Biasiswa BKNS Sabah

TAWARAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS) 2016


Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) akan dibuka tidak lama lagi. Warganegara yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)mengikut kursus-kursus yang disenaraikan.

Permohonan untuk biasiswa ini boleh dibuat melalui online yang dijangka akan dibuka pada minggu ke-3 bulan March 2016. Kepada yang layak dan berminat untuk memohon sentiasalah mengikuti perkembangan terkini di sini.

Anda boleh memohon melalui Permohonan BKNS Online

A. BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
i. Sains Komputer
ii. Kesihatan dan Perusahaan Ternak
iii. Kejuruteraan
iv. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA)

2. Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tempatan
* Perubatan
* Pergigian
* Perubatan Veterinar
* Farmasi
* Kejuruteraan
* Ukur Bahan
* Seni Bina (Architecture)
* Sains dan Teknologi Makanan
* Sains Bioteknologi
* Akuakultur
* Sains Biologi Marin
* Sains Alam Sekitar
* Perikanan
* Perhutanan
* Undang- Undang
* Pengajian Islam
* Matematik
* Sains Tulen (Biologi/kimi/fizik)
* TESL
* Psikologi
* Sains Kompyter
* Ekonomi
* Perakaunan
* Pentadbiran Perniagaan
* Pelancongan dan Hospitaliti
* Muzik
* Performing Arts
* Pengurusan Ladang
* Pertanian

B. KELAYAKAN MEMOHON
1. Had Umur
1.1 Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
1.2 Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun

2. Kelulusan Akademik
2.1 Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya grade C dlm 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
2.2 Lulus Sijil STPM dengan memperole sekurang-kurangnya gred B dalam empat (4) mata pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
2.3 Berkelulusan Matrikulasi mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.0
2.4 Lulus Foundation / Alpha dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5
2.5 Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00

C. BAGAIMANA MEMOHON
1. Permohonan dibuat melalui Online dengan melayari www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 02 April 2012. Setiap permohon mestilah mempunyai e-mail peribadi masing-masing.
2. Bagi kawasan yang mempunyai kesukaran untuk mengakses permohonan secara online, borang permohonan  disediakan dan boleh diperolehi di Pejabat Daerah seperti berikut
2.1 Pejabat Daerah: Kinabatangan, Tongod, Pitas
2.2 Pejabat Daerah Kecil: Matunggung, Pagalungan, Sook, Tunku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.
2.3. Perpustakaan: Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau
3. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah di sahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:

BAHAGIAN BIASISWA DAN LATIHAN
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri,
Tingkat 3, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat Likas,
Beg Berkunci No. 2076
88999 Kota Kinabalu, Sabah

TARIKH TUTUP
- akan diberitahu kelak

D. PERHATIAN
1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
2. Keputusan permohonan boleh disemak melalui On-Line
3. Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tiak ditaja.
4. Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.
5. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Untuk maklumat terkini dan terperinci sila berhubung dengan pihak Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) secara langsung.