Panduan Pendaftaran Calon persendirian Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan bagi tahun 2019. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperlawa calon-calon yang ingin mengambil peperiksaan SPM persendirian untuk membuat permohonan.
Pada setiap tahun KPM akan membuka portal untuk pendaftaran SPM/SPMU untuk calon-calon persendirian, bagi mereka yang GAGAL dalam keputusan peperiksaan SPM, anda boleh mengambil balik Peperiksaan tersebut dengan mendaftar sebagai calon persendirian.
Calon persendirian SPM/SPMU
1) Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan.
2) Permohonan calon mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
3) Membuat permohonan pendaftaran SPM di portal Permohonan Pendaftaran SPM antara 10/02/2019 sehingga 10/03/2019
4) Sila sertakan dokumen berikut semasa hadir ke JPN/PPD untuk mengesahkan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh anda membuat dan menghantar permohonan secara dalam talian:-
- Cetakan Senarai Semak Pendaftaran
- Tiga (3) salinan Kenyataan Semakan
- Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan
- Salinan sijil/slip peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC yang disahkan (calon mengulang sahaja)
- Bayaran yuran peperiksaan - Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Akauntan Negara Malaysia
- Empat (4) keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
6) Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama maklumat peribadi dan peralatan ke pusat peperiksaan semasa tarikh peperiksaan
7) Permohonan pindah pusat peperiksaan antara 11/03/2019 sehingga 30/04/2019
8) Permohonan pembetulan maklumat antara 11/03/2019 sehingga 24/03/2019
9) Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri masing-masing
10) Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.
Lihat Juga:
Semakan keputusan peperiksaan (SAPS) secara Online
Panduan dan cara permohonan online UPU
Tarikh Penting calon SPM/SPMU 2019
Sebarang permasalahan boleh menghubungi pejabat JPN atau PPD yang berhampiran.
PANDUAN DAFTAR CALON SPM BARU
Pengguna perlu memastikan penggunaan portal ini hanya bertujuan untuk mendaftarkan diri
sebagai calon persendirian SPM (baru) yang berkaitan dengan SPM sahaja.
Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon
Persendirian (SPM)”. Klik “Daftar Calon Baru” untuk mendaftarkan diri sebagai calon baru SPM
Masukkan nombor kad pengenalan anda. Kemudian, klik Mohon
Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik anda, kemudian klik
Teruskan.
Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.
Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan. Jumlah bayaran akan dipapar sejurus calon memilih
mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.
Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih
daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh
lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan. Kemudian, klik teruskan.
Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan
pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota
Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur
janji sebelum menghantarnya.
Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan anda mencetak dokumen Senarai Semak
Pendaftaran SPM dan Kenyataan Semakan. Pastikan dokumen seperti yang dinyatakan di atas dibawa
ke JPN/PPD negeri masing-masing untuk pengesahan pendaftaran.
PANDUAN PENDAFTARAN SPMU
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
1) Pergi ke laman sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM)”. Klik “Semak” untuk menyemak status pendaftaran sebagai calon SPM.
2) Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor permohonan (boleh diperolehi dalam borang
Kenyataan Semakan), kemudian klik butang Semak.
3) Sistem ini akan memaparkan status permohonan anda. Jika diterima, anda diminta untuk mencetak
borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dan bawa semasa hari peperiksaan.
Kepada mereka yang telah berjaya mendaftar sebagai Calon SPM/SPMU, anda diucapkan semoga berjaya di dalam peperiksaan SPM/SPMU nanti.