PANDUAN MEMOHON MQA APEL (C) UNTUK PINDAHAN KREDIT BAGI TEMPOH PENGAJIAN

Panduan memohon MQA APEL (C) untuk Pindahan Kredit bagi tempoh pengajian di buka untuk permohonan sepanjang tahun.


Bagi mereka mempunyai pengalaman kerja dan telah melanjutkan pengajian dalam Diploma atau Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan bagi pindahan kredit untuk memendekan tempoh pengajian anda. ini adalah sebuah program daripada Agensi Kelayakan Malaysia untuk membantu pelajar yang mengambil pendidikan separuh Masa.

Apakah MQA APEL C

APEL(C) ialah kaedah penilaian ilmu yg diperoleh daripada pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan pindahan kredit untuk mata pelajaran dalam program akademik di IPT.

had umur untuk memohon APEL(C)

APEL (C) tidak seperti APEL(A) yang menetapkan had umur tertentu bagi setiap tahap pengajian.

kebaikan APEL(C) ialah:

  • memungkinkan pelajar menghabiskan pengajian dalam tempoh yang lebih singkat;
  • menggalakkan individu yang bekerja untuk kembali belajar;
  • mengiktiraf pengalaman pembelajaran individu yang diperoleh di luar aliran formal;
  • mengelakkan pembelajaran yang berulang;
  • boleh mengurangkan kos pengajian pelajar;
  • menjadikan sistem pendidikan tinggi kita lebih fleksibel dan setanding negara maju yang rata-ratanya telah mengiktiraf pembelajaran terdahulu;
  • salah satu kaedah untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat
  • mewujudkan masyarakat berilmu bagi tujuan meningkatkan ekonomi negara dan pembangunan sosial; dan
  • menyumbang ke arah pembangunan modal insan negara melalui pengiktirafan pekerja berkemahiran.
Borang pelaksaan MQA APEL C boleh dimuat turun disini

Kadar FI 
  • Kadar FI akan ditetapkan oleh PPT

Perbezaan APEL A dan APEL C boleh dimuat turun disini

Lihat Juga: