Panduan dan Permohonan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN

Panduan dan Permohonan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN, ini adalah salah satu product terbaharu daripada PTPTN dan bekerjasama dengan Bank Islam, bagi mereka yang berumur 12 tahun dan mempunyai Akaun Simpanan atau Akaun Semasa(Qard) atau Akaun pelaburan Al-Awafar dengan Bank islam boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Bank Islam yang terdekat dengan anda.


Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN ini mempunyai kegunaan seperti kad ATM bank biasa, selain daripada itu bagi mereka yang ini membuat semakan penyata akaun SSPN-i, anda juga boleh melakukan melalui mesin ATM dengan syarat Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN hendaklah di link kan terlebih dahulu dengan akaun SSPN-i melalui kaunter Bank Islam.

Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN boleh digunakan untuk perkara berikut:

1) Transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN dan simpanan SSPN.

2) Deposit tunai, pengeluaran, pemindahan dana dan kemudahan lain yang ditawarkan di 1,100 Bank Islam ATM dan CDM di seluruh negara.

3) Pengeluaran tunai di lebih dari 2 juta ATM di dalam dan di luar negara yang mengandungi VISA dan MEPS.

4) Transaksi runcit di terminal Electronic Data Capture (EDC)/ terminal jualan (Point-of-Sale) di lebih dari 30 juta peniaga di seluruh dunia yang mempamerkan logo VISA.

5) Transaksi atas talian (tanpa kad) di peniaga atas talian di Malaysia dan di luar negara.


Kelebihan Kad Visa PTPTN

1) Memudahkan urusniaga ATM (pemindahan wang tunai, pemindahan deposit dan dana), urusniaga ‘Point of Sale’ (POS), transaksi dalam talian, pembayaran bil dan pemindahan dana ke akaun
SSPN-i

2) Ahli kad akan menikmati mata ganjaran Program ‘Loyalty’ Bank Islam TruRewards (TruPoints):


  • Ahli kad layak mendapatkan 1 (satu) TruPoints untuk setiap perbelanjaan runcit RM1 (satu) menggunakan kad yang dilakukan di Malaysia dan di luar negara.
  • TruPoints yang diperolehi akan terkumpul di dalam akaun TruRewards ahli kad.
  • TruPoints terkumpul akan ditebus secara automatik (tidak perlu dimohon) kepada e-baucar PTPTN (dalam gandaan RM10) dan dikreditkan terus ke akaun SSPN-i ahli kad pada bulan berikutnya.
  • Jika ahli kad tidak mempunyai akaun SSPN-i, e-baucar PTPTN yang ditebus akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman PTPTN ahli kad.
  • Sekiranya ahli kad bukan pendeposit SSPN-i atau peminjam PTPTN, ahli kad adalah dinasihatkan untuk membuka akaun SSPN-i bagi membolehkan mata ganjaran TruPoints dikreditkan ke dalam akaun tersebut.
  • Penebusan e-baucar PTPTN hanya sah dan diterima untuk akaun SSPN-i atau akaun pinjaman PTPTN milik ahli kad sahaja. TruPoints yang diperolehi daripada Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN tidak boleh ditebus untuk barangan lain yang ditawarkan dalam program ’Loyalty’ Bank Islam TruRewards.

3)Kad ini berfungsi untuk pembayaran tanpa sentuh melalui Visa Paywave dan MCCS v2

4)Selamat & Terjamin - PIN diaktifkan.

5)Fleksibiliti dalam mengawal had perbelanjaan.

6)Diterima di seluruh dunia.

Lihat Juga:

Permohonan PTPTN pinjaman Pendidikan
Semakan Online SSPN-i/ SSPN-i Plus
Cara Membeli Pin PTPTN Online

TruPoints yang terkumpul dari penggunaan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN boleh ditebus untuk e-baucar PTPTN sahaja. Setiap 1,400 (satu ribu empat ratus) TruPoints boleh ditebus untuk e-baucar PTPTN bernilai RM10 (sepuluh).

Contoh:


E-baucar PTPTN hanya boleh dikreditkan ke dalam akaun SSPN-i sahaja dan ia secara automatik akan menjadi sebahagian deposit SSPN-i dan layak menikmati semua kelebihan seperti pelepasan cukai dan dividen.

Semasa tempoh promosi (dari 5/10/2018 hingga 4/4/2019), ahli Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN layak mendapat mata ganjaran berganda, iaitu 2 (dua) TruPoints untuk setiap perbelanjaan RM1 (satu). Ini bermakna, setiap RM700 yang dibelanjakan, ahli kad akan mendapat e-baucar PTPTN bernilai RM10.

Maklumat lanjut mengenai Program ‘Loyalty’ TruRewards boleh didapati di laman sesawang
Bank Islam

ATAU dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di 03-26 900 900

ATAU layari portal PTPTN; www.ptptn.gov.my -> Soalan Lazim -> Umum