PERMOHONAN ONLINE BIASISWA PENDIDIKAN PREMIUM YAYASAN BANK RAKYAT 2019

Permohonan Online Biasiswa Pendidikan Premium Yayasan Bank Rakyat 2019- Skim Biasiswa Pendidikan Premium (PESS) Yayasan bank rakyat memperlawa bagi yang berkelayakan untuk membuat permohonan.


Yayasan Bank Rakyat (YBR) memberikan peluang dan menawarkan kepada mahasiswa/mahasiswi yang berada di semester pertama untuk mengemukan permohonan melalui Online. hanya terbuka kepada mereka yang mengikuti program ijazah Sarjana Muda dalam bidang perbankan atau perniagaan.

SYARAT KELAYAKAN

Setiap pemohon perlu memenuhi kriteria dan syarat kelayakan seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda.
  • Mod pengajian adalah sepenuh masa.
  • Terbuka kepada pelajar semester satu sahaja.
  • Tempoh pengajian maksimum adalah 4 tahun.

BIDANG TAJAAN

  • Perbankan
  • Perniagaan.

Baca Juga:

Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Saham Malaysia 2019
Permohonan Online Bagi Biasiswa Shell Malaysia 2019

NILAI BIASISWA

Jumlah tajaan merangkumi yuran pengajian dan sara diri.

PERMOHONAN

1. Permohonan perlu dilakukan secara atas talian (online).
2. Tarikh akhir permohonan adalah pada 28 Mac 2019.

Pautan bagi permohonan PESS ( Skim Biasiswa Pendidikan Premium)