDUA 
Sila nyatakan jumlah pendapatan bulanan ibu atau penjaga pemohon dalam Ringgit Malaysia (RM) dengan mengisi dan memilih ruangan berkaitan. Isikan jumlah RM sahaja tanpa sen.
 33. BILANGAN TANGGUNGAN
Sila nyatakan bilangan anak di bawah tanggungan ibu/bapa pemohon dengan memilih ruangan yang berkaitan.
34. (a) dan (b) ALAMAT SURAT MENYURAT
Isikan petak yang DISEDIAKAN dengan alamat surat menyurat PEMOHON YANG TERKINI untuk dihubungi. SILA PASTIKAN PENGISIAN PETAK ALAMAT tidak termasuk bandar,poskod dan negeri. Sila pastikan maklumat bandar,poskod dan negeri diisi di ruangan yang telah dikhaskan

Lihat panduan di sini

Bagi permohonan secara  online kemasukan Sekolah berasrama Penuh (SBP) sila ke link ini
daftar online tingkatan 1 SBP