PERMOHONAN ONLINE PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA(UUM) 2018

Permohonan online pendidikan jarak jauh universiti utara malaysia (UUM) 2018 kini dibuka kepada anda untuk membuat permohonan. Permohonan online ini dibuka  sehingga jam 11.59 pm pada 31 Ogos 2018.



Bagi golongan yang sudah bekerja yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda ( Degree), anda diperlawa untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup. pembelajaran Pendidikan Jarak Jauh ini juga dibuka kepada semua kakitangan Bank Rakyat/ anak syarikat atau ahli anggota Bank Rakyat.

Lihat juga : permohonan Bantuan Awal Pengajian(BAP)

Permohonan Pendidikan Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia (PJJ-UUM)

Permohonan hanya diterima secara atas talian di portal YBR (www.yayasanbankrakyat.com.my).

Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.


Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.

Syarat Kelayakan Memohon

1) Warganegara Malaysia.

2) Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.

3) Terbuka kepada semua kakitangan Bank Rakyat/ anak syarikat atau ahli anggota Bank Rakyat

4) Tempoh perkhidmatan 3 tahun keatas.

5) Permohonan terbuka kepada peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

6) Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.


anda boleh click link ini untuk membuat pendaftaran terus

https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/pdpa-form


untuk mendapatkan Informasi terkini mengenai pendidikan di Malaysia
mypendidikanmalaysia.com