PERMOHONAN ONLINE BAGI PENEMPATAN PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI SESI KEMASUKAN 2020

Permohonan Online Bagi Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020. adalah diperlawa kepada ibubapa/penjaga yang inginkan penempatan anak-anak mereka ke Prasekolah kerajaan (KPM) untuk membuat permohonan secara Online.


Bagi Ibubapa/penjaga bolehlah membuat permohonan secara online yang telah pun dibuka bermula 1 Mac 2019  hingga 30 April 2019.

Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja yang layak untuk memohon.

Pendaftaran Pengguna

Sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk membuat pendaftaran. Bagi pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar dalam sistem ini dan sila pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

Sebelum membuat permohonan sila muatturun dan rujuk manual pengguna di sini Manual Pengguna.

Semak Keputusan Permohonan

emak keputusan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2020 boleh dibuat bermula 5 Ogos 2019. Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2019 hingga 20 Ogos 2019. Sila rujuk manual pengguna untuk panduan.

Semak Keputusan Rayuan


Semak keputusan rayuan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2020 Bermula 10 September 2019.

Lihat Juga:

Permohonan Online dan Syarat Kemasukan Ke Taska dan Tadika Kerajaan