PERMOHONAN BAGI INSENTIF HARAPAN SISWA (IHS) 2019- YAYASAN NEGERI JOHOR

Permohonan Bagi Insentif Harapan Siswa (IHS) 2019 Yayasan Negeri Johor, adalah dimaklumkan bantuan insentif ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di IPT bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk meringankan beban yang ditanggung.


Salah satu insentif yang diberikan oelh yayasan negeri Johor kepada anak-anak kelahiran daripada Negeri Johor untuk mendapatkan bantuan dari segi kewangan, ini adalah bertujuan untuk menringankan beban mereka semasa dalam pengajian di IPT.

SYARAT AM PERMOHONAN

  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
  • Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
  • Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
  • Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  • Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  • Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  • Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ

DOKUMEN WAJIB

  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  • Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar);
  • Salinan kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan bapa atau Penjaga;
  • Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima);
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  • Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya
Baca Juga:


PERMOHONAN

Bagi membuat permohonan sila masuk di pautan dibawah: