PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) MYGRANTS 2019

Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) MyGrants 2019, bagi mereka yang ingin memohon geran penyelidikan permohonan boleh buat bermula pada 15 Januari 2019 sehingga 28 Februari 2019.



FALSAFAH


Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dapat menggalakkan penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL

Penyelidikan Fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu.

OBJEKTIF

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.

DOMAIN PENYELIDIKAN

Pembiayaan geran FRGS meliputi domain asas yang dapat menyokong agenda strategik negara. Domain yang dikenalpasti adalah:-

  • Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  • Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  • Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  • Sains Sosial (Social Sciences)
  • Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  • Warisan dan Alam Budaya (Natural and Cultural Heritage)
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

SYARAT PERMOHONAN

Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik Institusi Pengajian Tinggi dengan syarat-syarat berikut:-


  • Warganegara Malaysia; dan
  • Kakitangan akademik tetap (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah); atau
  • Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap dari institusi yang sama.
  • Bagi bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia dan bertaraf tetap dari institusi yang sama.

KRITERIA PENILAIAN

  1. Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses baru; dan
  2. Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi  dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
  3. Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
  4. Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada  agenda  strategik negara.

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tidak melebihi 3 tahun penyelidikan.

Permohonan boleh dilakukan melalui Link dibawah:

MyGrants