CARA DAN PANDUAN PERMOHONAN ONLINE BAGI KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK KONVENSIONAL DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI 2019/2020 (UPU SKILLS)

Cara dan Panduan Permohonan Online bagi kemasukan pelajar ke Politeknik Konvensional Dan Institusi Latihan Konvensional Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi 2019/2020


Sistem portal UPU Skills telah dibuka untuk permohonan baharu, bagi mereka lepasan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM), Diploma Kemahiran Malaysia(DKM) Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pengajian Sijil Pengajar Vokasional (VTO) yang ingin menyambung tahap yang lebih tinggi adalah diperlawa untuk membuat permohonan melalui Online di sistem Portal UPU Skills.

JADUAL SESI PERMOHONAN 2019/2020

IKBN 
-Permohonan Online akan dibuka pada 25 Februari 2019

ADTEC
-Permohonan Online akan dibuka pada 25 Februari 2019

JMTI
-Permohonan Online akan dibuka pada 25 Februari 2019

ILP
-Permohonan Online akan dibuka pada 25 Februari 2019

CIAST
-Permohonan Online telah dibuka 23 Januari sehingga 25 Februari 2019 sebelum 6.00 pm

POLITEKNIK KONVENSIONAL
-Permohonan Online akan dibuka kelak.

BLKP
-Permohonan Online akan dibuka kelak.
-Permohonan Online akan dibuka pada 25 Februari 2019

PERMOHONAN.

Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU Skills, Dan pendaftaran bagi kemasukan adalah Percuma, sebelum membuat permohonan Online, anda perlu mendaftar di sistem UPU Skills terlebih dahulu (bagi pengguna yang membuat permohonan pertama kali).

PANDUAN DAN CARA BAGI MENDAFTAR SISTEM PERMOHONAN UPU SKILLS

1. Masuk ke pautan ini https://online.moe.gov.my/upu/skills/

Pada ruangan Daftar Akaun Baru, pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKAD’
sebenar tanpa tanda ‘-‘. Pastikan No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah BETUL
mengikut kad pengenalan anda.Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan anda.
Contoh: 123456789101.
  • Pemohon wajib mengisi ‘Alamat Emel’. Masukkan Alamat Emel yang Sah.
  • Pemohon wajib mengisi ‘Kata Laluan’.
  • Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama seperti kata laluan yang telah dimasukkan di atas.
  • Setelah selesai mengisi ruangan daftar sila klik ‘Daftar’ untuk menyelesaikan pendaftaran.
  • Pada laman Log Masuk, pemohon perlu memasukkan ‘No Kad Pengenalan’ dan ‘Kata Laluan’ untuk Log Masuk ke dalam Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke Instituti Latihan Kemahiran Awam Bagi Lepasan Persijilan Kemahiran Malaysia/Lepasan Politeknik/Lepasan Kolej Komuniti/Pemegang Sijil Suruhanjaya Tenaga/Setaraf
Nota : Pemohon perlu Daftar Akaun Baru bagi mendapatkan Kata Laluan.

 Laman Infomasi


Status Permohonan

a) Status Permohonan ‘Deraf’
▪ Menunjukkan pemohon belum ‘Sah & Hantar’ permohonan. 
Status Permohonan ‘Diterima’
▪ Menunjukkan pemohon telah ‘Sah & Hantar’ permohonan.
Status Permohonan ‘Proses’/ ‘Temu Duga’/ ‘Tawar’/ ‘Gagal’
▪ Menunjukkan permohonan sedang diproses selepas permohonan ditutup.

Baca Juga:


BORANG MAKLUMAT PERIBADI
  • Nama : Wajib isi
  • No Kad Pengenalan/MyKAD
  • Alamat : Wajib diisi.
  • Negeri : Wajib diisi.
  • Bandar : Wajib diisi.
  • Telefon/ Telefon Bimbit : Wajib diisi.
  • Emel : Wajib diisi.
  • Tarikh Lahir : Wajib diisi.
  • Tempat Lahir : Wajib diisi.
  • Status Kahwin : Wajib diisi
  • Pekerjaan : Wajib diisi
  • Sektor : Wajib diisi
  • Pengalaman Kerja : Wajib diisi
  • Pendapatan isi rumah : Wajib diisi
  • Tanggungan : Wajib diisi
  • Kecacatan : Wajib diisi
Sila klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya. 

MAKLUMAT AKADEMIK
  • Kelayakan 1 : Wajib diisi
  • Pusat Pengajian Terdahulu : Wajib diisi
  • Tahun Tamat Pengajian : Wajib diisi
  • Bidang : Wajib diisi
  • Muat Naik Sijil Kelayakan : Wajib diisi
  • Maklumat SPM
Sila klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.

MAKLUMAT KOKURIKULUM
  • Pertandingan Kemahiran Malaysia : Wajib diisi
  • MySkills : Wajib diisi
  • MySkills-ASEAN : Wajib diisi
  • Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) : Wajib diisi
  • Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) : Wajib diisi
Sila klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.

PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN

Pemohon WAJIB mengisi medan berikut. Sila pilih dari senarai yang disediakan.
a) Institusi : Wajib diisi
b) Program : Wajib diisi
c) Pusat Latihan 1 / Pusat Latihan 2 : Pemohon wajib mengisi salah satu atau kedua-dua pusat latihan
d) Pusat Temuduga : Wajib diisi

Sila klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.

PENGESAHAN MAKLUMAT
  • Pemohon diwajibkan menyemak semula semua maklumat yang telah diisi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan sila kembali pada bahagian yang diperlukan untuk mengemaskini maklumat sebelum pengesahan dibuat. Pastikan maklumat yang diisi adalah ‘TEPAT’ dan ‘BETUL’.
  • Pemohon wajib membaca, membuat semakan dan klik pada ruangan Perakuan Pemohon.
  • Pastikan pemohon klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk memastikan maklumat anda dihantar dan selamat diterima oleh sistem.
LAMAN SLIP PERMOHONAN
  • Cetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar
  • Muat turut Permohonan Kemasukan Pelajar
  • Pastikan pemohon mencetak Slip Permohonan sebagai bukti sah permohonan.
  • Emel pengesahan permohonan akan dihantar bersama dengan slip permohonan ke Emel yang didaftarkan.
  • Selepas mengemukakan permohonan, tiada had ditetapkan bagi pengemaskinian maklumat permohonan sehingga tarikh tutup permohonan mengikut Agensi/ Institusi.
Sebarang Pertanyaan sila hubungi.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU)
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 6767
Hotline 2 : 03-8870 6777
Faks : 03-8870 6864